Sunday, 9 December 2012

BREASTFEEDING DAN MENGEPAM: 7 Tips untuk sukses

Penyusuan susuibu adalah satu komitmen - usaha anda memang berbaloi.

-Mayo Clinic




Penghasilan susuibu adalah berasaskan kepada konsep 'supply and demand'. Lebih banyak baby anda menyusu - atau pam ketika baby berjauhan dengan anda - lebih banyaklah susu akan terhasil. Disini disenaraikan 7 tips untuk menjayakan pengepaman.

1. Relax

Stress dapat menghalang keupayaan natural tubuh badan untuk mengeluarkan susuibu dari breast.  Cari tempat yang tidak bising untuk mengepam. Massage breast dan cuba fikirkan tentang baby, lihat gambar baby atau dengar muzik yang buat anda relax..

2. Kerapkan Mengepam

Lebih banyak anda mengepam, lebih banyak susu akan dihasilkan - terutamanya bila anda menggunakan pam yang tinggi kualitinya. Cuba pam selama 15 minit setiap beberapa jam (kalau boleh 2 jam). Cuba gunakan double pam sebab ini akan memberi ransangan pada kedua-dua breast secara serentak. Ini juga membantu meningkatkan penghasilan susuibu dan mengurangkan masa mengepam berbanding single pump.

3. Bila Baby Bersama Anda, Breast feed la secara direct apabila baby lapar

Lebih banyak anda menyusukan anak secara direct, lebih banyak susuibu akan terhasil apabila anda mengepam. Bergantung kepada jadual anda, cuba susukan baby dengan lebih kerap pada waktu petang, awal pagi dan dihujung minggu. Jika boleh, sebaik saja balik dari tempat kerja, susukan baby secara direct.

4. Elakkan Memberi Formula (kecuali terpaksa)

Pemberian susu Formula akan mengurangkan permintaan baby kepada susuibu, dan seterusnya mengurangkan penghasilan susuibu. Untuk nak maintain supply susuibu, amat penting untuk mengepam setiap kali baby minum susu formula atau hasil perahan. Maksudnya setiap kali baby menyusu bukan secara direct, setiap kali itulah anda perlu mengepam...

5. Minum Banyak Air / Cecair

 Air, jus dan susu boleh membantu anda sentiasa hydrated. Kurangkan meminum soda, kopi dan lain-lain minuman berkaffein. Kaffein yang terlalu tinggi boleh menggangu tidur baby dan membuat baby kurang selesa.

6. Jangan Merokok

Kesan merokok boleh menggurangkan penghasilan susuibu. Ia juga mengubah rasa susuibu dan menggangu tidur baby. Perokok pasif juga kena ambil perhatian ya.. Sekiranya nak juga merokok, cuba elakkan merokok sebelum atau semasa menyusukan anak

7. Jagalah Diri Anda Sebaik Mungkin

Makanlah diet yang sihat, ni termasuklah pelbagai jenis buah, sayuran dan 'whole grain'. Cuba amalkan senaman setiap hari. Tidur bila baby tidur dan jangan segan untuk meminta pertolongan apabila anda perlukannya. Jika anda ingin mengambil ubat birth control, bincang dengan doktor mana satu yang sesuai. Sebab ada pil-pil ni menggandungi estrogen yang boleh menggangu penghasilan susuibu.


Itulah beberapa tips mudah untuk menjaya penyusuan direct dan pumping... Namun semua ni memerlukan komitmen yang tinggi.... Biarpun usaha para ibu hanya tahan beberapa hari atau bulan, saya tetap saya salute.. Sebab bukan mudah, sangat tinggi cabarannya....

Jika anda tengah mencari supplement untuk ibu menyusu....  Selamat untuk anda dan baby, dan mungkin boleh membantu melancarkan penghasilan susuibu.... Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-


EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment