Paru-paru adalah salah satu organ pada sistem pernafasan yang berfungsi
sebagai tempat pertukaran oksigen dari udara yang menggantikan
karbon dioksida di dalam darah.
Proses ini dinamakan respirasi. Dalam proses ini, hemoglobin dalam darah akan bertindak sebagai pengikat oksigen dan selanjutnya dialirkan ke seluruh tubuh.
Apabila terdapat lubang pada paru-paru (boleh jadi kecil atau besar) udara mungkin boleh terlepas keluar memasuki ruang vakum antara dada dan paru-paru (ruang ini dipanggil 'pleural space'). Apabila terdapat udara pada ruang ini, tekanan akan dikenakan pada sebahagian paru-paru dan menyebabkan proses respirasi tidak berjalan lancar. Keadaan ini dipanggil 'pneumothorax'.
Terdapat 2 jenis pneumothorax:-
1) Tension pneumothorax
Keadaan ini adalah bila mana udara berada di bawah tekanan dan menyebabkan satu atau kedua-dua belah paru-paru tidak dapat bekerja dengan betul. Ini menyebabkan sistem kardiovaskular menjadi tidak berfungsi.
Tekanan yang terhasil di dalam rongga paru-paru akan melambatkan atau menghentikan aliran darah untuk kembali ke jantung. Jantung akan kekurangan darah untuk dipam ke arteri utama, menyebabkan tekanan darah berkurang dan seterusnya menggangu fungsi organ-organ badan penting.
Jika ini berlaku, sila dapatkan rawatan kecemasan kerana keadaan ini boleh membawa kepada kematian.
Tekanan yang terhasil di dalam rongga paru-paru akan melambatkan atau menghentikan aliran darah untuk kembali ke jantung. Jantung akan kekurangan darah untuk dipam ke arteri utama, menyebabkan tekanan darah berkurang dan seterusnya menggangu fungsi organ-organ badan penting.
Jika ini berlaku, sila dapatkan rawatan kecemasan kerana keadaan ini boleh membawa kepada kematian.
2) Simple pneumothorax
Dalam kes ini pula, hanya sebahagian daripada paru-paru yang tidak berfungsi dengan baik. Tekanan yang terjadi di dalam rongga paru-paru tidak menjejaskan sistem kardiovaskular.
Perkara yang paling teruk boleh berlaku hanyalah pada tahap berkurangnya kandungan oksigen dalam darah dan ini menyebabkan pesakit berasa sesak nafas.Jenis pneumothorax ini dikategorikan "stabil", dan tidak memerlukan rawatan kecemasan.
Perkara yang paling teruk boleh berlaku hanyalah pada tahap berkurangnya kandungan oksigen dalam darah dan ini menyebabkan pesakit berasa sesak nafas.Jenis pneumothorax ini dikategorikan "stabil", dan tidak memerlukan rawatan kecemasan.
Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh menjadi teruk sehingga sistem kardiovaskular boleh terjejas. Sebab ini keadaan pesakit perlu kerap dipantau oleh doktor.
KENAPA BERLAKU PNEUMOTHORAX?
Dibawa ini dijelaskan kenapa berlakunya pneumothorax, namun terdapat juga kejadian dimana keadaan ini berlaku tanpa sebab yang diketahui
KECEDERAAN PADA DADA
Apa-apa kecederaan pada dada tidak kira objek tumpul atau tajam boleh menyebabkan gangguan pada paru-paru. Beberapa kecederaan mungkin berlaku semasa serangan fizikal atau kemalangan kereta. Ada juga yang berlaku secara tidak sengaja seperti contoh semasa prosedur perubatan tertentu. Beberapa contoh termasuk:
- Pisau atau luka tembakan
- Hentamanobjek tumpul daripada kemalangan kereta
- Penggunaan beg udara dalam kenderaan
- Tulang rusuk patah, yang mungkin boleh menusuk paru-paru
- Bantuan pernafasan (CPR)
- Memasukkan tiub pada dada
- Biopsi paru-paru yang diambil menggunakan jarum melalui dinding dada
PENYAKIT PARU-PARU
Tisu paru-paru yang rosak adalah lebih tinggi risiko untuk colaspe atau runtuh. Kerosakan paru-paru boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit, termasuklah:
- Emfisema
- Tuberculosis (TB)
- Pneumonia
- Cystic fibrosis
- Kanser paru-paru
- Fibrosis paru-paru
- Sarcoidosis
RUPTURED AIR BLISTER (Lepuh udara pecah)
Lepuh udara kecil (blebs) boleh terjadi pada bahagian atas paru-paru kita. Tidak diketahui mengapa blebs muncul pada paru-paru sesetengah orang. Blebs bukanlah dikategorikan sebagai penyakit paru-paru. Kebanyakan blebs pecah tanpa sebab yang jelas, namun ia juga boleh pecah apabila terdapat perubahan dalam tekanan udara apabila anda:
- Skuba diving
- Menaiki pesawat
- Mendaki gunung pada altitud tinggi
BANTUAN PERNAFASAN MEKANIKAL
Pneumothorax mungkin boleh berlaku pada seseorang yang mengunakan bantuan mekanikal untuk bernafas. Tindakan ventilator, yang menolak dan menarik udara masuk dan keluar dari paru-paru, boleh mewujudkan ketidakseimbangan tekanan udara di dalam dada. Jika ini berlaku, paru-paru boleh colaspe sepenuhnya dan jantung mungkin diperah sehingga ia tidak boleh berfungsi dengan baik. Ini adalah kes pneumothorax yang teruk dan kecemasan perubatan diperlukan, jika tidak ia boleh membawa maut.
RAWATAN PARU-PARU BERLUBANG
Kebanyakan lubang pada tisu paru-paru akan sembuh secara spontan tetapi dalam beberapa keadaan tertentu ia adalah amat sukar untuk berlaku. Ini terutamanya jika paru-paru adalah nipis (iaitu, dengan emphysema) atau jika permukaan luar paru-paru bersentuh dengan permukaan yang lain.
Rawatan dari pakar mungkin melibatkan pembedahan dan mungkin beberapa prosedur untuk menutup lubang tersebut. Namun sekiranya lubang adalah kecil dan tidak serius, doktor mungkin akan mebiarkan sahaja perkara tersebut dengan pemantauan berterusan. Ini adalah kerana kebanyakkan lubang kecil pada paru-paru mampu sembuh dengan sendirinya.
MAKANAN TAMBAHAN UNTUK KESIHATAN PARU-PARU
Senaman yang regular dan diet harian yang kaya dengan vitamin dapat membantu dalam masalah paru-paru dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan paru-paru. (Ini adalah berasaskan kepada konsep pemulihan paru-paru secara sendirinya). Makanan yang membantu dalam kesihatan paru-paru banyak berkait dengan vitamin antioksidan. Selain dari itu banyak lagi vitamin yang bersesuaian..
Nak Tahu lebih lanjut kenalah PM saya ya....
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com
SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN
terima kasih,sngat2 membantu,adik saya sekarang mengalami,paru2 berlubang
ReplyDelete