Tuesday, 24 April 2012

KESAN STRESS KEPADA NUTRISI DAN PENGHASILAN SUSUIBU



Menghasilkan susuibu tidaklah semudah yang disangka. Banyak faktor-faktor yang boleh mempenggaruhi kuantiti mahupun kualiti susuibu. Salah satu daripadanya adalah STRESS. Stress mempenggaruhi kemampuan tubuh badan untuk menghasilkan susuibu pada tahap yang berbeza.



Stress 'mencuri' nutrisi badan

Penghasilan susuibu sebenarnya bermula pada akhir masa mengandung dan sejurus lepas beranak. Ia sebenarnya adalah satu keadaan yang sangat menekan tubuh badan kita. Pada masa inilah tubuh badan terpaksa bertindak untuk bertukar arah dari membekalkan keperluan anak dalam kandungan kepada penghasilan susuibu.

Siibu perlulah memastikan pengambilan nutrisi (seperti mana sepanjang masa mengandung), air dan kalori yang cukup untuk memastikan kesihatan dan penghasilan susuibunya. Namun,  kebanyakkan ibu-ibu akan merasa takut, excited dan mungkin ada yang rasa stress lebih-lebih lagi bila dah masuk pantang.Penambahan tanggungjawap dalam menjaga anak, menguruskan rumah tangga dll mungkin menjadi sebab kita berasa stress.

Kesan yang paling serious apabila dalam keadaan stress ialah stress akan 'mencuri' nutrisi dan air daripada tubuh badan kita, yang mana nutrisi dan air ini sepatutnya digunakan untuk menghasilkan susuibu.

Apabila pemakanan kita tidak cukup, ditambah pula dengan stress, maka tubuh badan tidak dapat menghasilkan susuibu seperti mana yang dikehendaki. Kepekatan susuibu juga berkurang kerana beberapa nutrisi yang tidak lengkap.

Kesan stress kepada nutrisi dalam badan

Vitamin yang larut dalam air seperti vitamin c disalur kepada bayi melalui susuibu. Vitamin c adalah vitamin yang Fragile dan ini bermakna vitamin ini mudah rosak. Dengan keadaan stress sahaja ia boleh dimusnahkan. Ini akan menyebabkan sibu akan mempunyai kekurangan vitamin c dan mungkin akan menyebabkan kurangnya susuibu terhasil.

Vitamin b (niacin dan riboflavin) adalah vitamin yang penting untuk sistem saraf. Stress merupakan tindakbalas yang berkait dengan sistem saraf, dan ia juga memusnahkan vitmin b kerana vitamin b juga mudah rosak. Apabila terdapat kekurangan vitamin b, kandungannya dalam susuibu pun berkurang dan mungkin tidak cukup untuk menyokong perkembangan sistem saraf baby.

Memandangkan otak dan sistem saraf baby yang baru lahir belum berkembang sepenuhnya, maka vitamin b-complex sangat-sangat penting untuk memastikan perkembangan fungsi otak. Ia merupakan satu ingridient yang 'mesti' dalam susuibu.

Vitamin larut lemak (vitamin A, D, E)

Vitamin A adalah vitamin yang diperlukan untuk kesihatan mata/penglihatan, sel pembiakan dan menyokong pembinaan sistem imun.
Vitamin D adalah vitamin yang membantu penyerapan kalsium dalam tubuh badan untuk tujuan pembentukan dan kekuatan tulang.
Vitamin E adalah antioksidan yang membantu badan menghapuskan radikal bebas yang merbahaya hasil dari proses penghasilan tenaga.

Stress boleh menyebabkan badan penat dan memerlukan lebih banyak Vitamin A untuk mengekalkan penglihatan. Ini menjelaskan mengapa ia menjadi lebih sukar untuk melihat dengan jelas apabila badan adalah penat. Tanpa Vitamin A yang hadir di dalam susu ibu, bayi tidak akan menghasilkan sel-sel optik yang cukup untuk melengkapkan saraf optik dan reseptor penglihatan dalam mata. Bayi tidak dilahirkan dengan sel-sel yang lengkap sebab itulah bayi tidak dapat melihat dengan betul apabila dilahirkan.

Vitamin D juga salah satu nutrisi yang penting apabila dalam keadaan stress. Vitamin D perlu diproses oleh hati dan buah pinggang sebelum ianya boleh disalur ke sistem penghadaman untuk menerima kalsium. Memang kita boleh perolehi vitamin D dari cahaya matahari sahaja, namun bagi bayi yang berada di tempat sejuk/kurang cahaya matahari, bayi memerlukan penyaluran vitamin D dari ibu. Kepentingan Vitamin D untuk tumbuseran bayi adalah untuk menggabungkan tengkorak lembut dan untuk menguatkan tulang panjang yang sangat mudah lentur ketika bayi dilahir.

Vitamin E - Bayi sangat-sangat memerlukan vitamin E sebab pada usia serendah ini, penghasilan tenaga adalah sangat tinggi. Susu ibu hanya akan mempunyai jumlah Vitamin E yang cukup sekiranya ibu dalam keadaan tanpa stress. Stress menyusutkan tahap vitamin E kerana tubuh badan terpaksa menggunakan vitamin E  untuk menghapuskan radikal bebas yang dihasilkan oleh lonjakan adrenalin yang disebabkan oleh stress.

Karbohidrat (laktosa) 

40% daripada kalori susu ibu datang karbohidrat (laktosa). Badan bayi menggunakan karbohidrat bukan sekadar untuk menghasilkan tenaga.

Laktosa juga berfungsi membunuh bakteria tidak sihat di dalam perut bayi untuk penghadaman vitamin larut lemak dan mineral seperti fosforus, magnesium dan kalsium. Ini seterusnya membolehkan tumbuseran yang lebih sihat.

Dibawah tekanan stress, tubuh ibu akan membakar karbohidrat yang mana sepatutnya digunakan untuk membentuk laktosa.

Kepentingan cecair/air tambahan

Adrenalin yang dihasilkan semasa keadaan stress akan mengaktifkan semua sistem badan siibu untuk bertindak dalam keadaan cepat. Ini akan membakar semua nutrien dan menghalang proses yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan ibu. Pada keadaan begini amat penting untuk minum banyak cecair/air untuk mencegah demam.

Ibu juga memerlukan cecair tambahan untuk membuat kasein dan protein dalam susu ibu. Dengan 64 auns tambahan cecair setiap hari, ibu boleh menghasilkan jumlah kasein yang mencukupi.

Stress akan menyebabkan cecair atau air tambahan diproses melalui buah pinggang, ini meningkatkan kehilangan nutrien daripada tubuh. Dan sudah tentu menggurangkan penghasilan kasein dan seterusnya susuibu pun berkurang.

Oleh kerana sebab-sebab ini, Ibu yang menyusukan anak, perlulah mencari satu cara semulajadi untuk mengurangkan tekanan. Tekanan akan merosakkan semua nutrisi utama di dalam susu ibu dan akhirnya menyebabkan pengeluaran susu terhenti.

Jika nak baca apakah vitamin yang sesuai untuk anda yang sering stress... KLIK DISINI
 
Nak cuba vitamin Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

1 comment: