1. Tekanan darah
Tekanan darah adalah ukuran untuk kesihatan jantung dan kesihatan arteri. Tekanan darah terdiri diukur melalui 2 paras tekanan, tekanan sistolik dan tekanan diastolik. Tekanan sistolik menunjukkan tekanan untuk mengepam darah dari jantung ke seluruh tubuh. Sementara diastolik adalah tekanan pada arteri ketika darah kembali ke jantung. Jika kita lihat tekanan darah 140/70, ini bermaksud Sistolik/Diastolik.
Cuba bandingkan tekanan darah normal dengan bacaan tekanan anda..
Kategori | Sistolik | Diastolik | |
Normal | < 120 | And | < 80 |
Jika anda dah berumur macam saya, adalah baik untuk mengetahui tekanan darah dan masa ke semasa. Pastikan anda menjaga berat badan kerana akan berpengaruh terhadap tekanan darah.
2. Kolesterol
Kolesterol adalah satu substans minyak dalam darah dan sel tubuh badan. Terdapat beberapa jenis kolestrol dalam darah. Kolesterol LDL (kolesterol jahat) perlulah kurang dari 100 mg/dL, sementara kolesterol HDL (kolesterol baik) harus lebih dari 40 mg/dL. Jika kolesterol jahat kita terlalu tinggi ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, serangan jantung, mahupun stroke. Kerana kolesterol jahat ini boleh terkumpul dan mengeras sebagai plak pada arteri. Ini menyebabkan tekanan darah tinggi.
DAlam menjaga tahap kolesterol, kita bukan hanya perlun menghindari makanan yang tak baik, tetapi juga mengamalkan pemakanan harian yang bernutrisi. Hindari makanan yang mengandungi lemak tepu dan tambahkan makanan yang baik untuk kesihatan jantung seperti serat dan asid lemak omega-3.
3. Paras gula dalam darah puasa
Gula darah puasa adalah tingkat gula dalam darah setelah seseorang berpuasa seharian. Biasanya ini dilakukan untuk megetahui jika seseorang itu mempunyai masalah diabetes. Anda harus memiliki tingkat gula darah puasa 80 - 100 mg/dL.
Mengetahui tingkat gula darah puasa penting kerana kebanyakan kita tidak tahu kita memiliki gejala pre-diabetes. Orang yang memiliki gula darah sekitar 100 - 126 mg/dL tergolong dalam kategori pra-diabetes.
4. Waist-to-hip ratio
ukuran pinggang ÷ ukuran pinggul = Waist to hip ratio
Waist-to-hip ratio adalah ratio ukurkeliling pinggang terhadap ukurkeliling pinggul. Biasanya ratio ni digunakan untuk menentukan jenis bentuk tubuh seperti bentuk apel atau pir. Pengukuran ini berdasarkan bahagian tubuh badan dimana lemak terkumpul. Waist-to-hip ratio yang sihat bagi wanita adalah 0.80 ke bawah, sementara untuk lelaki adalah 0.95 ke bawah.
Ratio ini penting untuk mengetahui kecenderungan penyakit yang boleh menimpa anda. Jika ratio lebih tinggi dari keadaan sihat adalah baik untuk membuat senaman. Amalkan pemakanan yang sihat.
Jika anda membuat medical check uambil perhatian pada 4 perkara ini ya. Keempat hal tersebut penting untuk mengetahui tahap kesehatan anda dari masa ke semasa. Empat hal ini juga boleh berubah bergantung pada gaya hidup dan cara anda menjaga kesihatan.
Sekian saja untuk hari ni ya, moga bagi manfaat. Jika anda ingin mengetahui bagaimana supplement boleh membantu meningkatkan kesihatan anda, PM saya ya...
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com
No comments:
Post a Comment