Dalam sibuk-sibuk saya mencari idea tantang apa nak tulis di blog hari ini, saya terbaca artikel ini dari Berita Harian... Saya rasa sangat bagus info ni untuk ibu yang akan melahirkan anak dan seterusnya menjalani pantang. Silakan membaca ya kawan-kawan...
Diakhir entry ini saya akan buat kesimpulan mengapa kami rekomenkan SET BERPANTANG dari produk Shaklee... Happy Reading....
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Usaha kembalikan kesegaran, tenaga wanita
LAZIMNYA, banyak perubahan berlaku kepada wanita selepas mereka
melahirkan cahaya mata. Antara perubahan yang sangat ketara ialah
peningkatan berat badan.
Di samping itu, perubahan fisiologi juga kerap berlaku seperti
kandungan cecair darah meningkat, denyutan jantung yang kuat dan lebih
kerap, tekanan darah dan pernafasan yang meningkat lebih daripada biasa,
kulit yang menjadi renggang dan retak, timbul urat pada kaki serta
perubahan mungkin berlaku di peringkat biokimia sel atau tisu badan.
Ketika bayi dilahirkan pula, wanita mengalami suatu perubahan
agak serius yang boleh dianggap sebagai kecederaan. Ini disebabkan oleh
proses kelahiran bayi yang perlu melalui saluran kemaluan yang sempit.
Ini menyebabkan saluran ini renggang dan kadang kala cedera.
Amalan disarankan nenek moyang kita juga dianggap peluang untuk
memulihkan kesihatan dalaman. Tidak hanya segi kesihatan, ia turut
membabitkan kecantikan dan kecergasan diri biarpun sudah bergelar ibu.
Selama 40 hari selepas bersalin, menjadi tempoh untuk menjalani pantang.
Selain daripada perubahan fizikal atau jasmani yang berlaku pada
wanita, perubahan mental dan emosi juga berlaku. Wanita yang sedang
hamil dan melahirkan anak mengalami tekanan jiwa yang berat kerana
kedua-dua proses kehamilan dan kelahiran ini dianggap sebagai faktor
yang menekan. Ada sesetengah wanita mengalami tekanan jiwa yang begitu
kuat sehingga mereka mengalami kesedihan (depression). Malah
sesetengahnya pula menjadi terganggu jiwa (psychosis) selepas melahirkan
anak.
Pelbagai berpantang boleh dipraktikkan untuk mengembalikan
kesejahteraan dan kesihatan wanita antaranya seperti penjagaan dalaman
seperti meminum air akar kayu, pengambilan makanan berkhasiat atau
secara fizikal menerusi bertungku, mengurut, bertangkas dan lain-lain.
Mandian wap juga memulihkan luka dalaman dan menegangkan otot dalam yang
kendur selepas bersalin.
Senaman atau gerakan otot adalah sangat penting selepas bersalin.
Segala gerak otot ini perlu dipelajari sebelum melahirkan anak kerana
bertujuan memperkukuhkan dua kumpulan otot iaitu otot pada lantai
punggung dan otot pada perut.
Bagi otot perut mengendur akibat kehamilan dan kelahiran sementara
otot perut ia boleh dipulihkan kekuatannya menerusi senaman mudah
seperti mengangkat kaki sambil berbaring dan sebagainya namun wanita
dalam berpantang dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti berat.
Masalah lazim sewaktu bersalin dan cara mengurangkannya
Susah kencing
Bengkak dan calar pada tisu sekitar ruang faraj dan pundi kencing
kadang-kadang boleh menyebabkan anda sukar kencing selepas melahirkan.
Cuba buat senaman faraj semasa kencing dan letakkan tuala wanita yang
suam atau sejuk pada faraj untuk kurangkan bengkak. Sukar kencing
berlaku tidak lama kerana ia hilang dengan sendiri selepas beberapa
hari.
Buasir
Sekiranya anda merasa sesuatu keluar daripada dubur dan sakit setiap
kali buang air besar, anda mungkin mengalami buasir. Buasir terjadi
akibat tekanan yang tinggi semasa meneran menyebabkan salur darah
sekitar dubur menjadi kembang. Untuk mengurangkan rasa tidak selesa,
gunakan tuala wanita bersama diletak pada bahagian dubur. Sekiranya
sakit keterlaluan atau buasir menjadi semakin bengkak, anda disarankan
berjumpa doktor.
Sembelit
Untuk mengelakkan daripada najis menjadi keras, amalkan memakan
sayuran dan makanan berserat tinggi semasa pantang dan minum
sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
Sakit payudara
Selepas beberapa hari bersalin, payu dara akan dipenuhi susu dengan
banyaknya dan payudara anda akan mula merasa sakit, berat dan bengkak.
Rasa tidak selesa pada payudara selalunya berakhir sebaik bayi anda mula
pandai menghisap susu. Anda juga boleh menggunakan tuala sejuk atau
suam pada buah dada bagi mengurangkan bengkak.
Rambut gugur
Semasa hamil, kadar keguguran rambut menjadi kurang disebabkan
hormon daripada uri yang menghalang keguguran rambut. Sesetengah wanita
pula mungkin mendapati rambut tumbuh lebih lebat dari biasa. Namun
selepas bersalin rambut anda akan luruh dua kali ganda lebih kerap dari
biasa disebabkan rambut yang tumbuh berlebihan tadi. Makan makanan
berzat dan elak daripada mengering atau mewarnakan rambut secara
keterlaluan.
Perubahan warna kulit
Anda mungkin perasan ada bintik bintik merah pada kulit muka dan
leher selepas melahirkan, jangan bimbang kerana ia sebenarnya disebabkan
oleh saluran darah kecil yang pecah semasa proses meneran. Bintik ini
akan hilang selepas seminggu. Kesan regangan pada perut pula tidak akan
hilang dengan mudah. Ia akan menjadi hitam kepada putih selepas beberapa
bulan. Perubahan kulit lain seperti jaluran hitam di tengah perut akan
hilang sepenuhnya secara beransur ansur.
Perubahan emosi
Selain perubahan fizikal, ibu juga kerap mengalami gangguan emosi,
kesedihan tak menentu dan risau berpanjangan. Ada juga yang mengalami
masalah kemurungan. Masalah itu selalunya berakhir selepas 10 hari dan
pada masa sama, cuba dapatkan tidur secukupnya atau dapatkan nasihat
doktor.
Perut buncit dan berangin
Sejurus melahirkan, fizikal anda akan masih kelihatan bulat, tidak
ramping. Sesetengah masih kelihatan masih seperti orang hamil kerana
usus mengandungi angin berlebihan. Keadaan ini hanya sementara kerana
semua cecair badan dan lebihan lemak yang terkumpul sepanjang kehamilan
bakal hilang.
Pemeriksaan selepas pantang
Selepas enam minggu, doktor anda akan memeriksa keadaan faraj dan rahim untuk pastikan sistem peranakan anda pulih 100 peratus.
Pengambilan diet sepanjang berpantang
Jenis ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering
kerana akan menyebabkan darah nifas berbau, cepat kering serta
melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu
menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan berbisa seperti
bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut
menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan
kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung,
tamban, cencaru atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong,
kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin
ialah haruan dan Yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka dalaman dan
luaran. Ikan haruan hidup dalam lumpur juga mengandungi khasiat mineral
yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan Yu dipercayai
dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut
menyokong kebenarannya.
Ulam-ulaman
Ada pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana,
antaranya serai, lengkuas, kunyit hidup, daun kesum serta halia.
Ulam-ulaman ini mengandungi serat, zat galian (mineral) dan pelbagai
vitamin, termasuklah A, C dan E, mengandungi anti oksidan.
Jenis sayuran dan buahan
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta
berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi,
pucuk paku, bayam dan kekacang serta jeruk. Ibu bersalin juga harus
mengelakkan minuman bergas, sejuk serta berasid seperti air tebu,
cincau, kelapa muda dan nanas.
Jenis ayam dan burung
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam
selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam
ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh.
Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan
mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari penjelasan mengenai pemakanan semasa pantang, jelas sekali kepentingan untuk mendapat vitamin dan mineral adalah sangat penting. Seperti contoh pengambilan ikan haruan yang sangat popular kerana mengandungi khasiat mineral
yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Pati (sup) ayam juga penting untuk melancarkan aliran darah dan mengembalikan ketahanan tubuh badan.
Begitu juga dengan ulam seperti halia yang banyak mengandungi vitamin A, C, E dan antioksidan. Ada juga ulam yang boleh membantu membuang angin dalam badan. Selain dari itu pengambilan sayuran juga dititik beratkan untuk membantu masalah sembelit.
Oleh sebab inilah kami memperkenalkan Set Berpantang Produk Shaklee. Set Berpantang ini terdiri daripada:-
1)
Vitalea - Multivitamin yang membekalkan 12 jenis vitamin dan 7 mineral penting
2)
Vitamin b complex - Pelbagai kepentingan seperti membantu dalam penghasilan hormon, pembentukan sel darah merah, mengekalkan kesihatan kulit dan salur darah.
3)
Vitamin C - Membantu mengukuhkan sistem imun agar ibu kurang sakit
4)
Zinc - Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran. Juga membantu dalam masalah rambut gugur.
Selain dari empat supplement diatas saya juga cadangkan untuk menambah
Ostematrix. Bukan sekadar memenuhi keperluan kalsium tetapi juga membantu dalam masalah sembelit kerana adanya kandungan Magnesium...
SET BERPANTANG + OSTEMATRIX
Antara kata-kata mereka yang telah menggamalkan Set Berpantang:-
Interested dengan Shaklee???.. hubungi saya di..
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL
Atau like kat Fan Page: HEALTHY BY NATURE
**These statements have not been evaluated by the Food and Drug
Administration. These products are not intended to diagnose, treat,
cure, or prevent any disease.