Anda telah berhenti menyusukan anak tapi ingin mulakan semula?
Berikut adalah garispanduan relaktasi..
(sumber: theleakybooby.com)
Apa itu relaktasi (relactation)?
Relaktasi adalah proses mewujudkan semula penyusuan susuibu selepas susu kering atau berkurangan pada satu jangka masa.
Kenapa nak relaktasi?
Terdapat banyak sebab kenapa ibu ingin relaktasi, kebanyakkannya sebab nak sambung semula hubungan penyusuan atau ingin meningkatkan susuibunya semula.
Berapakah peratus peluang untuk berjaya dalam relaktasi?
Banyak kajian mencadangakan yang kebanyakan ibu boleh berjaya penyusuan sepenuh masa atau separa masa dengan mendapat bantuan atau sokongan yang betul.Berikut adalah kajian berkenaan kejayan dalam relaktasi. Diingatkan bahawa ibu-ibu ini mendapat sokongan dan bantuan dalam relaktasi dari konsultan penyusuan bertauliah.
One study of 139 Indian mothers who had stopped breastfeeding for at least ten days found that 84% were capable of either full or partial relactation:
- 61% fully relactated
- 23% partially relactated (formula supplements reduced by half)
- 16% were unable to relactate
- 75% of mothers fully relactated (defined as 90% or more breastmilk feedings)
- 25% of mothers either partially relactated or did not relactate
- More than 50% established full production within one month
- 25% required more than one month to establish full production
- The remaining mothers breastfed with supplements until their babies weaned
- 92% of mothers fully relactated
- 6% partially relactated
Apakah faktor yang akan mempengaruhi kejayaan dalam relaktasi?
- Baby yang lebih muda usianya lebih besar peluang untuk berjaya
- Lebih pendek jangkamasa ceraisusu (juga dikenali sebagai “lactation gap”)
- Keinginan baby menerima / menghisap breast
- Mendapat sokongan dari konsultan sokongan penyusuan yang bertauliah
Berapa lama masa yang perlu diambil?
Menurut kajian, Nancy Mohrbacher, IBCLC, dalam Breastfeeding Answers Made Simple, mencadangkan ibu-ibu membuat membuat pelan 1 bulan untuk proses relaktasi ini.
Apakah kejayaan yang patut saya capai?
Mula-mula sekali anda perlulah fikir apa yang anda mahu. Adakah sangat mustahak untuk memberi susuibu? Adakah anda ingin rasakan perhubungan rapat melalui penyusuan?
Atau nak full Breastfeed atau campur2 formula.
Ada ibu yang berpendapat anak mereka tidak akan menerima breastfeed secara direct, maka mereka terus set kan untuk mengepam sahaja. Ada pula yang hanya nak anak mereka menyusu biarpun susuibu tidak cukup, mereka akan top up dengan formula.
Tidak ada panduan yang sesuai untuk setkan kejayaan yang ingin dikecap. Ini bergantung pada ibu sendiri. Anda mungkin tidak mahu setkan apa yang anda ingin kecapi. Tapi bagi saya, saya percaya apabila kita mempunyai target, kita akan lebih gigih berusaha untuk mencapai target tersebut.
Bagaimana nak Relaktasi?
Terdapat 2 perkara yang selalunya menjadi objektif relaktasi :
1) Mengembalikan supply susuibu
2) memujuk baby agar kembali menyusu secara direct
Kedua-dua ini adalah berkaitan. Kadang-kadang aby akan kembali pada breast apabila susuibu dah banyak.
Untuk mengembalikan supply susuibu. Langkah-langkah yang perlu dibuat adalah:
Dapatkan sokongan
Adalah baiknya jika anda dapatkan sokongan dari konsultant yang bertauliah atau seseorang yang mahir dalam hal penyusuan ini. Begitu jugalah sokongan dari keluarga dan kawan-kawan. Kerana ini akan memberi dorongan dan motivasi anda untuk terus berjuang. Relaktasi memerlukan masa dan usaha yang gigih, dan kunci kejayaannya adalah sokongan dari orang lain.
Kaji apa yang telah berlaku
Apabila penyusuan atau penghasilan susuibu terhenti, sudah tentu ada penyebabnya. Mungkin anda tidak memenuhi konsep - supply demand- , atau anda mempunyai masalah kesihatan, atau cara penyusuan (latching) yang tidak betul... Apa-apa pun cuba fikirkan sebabnya.. Dan dapatkan ilmu dalam hal ini, baik dari konsultant atau kawan-kawan atau membaca bahan2 bacaan... Kalau masalah anda adalah serius, mungkin anda memerlukan nasihat dari konsultant laktasi..
Mengembalikan supply susuibu anda
Ah.. Ini yang penting. Kosongkan payudara anda selalu. Jika baby nak menyusu secara direct, susukan sekerap mungkin. Inilah yang paling efektif. Cuba target penyusuan 10 -12 kali dalam sehari. Susukan pada kedua-dua breast sehingga kosong. Pastikan pengosongkan payu dara adalah efektif. Semua atau hampir semua aerola perlu masuk ke dalam mulut baby. Bukan setakat puting saja ya.
Jika baby tak nak breastfeed secara lansung dari payudara, gunakan pam untuk memberi ransangan. Pam sekurang-kurangnya setiap 2-3 jam. Pam jenis berganda (double pumping) memberi ransangan yang lebih baik.
Pam selepas baby menyusu secara lansung
Jika baby menyusu secara lansung, cuba pam selepas setiap penyusuan. Biarpun tiada susu yang keluar tapi ini memberi ransangan pada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Tekan / masaj payu dara
Kenakan tekanan atau masaj payu dara semasa baby menyusu atau mengepam. Ini membantu untuk mengosongkan payudara dengan lebih effektif. Tapi pastikan baby atau pam terus melekap ye.. Ini amat baik dibuat pada baby yang mengantuk.
Cuba pertimbangkan pemberian formula menggunakan sistem 'Supplemental Nursing Sistem' (SNS)
Ini adalah satu cara memberi formula pada baby semasa baby menyusu. Mungkin gambar ni lebih jelas.
Terdapat juga bukti yang menunjukkan pemberian formula dengan menggunakan cawan, sudu, SNS meningkatkan peluang relaktasi untuk berjaya.
Gunakan kuasa sentuhan kulit ke kulit.
Mendakap baby dengan sentuhan kulit ke kulit dapat meningkatkan hormon penyusuan siibu.
Makan galactague.
Galactagogue adalah supplement berjenis herba seperti Alfalfa yang dapat membantu meningkatkan supply susuibu. Ini mungkin dapat membantu...
Ok.. itu adalah garis panduan untuk relaktasi. Jika anda adalah ibu yang mengepam, adalah baik untuk merekodkan hasil perahan anda. Ini akan menunjukkan peningkatan anda setiap hari.. Juga menjadi motivasi yang kuat. Amalkan juga power pumping, kerana ini meniru seakan-akan baby menyusu...
Dari segi supplement pula... Hmmm.. jagalah pemakanan anda. Pastikan cukup dan seimbang.. Jika anda berhasrat untuk menggambil makanan tambahan (supplement), memang bagus.. kerana supplement memenuhi kekangan nutrisi harian anda... Namun, supplement hanyalah menyokong melancarkan penghasilan susuibu.. Konsep kerapkan penyusuan tetap faktor no 1 ya...
Nak baca cerita relaktasi yang telah berjaya.... klik disini.... http://www.sarakids.com/blog/?p=6333
Saya berharap jika anda antara ibu yang ingin relaktasi semula, teruskan usaha anda.. Jangan putus asa ya..
Pengorbanan yang amat2 saya sanjungi...
Apa2 pertanyaan, PM saya untuk info....
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL
Atau like kat Fan Page: HEALTHY BY NATURE
**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
No comments:
Post a Comment