Darah tinggi (juga dikenali sebagai Hypertension) berpotensi terjadi
kepada setiap wanita hamil dengan peratusan antara 10 hingga 15 peratus,
di mana ia boleh dikategorikan sebagai agak tinggi.
Keadaan ini berlaku tidak kira sama ada di negara sedang
membangun mahupun negara yang maju daripada aspek perubatannya.
Tekanan darah yang normal untuk orang yang tidak
mengandung ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang
normal ialah 110 ke 70 atau 120 ke 80. Ia tidak tetap. Sila jangan
banding-banding ya.. Biar doktor yang menganalisisnya... Namun sekiranya
tekanan melebihi 140 sudah tentu ia dikategorikan sebagai tinggi.
Terdapat dua jenis nama yang diberikan kepada masalah tekanan darah tinggi bergantung bila ia berlaku:-
Berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Essential Hypertension.
Ini mungkin berlaku kerana sebelum mengandung siibu sudah mempunyai tekanan darah yang tinggi. Pemeriksaan
terhadap pesakit akan dilakukan untuk melihat sama ada terdapat
penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan
keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi.
Berlaku selepas usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Gestational Hypertension. Inilah yang dikatakan tekanan darah tinggi semasa mengandung.
Entry ini membincangkan berkenaan masalah Gestational Hypertension.
Kenapa Berlaku Darah Tinggi?
Darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri.
Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan.
Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku
apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti
yang sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan
sempurna.
Kenapa ia berlaku? Sebabnya tidak diketahui....
Apa Risiko / komplikasi?
Ramai ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi telah melahirkan anak dengan selamatnya.. Namun ini tidak bermakna anda boleh biarkan masalah ini tanpa pemeriksaan doktor... Kerana keadaan ini boleh menyebabkan beberapa masalah atau komplikasi.. Antaranya adalah:-
- Kurangnya aliran darah ke placenta. Ini mungkin menyebabkan kurangnya nutrisi dan oksigen pada bayi dalam kandungan. Perkembangan baby mungkin akan menjadi perlahan dan kemungkinan terjadinya kelahiran baby dengan berat badan yang rendah.
- Satu
masalah yang dikenali sebagai placental abruption, di mana plasenta dipisahkan dari rahim lebih awal dari masa yang sepatutnya. Ini juga, boleh melucutkan pengaliran nutrien dan oksigen pada baby. Gejala utama placental abruption adalah pendarahan yang banyak.
- Kelahiran pramatang atau terpaksa mengeluarkan baby dari kandungan sebelum waktu matang.
Seperti yang diketahui jarang jangka hayat bayi dapat diteruskan sekiranya kandungan baru berusia 20 minggu.
Setiap bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah.
Katakan bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, baby perlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukkan ke wad
neo natal, penjagaan rapi dengan kos yang amat tinggi. Namun semua ni bergantung pada analisis doktor ya...
- Dalam beberapa keadaan, tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menjadi petunjuk kepada masalah preeclampsia. Keadaan ini boleh mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap organ siibu seperti buah pinggang, hati dan otak. Jika preeclampsia berkembang dalam wanita hamil, siibu boleh kena sawan, dan ini biasanya dirujuk sebagai eclampsia.
Treatment???
Sekiranya tekanan darah tinggi boleh dikawal, maka doktor akan
menasihatkan ibu berkenaan supaya meneruskan kandungan dengan pengawasan
rapi.
Kawalan dibuat sendiri (tanpa ubat) atau doktor akan mulakan pengambilan ubat darah tinggi.
Ibu hamil yang menghidap darah tinggi tidak perlu memilih makanan
mereka kerana darah tinggi ini lain daripada darah tinggi yang biasanya
dihidapi oleh orang yang tidak mengandung.
Pendek kata ia tidak ada kena mengena dengan darah tinggi yang disebabkan oleh makanan seperti pengambilan garam berlebihan.
Jika tahap darah tinggi ibu itu terlalu tinggi, mungkin doktor
akan menyarankan bersalin awal dengan cara pembedahan Ceasarean kerana
apabila tekanan darah terlalu tinggi, bahayanya adalah pada ibu.
Wanita hamil mengalami darah tinggi adalah disebabkan kehamilannya,
uri dan bayi itu sendiri. Jadi sebaik sahaja bayi dilahirkan darah
tinggi pada ibu mengandung itu akan turun, kecuali ada
faktor-faktor lain seperti usia si ibu yang sudah mencecah 40 tahun.
Terdapat kes di mana selepas bersalin tekanan darah tinggi tersebut
tidak hilang, sebab mungkin secara semula jadinya darah tinggi itu sudah
memang ada dalam dirinya kerana faktor umur atau juga faktor-faktor
lain dan bukan sebab mengandung.
Rujukan: Utusan Online, Baby Center, Health Magazine, MAyo Clinnic dlll
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Khas untuk semua, ada offer Ostematrix di bulan Mac 2013 ni... Beli 6 free 1 botol.. 1 botol tu tahan sebulan je.. Jika nak info pasal supplemen, Sila;
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com
SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN
**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
No comments:
Post a Comment