Wednesday 26 June 2013

HERB LAX KINI KEMBALI DI PASARAN

Yang dah menunggu lama tu, kini dah boleh cuci usus dengan Herb-lax ya...

Pembersihan colon atau usus tidak akan lengkap tanpa formula popular Shaklee: Herb-Lax.





Herb-Lax telah direka untuk menggalakkan tindakan pembersihan secara lembut pada proses perkumuhan semulajadi tubuh badan. Herb lax mengandungi gabungan 9 herba, termasuklah daun senna yang telah digunakan lebih dari 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.

Herb-lax merangsang pengecutan otot usus besar secara semulajadi. Ini membolehkan pembuangan sisa yang terperangkap dengan lebih cepat, agar toksin tidak mempunyai masa yang cukup untuk menggangu tisu-tisu usus yang sihat seterusnya diserap semula dan diedarkan seluruh badan. Inilah yang dikenali sebagai detox usus. Seperti mana yang kita ketahui, proses detox boleh membantu meningkatkan kestabilan tubuh badan, mengurangkan bau badan, mengurangkan jerawat, melegakan sembelit, membuang gas dari perut dan usus, menstabilkan fungsi dan menyihatkan usus.

Rata-rata yang telah mengamalkan Herb Lax mengatakan seronok, rasa macam semua sisa dikeluarkan. Rasa ringan. Ada juga yang kata kempis perut sikit.



Kini Herb-Lax kembali di pasaran Malaysia.. Jika anda berminat, PM saya ya.....



Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 




* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease














Monday 24 June 2013

PENTINGNYA SARAPAN PAGI SEBELUM ANAK ANDA PERGI SEKOLAH

Teringat saya pada hari pertama anak saya pergi sekolah awal tahun ni. Ramai ibu-ibu yang duduk kat luar kelas sementara menunggu kelas tamat.. Sempat pula kami bercerita pasal anak-anak kami.. Antara yang kami perbualkan adalah tentang anak kami tidak mahu makan sarapan pagi sebelum ke sekolah..
Anak saya sendiri hanya minum susu sahaja.

Pengambilan sarapan pagi khasnya untuk kanak-kanak amat penting. Ini adalah agar mereka mendapat nutrisi dan tenaga yang diperlukan oleh tubuh agar mereka mampu menumpukan pembelajaran di sekolah.

Bagaimana Sarapan Pagi memberi kesan kepada pencapaian kanak-kanak disekolah?

Sarapan pagi membantu:

- Memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan persekolahan
- Menghilangkan simptom rasa lapar seperti sakit kepala, lesu, mengantuk dan longlai
- Membantu mereka untuk berfikir dengan lebih cepat apabila membuat kerja-kerja sekolah
- Meningkatkan pencapaian berfikir
- Membuat mereka rasa lebih tenang
- Membantu mereka kurang khayal

Jadi apa saya buat untuk agar nutrisi tetap dibekalkan pada anak saya??

Saya memilih makanan yang senang nak bagi pada anak saya. Dan salah satunya adalah meal shakes.
Tambah saja pada susu atau jus mereka. Ini membantu membekalkan 19 vitamin dan mineral penting, kaya dengan kalsium dan ia adalah sumber protin yang hebat.
Nutrien asas  yang dibekalkan oleh meal shakes membantu dalam tumbesaran kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar untuk kekal sihat dan kuat.

Tidak susah nak berikan pada anak anda.. Anak saya yang kuat memilih makanan pun boleh je minum dengan jus mangganya..

Mari kita lihat beberapa testimoni ibu-ibu tentang meal shakes ni..






Dapatkan MEal Shakes sementara Promosi sedang berjalan di Bulan Jun 2013 ini...




PM saya di:-


Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 





* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Saturday 22 June 2013

LAHIRKAN ANAK BIJAK, PANDAI DAN PINTAR

Setiap Ibu dan Ayah pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap interlektual yang tinggi, berpotensi, bijak kreatif, rajin belajar, dan suka membaca. Siapa tak nak kan???



Selain daripada  memberikan  pendidikan yang terbaik kepada anak anda, membekalkan nutrisi yang bersesuaian juga sangat penting dalam memperkembangkan tahap intelektual anak anda..

Berdasarkan kepada penyelidikan yang telah dibuat, dibawah merupakan beberapa nutrien penting yang boleh membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak sedang membesar.

MULTIVITAMIN

Multivitamin memberikan nutrien yang asas untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin seperti b complex yang mana membantu meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

VITAMIN C
Vitamin C membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demam selsema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin Cjuga perlu mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah pada kanak-kanak.

OMEGA-3
Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak 'baik' yang dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan diet yang kaya dengan Omega-3 boleh meningkatkan keupayaan dalam pembelajaran, kemahiran menyelesaikan masalah, daya fokus, daya ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega-3 juga menunjukkan mampu menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.

Lecithin
Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neutrotransmitter asetlikolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf. The National Academy of Sciences telah mengiktirafkan yang kolina merupakan sumber penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untu kesihatan otak.

PROTIN BAIK
Protin baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid Amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmiter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina didalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.

SHAKLEE memberikan rangkaian nutrisi terbaik yang diperlukan oleh anak anda untuk sokongan tumbesaran yang sihat di samping mengekalkan kesihatan seiring dengan tumbesaran mereka.



Chewable Vita-C Plus : Antioksida yang menyokong kesihatan imun dan pertahanan tubuh secara semulajadi. Didatangkan dengan rasa citrus/limau. Vitamin C ini mudah diserap dengan hanya mengunyah dan menghisapnya.

OmegaGuard : Memberikan spektrum penuh yang berkesan dan merupakan asid lemak omega-3 bergred farmaseutikal.

Lecithin : Kaya dengan lecithin yang mengandungi kolina bagi menyokong kesihatan tubuh

Meal Shakes : Sumber protin yang hebat serta 19 vitamin dan mineral yang penting sebagai nutrien asas yang membantu dalam tumbesaran kanak-kanak dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.

(sumber: Majalah Shaklee)


Mari kita berikan yang terbaik pada anak-anak kita... 
Dapatkan supplement terbaik ini dari saya ya...
Jangan lepaskan peluang Super Combo... Meal Shakes dan Omega yang sedang berlansung sepanjang bulan Jun ini...



Contact me:

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 




* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease




Thursday 20 June 2013

INGIN HAMIL

Sebenarnya ramai pasangan diluar sana yang masih menunggu rezeki untuk hamil. Setakat yang berhubung dengan saya, memang saya sudah tak boleh kira... Semuanya ingin mencuba supplement dalam usaha untuk hamil.. Iya la, kalau nak pergi ke pusat kesuburan agak mahal, beribu-ribu ringgit..

Sebelum tu, saya ingin share dulu beberapa kata-kata mereka yang telah menambah supplement dalam diet mereka dan telah berjaya hamil...

                       
Just nk share experience.. Sy start consume GLA complex on January 2013 sbb ada masalah period pain & cycle period panjang. Sy dah kahwin lebih kurang 4thn 6bln. Baru2 ni sy check upt +ve. Dr ckp dah 6weeks.. Doakan sy selamat bersalin..




        *********************************************************************



      **************************************************************************

dh lama nk tambah anak kedua sebab yang 1st dh 3 tahun lbh...bulan 4 sy cuba mkn GLA SHAKLEE dan stop separuh botol sebab period dh regular..semalam 30/5 sy try cek sebab dh 5 hari terlewat..Alhamdulillah Allah bagi rezeki yang amat bermakna sempena Anniversary kami yang ke-4..Syukran Jazillan

                               

Rata-rata yang ambil supplement ni banyak yang ambil GLA Complex.. Tidak kiralah mereka tambah ESP atau Vitamin c, atau B complex dan multivitamin lain-lain lagi...
Apa sebenarnya GLA COMPLEX ni??? Apa kaitan dengan kesuburan??




Ramai yang pm saya, nak hamil tapi period mereka tidak teratur.. Jadi, GLA Complex perlu diambil untuk menstabilkan hormon..

Untuk hamil, ini fungsi GLA Complex :-

GLA can help to boost fertility as it aids in obtaining the right level and consistency of cervical mucus needed to allow sperm to easily travel through the reproductive canal and to the uterus.


GLA Complex ni kaya dengan gamma linolenic acid dan vitamin E, asid lemak yang sangat2 penting untuk kesihatan.
Gamma Linolenic Acid membantu meningkatkan kesuburan kerana ia membantu cervical mucus / mukus pada serviks mencapai tahap seimbang agar sperma dapat bergerak dengan mudah untuk sampai ke uterus
Cervical mucus ni seperti pelincir...

Apabila cervical mucus berada pada keseimbangan dan pada ammaun yang sesuai, ia membolehkan sperma hidup lebih lama agar dan bolehlah sperma sampai ke uterus dalam keadaan hidup lagi... Maka ini meningkatkan lagi peluang untuk hamil...

Itulah antara kebaikan GLA Complex ni.. sebenarnya banyak kebaikkanya..

Namun tidaklah saya kasi gerenti akan prengnen.. Semuanya bergantung pada rezeki dariNya...
Makan supplement ni sekadar meningkatkan lagi peluang hamil... Itu je...

Ok, setakat sini saja untuk hari ni ya.. harap dapat memberi penjelasan kenapa GLA ni sering dicari-cari oleh kaum wanita...

Salam sayang selalu.....

Berminat nak dapatkan supplement ni?? PM saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com





* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 

Wednesday 19 June 2013

CoQ Health : Produk Terbaru Shaklee

Coenzyme Q10 adalah nutrien larut lemak yang terkandung dalam setiap sel tubuh badan manusia. Ia sangat penting untuk penjanaan fungsi sel yang baik. Kandungan enzim ini lebah banyak pada beberapa organ yang sering bekerja kuat seperti jantung, hati, buah pinggan dan pankreas.
Sel tubuh badan hidup dengan bergantung kepada tenaga yang dihasilkan oleh sel itu sendiri. Untuk menghasilkan tenaga sel perlu membakar gula dan lemak dari makanan harian kita. Nutrien ini akan dipecahkan dan akan melalui proses pembinaan tenaga  yang memerlukan CoQ10. Proses ini berlaku beribu-ribu kalinya dalam sesaatagar jantung kita terus berdegup dan semua organ lain berfungsi dengan baik.





Tanpa CoQ10 sel tidak mampu menghasilkan tenaga dan organ kita tidak dapat berfungsi dengan baik.

Beberapa Fungsi CoQ10 :-

1) Menguatkan otot jantung
2) menyokong kapasiti pengepaman darah
3) Membaiki aliran darah ke seluruh tubuh badan.
4) Membaiki integriti salur darah dan seterusnya mengekalkan tekanan darah yang sihat.
5) Berfungsi sebagai antioksidan yang berkuasa
6) Membantu mepertahankan ateri daripada dioksidakan oleh 'Low Density Lipoproteins' (LDL). Ini seterusnya membaiki aliran darah dan secara tidak lansung, meningkatkan fungsi salur darah termasuklah salur yang mengangkut darah ke jantung.

Sebenarnya tubuh badan kita mempunyai kemampuan untuk menghasilkan C0Q10. Tetapi apabila usia mencapai 20 tahun, peratus penghasilan C0Q10 akan berkurang. Pada usia kita mencapai 20 tahun, jantung kita hanya mempunyai 68.2 % CoQ10 berbanding % yang kita punyai apabila usia kita adalah 20 tahun.



Selain daripada usia, faktor lain yang mampu mengurangkan CoQ10 pada tubuh badan adalah:-
- Pendedahan pada radikal bebas
- Diet tidak seimbang
- Penggunan beberapa jenis ubat-ubatan



Oleh sebab inilah, pengambilan supplement CoQHealth mengekalkan zat makanan pahap selular yang penting dalam tubuh badan.

Sekian dan salam sayang selalu.....

Berminat nak dapatkan supplement ni?? PM saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 



* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Tuesday 18 June 2013

SUSU BERKURANG SEJAK BEKERJA

Q: Saya adalah seorang ibu breastfeed yang baru masuk kerja. Sangat susah untuk saya nak pam selalu. Kini saya hanya mampu mengepam 0.5 - 1 oz sahaja, sebelum ini 4 - 5 oz... Bolehkah saya meningkatkan semula hasil perahan saya?



Soalan ini adalah antara soalan yang kerap saya terima dari ibu-ibu yang mempunyai masalah hasil perahan yang sedikit... Saya kongsikan disini berkenaan perkara ini ya...



Walapun anda hanya mendapat 0.5 oz, ianya masih lagi berbaloi untuk terus mengepam susu anda. Mengepam di tempat kerja anda akan meneruskan hubungan ibu dan bayi walaupun anda berjauhan. Ramai ibu yang mempunyai masalah yang sama, janganlah terlalu risau tetapi cubalah amalkan beberapa tips ini...


Think Positive! Mula-mula sekali, ubah pemikiran anda. Penyusuan susuibu ni sering dikaitkan dengan keyakinan diri. Relax dan janganlah terlalu risau dengan betapa sedikitnya hasil perahan anda kerana ini mungkin akan menggurangkan lagi hasil perahan. Disebaliknya, fokus kepada apa yang anda mampu perah. Bersyukurlah yang anda mampu breastfeed. Dan percayalah hasil perahan anda pasti akan meningkat.


Kenal pastikan masalah kenapa anda jarang mengepam. Ini amat penting untuk menruskan perjuangan anda. Janganlah rasa bersalah untuk meminta bos anda 15-20 minit untuk mengepam susu. Cari tempat yang sesuai untuk mengepam dan berbincanglah dengan majikan anda berkenaan hal ini. Ingat, ibu bekerja yang menyusukan anak akan kurang mengambil MC kerana anak akan kurang jatuh sakit. Jangan takut, dulu bos saya, seorang lelaki, pun memahami keadaan ini.


Tingkatkan ransangan hormon menyusu. Terdapat beberapa cara untuk merangsang 'refleks let down' susu anda. Boleh cuba urut payudara beberapa minit dan minum beberapa gelas air sebelum anda mengepam. Letakkan selimut atau sekeping pakaian bayi berdekatan dengan anda agar boleh menghidu bau baby. Letakkan gambar baby di mana anda boleh melihat semasa mengepam. Boleh juga menelefon untuk mendengar suara baby.  Sambil anda melihat, menghidu bau, dan mendengar suara bayi anda, gambarkan aliran susu anda mengalir. Amat penting untuk relax dan duduk untuk mengepam. Muzik yang menenangkan boleh membantu (gunakan Ipod atau walkman untuk mengurangkan gangguan).

Pam lebih kerap. Jika boleh, pam sekerap mana bayi anda akan breastfeed, sebaik-baiknya setiap dua hingga tiga jam. Mengepam lebih kerap dalam tempoh masa yang pendek lebih berkesan dalam merangsangkan refleks let down anda.

Pilihlah pam yang sesuai untuk anda. Klik disini untuk mengetahui faktor-faktor pemilihan breastpump.



Banyakkan directfeed semasa anda bersama baby. Cuba directfeed sepenuhnya semasa bayi anda berada bersama anda.  Hisapan bayi merupakan rangsangan yang amat berkesan berbanding dengan pam. Mintalah bantuan suami dalam menyelesaikan kerja rumah agar anda dapat meluangkan masa untuk menyusukan bayi anda dengan kerap.



Setakat ini yang saya mampu sharekan pada hari ini... Saya berharap ini sedikit sebanyak dapat membantu anda meningkatkan susuibu anda...


Jika anda ibu bekerja yang sering letih, stress dengan kerja kat ofis dan rumah.. sehingga menyebabkan susuibu anda merundum...  Apa kata cuba supplement Shaklee... Ia membantu membekalkan supplement untuk tubuh terus sihat, meningkatkan tenaga dan seterusnya membantu melancarkan penghasilan susuibu anda....

PM saya untuk mengetahui set-set breastfeeding yang ada ya....


Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com
















Monday 17 June 2013

SHAKLEE USJ SUBANG JAYA


Dari Subang Jaya ke Kota Kinabalu, ke Langkawi, ke Perlis... Sebenarnya mana-mana pun kini boleh kita hubungi.. Penghantaran Produk Shaklee ke seluruh negeri di Malaysia boleh dibuat, Thank you to Pos laju dan courier services...



Namun, bagi yang tinggal di Subang Jaya, mungkin lebih senang jika anda pergi je ke Empire Shopping Complex untuk dapatkan produk anda..
Jika nak lagi senang, boleh hubungi saya. saya COD je....
Biarpun nama saya ni pelik sikit, sebenarnya saya ni menetap di USJ, Subang Jaya, Selangor.
Kalau yang duduk berdekatan dengan saya, senanglah nak dapat kan produk ya..

Khas yang berasal dari kampung halaman ku.... Jangan risau... ramai pengedar disana ya.. Kawasan yang dirangkumi termasuklah: Kota kinabalu, Penampang, kawasan 1 Borneo, Tengilan, Tanjung Aru, Mengatal, Papar, Keningau, Beluran, Tawau, Beufort... Boleh hubungi mereka terus ya:-


Ryan                       https://www.facebook.com/ryanjames.dom

Suzanne Dennis       https://www.facebook.com/dennis.suzanne?fref=ts

Emily Kinsim           https://www.facebook.com/jhee.onlne?fref=ts

Amesheeba Jsp       https://www.facebook.com/amesheeba?fref=ts

Issah                        https://www.facebook.com/apple.issah?ref=ts&fref=ts
  
Nancy Awang          https://www.facebook.com/nancy.awang?fref=ts

Catie Stanis              https://www.facebook.com/catie.stanis?ref=ts&fref=ts

Christine Chow        https://www.facebook.com/chow.christine83?ref=ts&fref=ts 

Puspa                      https://www.facebook.com/puspa.kelis?ref=ts&fref=ts 
 
Melissa Alford (Beluran, Tawau) https://www.facebook.com/melissa.alford.988?fref=ts



Dan tidak lupa Shaklee Perlis & Langkawi, sila hubungi 

Nur Fatin                  https://www.facebook.com/cikkumbang.12.2?fref=ts



Ok.. Jangan lupa ya.. SHAKLEE SUBANG JAYA, pm saya je ya:



Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 









Thursday 13 June 2013

CEGAH SUSUIBU KURANG DI AWAL KELAHIRAN....

Terdapat berbagai faktor yang boleh menyebabkan supply susuibu kurang semasa menyusukan anak.
Antara sebabnya adalah:-

- menunggu terlalu lama untuk memulakan penyusuan susuibu
- tidak menyusukan baby dengan kerap
- Cara baby menyusu tidak betul (tidak 'latch' dengan betul)
- penggunaan ubat-ubatan yang boleh mempenggaruhi susuibu
- pernah membuat pembedahan payu dara
- kelahiran pra-matang
- pesakit diabetes yang bergantung pada insulin






Justeru itu, untuk meningkatkan susuibu, perlulah bersedia untuk buat tips di bawa ini:-

Selepas kelahiran, jangan tunggu terlalu lama untuk menyusukan baby. Sebaik sahaja kelahiran, dakap dan berikan sentuhan kulit ke kulit pada baby. Ini akan memberi ransangan pada tubuh badan anda. Selalunya dalam masa sejam selepas kelahiran, anda boleh cuba susukan baby anda.

Kerapkan penyusuan. Pada beberapa minggu pertama, susukan baby anda setiap 2 - 3 jam sepanjang masa. Penyusuan yang kurang dari ini mungkin menyebabkan kurangnya supply susuibu.

Beri perhatian kepada masalah penyusuan. Seperti contoh, sekiranya baby hanya gemar menyusu pada sebelah payu dara sahaja, cuba cari jalan untuk mengatasinya. Kerana jika ini kerap berlaku, ia akan menyebabkan supply susuibu berkurang. Anda mungkin perlu mengepam jika kes ini berlaku. Tapi sebaik-baiknya cuba ajar baby untuk menerima kedua-dua breast.

Jangan skip sesi penyusuan. Sekiranya anda tidak mempunyai pilihan, terpaksa berpisah dengan baby sementara waktu, dan pada masa tu adalah masa untuk baby menyusu, maka anda perlu mengepam untuk mengeluarkan susu dalam breast. Ini membolehkan penghasilan susuibu terus berlaku. Begitu jugalah jika baby tidur, anda mungkin terpaksa membangunkan baby.

Jangan beri puting sebelum baby mencecah usia 6 minggu. Minggu 6-8 selepas kelahiran adalah masa untuk menstabilkan supply susuibu anda. Hisapan dari baby adalah amat penting. Pemberian puting mungkin akan menjejaskan masa penyusuan dan seterusnya penghasilan susuibu mungkin terjejas.

Jangan guna sebarang ubat tanpa mengetahui ianya tiada kesan pada susuibu. Silalah bertanya pendapat doktor jika anda ragu-ragu.


Ini merupakan beberapa tips yang mampu saya sharekan hari ini.. Sekiranya anda telah mengikuti tips-tips diatas dan masih lagi mempunyai masalah supply kurang, cuba periksa cara pemakanan anda.. Mungkin mempunyai kekurangan.

Pemakanan seorang ibu menyusu perlu seimbang dan cukup. Seperti kita ketahui, penghasilan susuibu perlukan lebih kalori 400 - 500 sehari. Maka janganlah berdiet, kurang makan tetapi amalkanlah pemakanan sihat dan cukup. Makanan juga menjadi kunci kepada kesihatan tubuh badan siibu. Tubuh yang sihat dan cergas akan melancarkan lagi penghasilan susuibu. Ingat nutrisi mungkin akan diserap dari tubuh badan siibu untuk menghasilkan susuibu. Oleh sebab tu, pemakanan sihat membantu menggantikan nutrisi simpanan ini.

Sekiranya agak sukar untuk memenuhi keperluan pemakanan, apa kata cuba amalkan supplement breastfeeding Shaklee. Ia membantu memenuhi lopong-lopong pemakanan anda. Membantu meningkatkan kesihatan, buat badan lebih cergas, kurang stress, dan seterusnya membantu melancarkan penghasilan susuibu...




Jom baca Testimoni ini:

6 Mei 2013 yang lepas genap setahun saya fully breastfeed. Pengalaman saya menyusukan anak kedua ni tak sama dengan anak pertama sebab saya diuji dengan susu kering semasa dalam pantang.Abin memang asyik meragam je sebab tak puas menyusu.

Masatu dah nak masuk 3 minggu berpantang tapi susu makin sikit kalau pam atau mermet nak dapat 1oz pun susah sampai mak suruh campur susu formula.

Tapi saya belum patah semangat dan cuba set penyusuan SHAKLEE.Apa yang saya ambil adalah Vitalea,Vitamin c,B Complex,Alfafa dan ESP.

Saya ikut tips dealer yang saya beli time tu minum air at least 3 liter dan direct feed atau pam sejam sekali.Alhamdulillah dalam dua hari dah nampak kesan.

Susu dari 1oz bertambah sampai saya boleh dapat 7oz satu sesi.

Sangat syukur..Dan memang betul ESP ni bagi baby cepat kenyang sebab cawan pertama ESP yg saya minum dan menyusu sejam lepastu,Abin dah tak meragam dan tidur lena.Sampai sekarang saya masih makan vitamin2 ni.
Bagi saya Set Penyusuan SHAKLEE memang satu perlaburan yang berbaloi lah..




Sekian dan salam sayang selalu.....

Berminat nak tahu pasal supplement ni?? PM saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 







* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease




Tuesday 11 June 2013

SUSU BANYAK, RASA BERTENAGA DAN KULIT JADI CANTIK DENGAN ESP SHAKLEE

Hye...... Kalau anda belum mengenali produk paling laris Shaklee, saya perkenalkan ESP... ESP menjadi kesukaan ramai khasnya ibu-ibu yang menyusukan baby sebagai milkbooster mereka.. Walaupun terdapat beberapa supplement dalam set penyusuan, namun ESP menjadi produk yang wajib diambil kerana kesan yang diperolehi sangat-sangatlah 'amazing'...

Rata-rata ibu yang mengambil ESP memberi feedback seperti berikut:-

Breast cepat penuh dan rasa berat
Susu lebih pekat - baby cepat kenyang dan tidur lebih lena
Kulit jadi lebih tegang, kurang kering, glowing
Jerangat / Pigmen jadi lebih cerah
Kulit kurang kusam
Lebih bertenaga



Inilah feed back yang sering didengari... Bagi ibu-ibu yang mengandung pula, mereka kata rasa tak letih sangat. Lebih bertenaga... Yang paling penting ESP membekalkan sumber protein pada ibu dan bayi dalam kandungan. Ia membantu membina sel-sel baru...

Lihat sendiri la testimoni ibu2 yang telah cuba ESP...












Hebatkan.....
Hanya ESP sahaja yang diminum... tapi kesannya sangat banyak...

Namun, saya ingatkan ya... Minum ESP sahaja tidak akan menyebabkan pertambahan pada susu ibu sekiranya siibu tidak mengosongkan payu dara dengan kerap... Sebab tubuh badan tidak akan menghasilkan susu jika permintaan adalah rendah...

Sekian dan salam sayang selalu.....

Berminat nak tahu pasal supplement ni?? PM saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 






* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease








Wednesday 5 June 2013

MENGUBAH TABIAT MAKAN ANAK ANDA

Terus terang, saya sendiri mempunyai masalah anak tak nak makan sayur.. memilih makanan. Biarpun saya campurkan sayur yang dah lumat dalam nasi, masih juga ditolak oleh anak saya...



Jika anda juga mengalami masalah cara pemakanan anak, dan ingin mengubah ke corak pemakanan yang lebih sihat, saya sharekan beberapa tips yang telah saya baca secara online ya....


- Cuba tunjukkan contoh yang baik dengan tabiat pemakanan anda sendiri.

- Hidangkan makanan dan kudapan yang menyihatkan pada waktu biasa untuk mengelakkan "curi makan" sepanjang hari.

- Jangan benarkan anak anda makan sambil menonton TV atau menyiapkan kerja rumah.

- Jadikan waktu makan suasana yang gembira dengan menjamu selera seisi keluarga.

- Galakkan anak anda untuk 'memberi perhatian kepada perut mereka' dan makan hanya apabila lapar dan bukan mengikut tabiat.

- Ajar anak-anak untuk mengunyah makanan dengan lebih perlahan dan nikmati makanan tersebut. Mereka akan lebih cepat kenyang dan kurang kemungkinan untuk terlebih makan pada waktu makan.

- Jangan menyimpan banyak makanan ringan berlemak tinggi yang tinggi kandungan gulanya.

- Jangan jadikan kunjungan ke restoran makanan segera sebahagian daripada rutin mingguan.

- Cuba libatkan anak-anak apabila menyediakan makanan kerana ini akan menyedarkan mereka tentang apa yang dimakan. 

- Jangan jadikan makanan sebagai umpan menenangkan anak-anak - sebaliknya beri perhatian, dengar dan dakap mereka.

- Elakkan menggunakan makanan sebagai ganjaran kerana ia akan mengukuhkan idea bahawa makanan adalah sumber ketenangan. Contohnya elakkan makan makanan segera untuk meraikan laporan peperiksaan yang menggembirakan, sebaliknya belikan hadiah, tonton wayang, atau jemput rakan-rakan bermalam di rumah.

- Apabila kanak-kanak yang perlu memperbaiki tabiat pemakanan meningkat dewasa, mereka digalakkan menyimpan diari makanan, untuk mencatat apa yang mereka makan berserta waktunya. Penting untuk kita menyedari 'waktu bahaya' mengambil makanan ringan dan mencari strategi untuk mengalih perhatian daripada makanan, atau ke arah pilihan yang lebih menyihatkan.

- Kajian menunjukkan bahawa menyusukan bayi, walaupun seketika, boleh mengurangkan risiko obesiti pada usia tua.

- Ibu bapa yang menggemari diet sihat yang mengandungi banyak buah-buahan dan sayuran segar adalah contoh yang baik untuk anak-anak mereka. Semakin kanak-kanak meningkat dewasa mereka cenderung untuk berpegang pada pola makan yang telah diamalkan di rumah.

- Galakkan kegiatan jasmani sebaik sahaja mereka boleh berjalan.

********************************************************************************

Itulah beberapa tips yang saya sendiri amalkan sekarang. Saya juga terus mencuba memperkenalkan makanan baru pada anak2. Dan yang penting terangkan kepadanya kebaikan makanan tersebut. Pastu, selalu juga bagi tahu keadaan di luar sana seperti sekolah, belum tentu ada makanan yang digemarinya.. Jadi kenalah belajar makan makanan lain...

Pada satu ketika dulu kesihatan anak saya amat merisaukan.. Sering sakit, sering diserang asma..
Saya berpendapat ianya disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang..
Maka, saya bekalkan MEAL SHAKES pada anak-anak saya..





Sejak tu, tahap kesihatan memang meningkat. Asma juga kini jarang menyerang... Nak baca cerita anak saya ?? KLIK DISINI

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang MEAL SHAKES, PM saya ya...



DAPATKAN MEAL SHAKES DI BULAN JUN INI.... 
SEMENTARA PROMO SEDANG BERJALAN YA!!!!!


Sekian dan salam sayang ya.....

Berminat nak tahu pasal supplement ni?? PM saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 





* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease