Thursday, 26 April 2012

BETUL KE KALAU PAM SHAJA, SUSUIBU CEPAT KERING? TIPS DARI SEORANG EP MUM YANG BERJAYA....



Percayakah anda jika saya katakan stok ini adalah dari seorang EP mum? EP mum adalah ibu yang hanya mengepam dan menyusukan anak secara terus atau direct feed.
Saya bukanlah nak menggalakkan ibi-ibu diluar sana untuk mengepam sahaja sebab pam semata-mata tidak dapat menandingi hisapan baby.
Setiap ibu, kalau boleh, pasti nak bagi directfeeding kan, tapi disebabkan masalah-masalah tertentu mungkin ada yang terpaksa memilih menjadi EP mum..
Apabila melihat hasil stok ini, tidak mustahil untuk menjayakan penyusuan sebagai EP mum. Namun ternyata terdapat banyak cabarannya.

Rata-ratanya ramai EP mum dan beberapa ibu yang kurang susuibunya, berhenti sekarat jalan sahaja. Ramai yang mengatakan susu cepat kering. Adakah penyataan ini benar? 'Ibu yang menyusukan anaknya dengan cara mengepam sahaja susu akan cepat kering'? 


Saya mempunyai 2 kenalan yang merupakan EP mum (melalui internet).. Sorang Shima, gambar diatas tu die punya la... dan sorang lagi Nadia, yang telah melengkapkan 2 tahun penyusuan sebagai EP mum.

Apabila saya merujuk kepada Nadia berkenaan hal ni, ini kata beliau:-

Apabila dihalusi dan mencari punca mengapa ramai ep mom yang berhenti di sekerat jalan, ini antara sebab2 yang diperolehi :-

a) Kata2 'Negatif' dari orang terdekat (suami, ahli keluarga dan sahabat2), bahawa seorang ep mom tidak akan berjaya seperti ibu yang menyusukan anak secara df (diect feeding)...
b) Tiada satu group khusus yang menyokong ep mom2 ini sebagai galakan utk memotivsikan diri mereka
c) Kekurangan ilmu ttg cara2 maintain milk supply...
d) Sgt2 bimbang susu yang di hasilkan tidak mencukupi...

Ini memang benar, kerana di Malaysia belum ada lagi satu kumpulan khas untuk EP mum yang membantu mendorong dan memberi tunjuk ajar kepada EP mum di luar sana.
Oleh sebab ini, ramai yang tidak terdedah kepada ilmu dan pengetahuan berkenaan EP mum ini.. akhirnya si EP mum akan GIVE UP... sayangkan...

Untuk soalan adakah susuibu seorang EP mum akan cepat kering..... Selepas melihat kepada 2 kawan saya ni, jawapan saya kini telah bertukar kepada TIDAK....
Memang saya pernah berfikir mustahil untuk melengkapkan 2 tahun, tapi itu pemikiran dulu... Apa yang penting adalah untuk menimba ilmu bagaimana nak menjayakan EP mum ini dan mengetahui apakah cara-cara yang perlu dibuat apabila susuibu nampak macam nak kering.

Untuk meneruskan perjalanan sebagai EP mum, satu konsep perlu diingat; ia tetap bergantung kepada kekerapan pengosongan payudara yang seringkali di tekankan tidak kira kepada Direct Feed atau pam...
Cuba dapatkan pam yang mampu meniru seakan-akan hisapan bayi. (Memang tidak akan ada pam yang setanding dengan direct feed). Mungkin perlu budget yang lebih tinggi tapi bak kata, kalau nak melabur, laburlah dengan bijak. Kalau dah memang tidak cukup budget, mungkin second hand pun boleh. Saya sendiri pun beli second hand.

Pastu, kosongkan payudara secara berjadual...ini akan memberi signal HORMON FEEDBACK INHIBITOR pada otak agar terus menghasilkan susu pd tahap maksimum. Hormon inilah yang berfungsi secara khusus dan tetap dalam menghantar signal ke memory glands utk tindak balas penghasilan susu...Dan hormon ini sgt efisien dlm tugasnya ini sehingga ia tidak dpt membezakan sbb2 ibu yg tidak mengepam pada waktunya kerana kerja yg banyak, malas atau nak rest dsbnya...yang di ketahuinya, jika aktiviti pengosongan payudara bekurangan, maka susu akan mula berkurangan utk di hasilkan...

Sedikit tips dr EP mum tadi;
Jika kalian tidak dapat elakkan utk terskip jadual pam kalian pastikan :-


1) Zon positif atau zon selesa di cari - cara paling mudah, ummi akan taburkan bedak debu yang sering di pakai oleh anak ummi (bau yg sgt sinonim dgn baby ummi) kerana ianya sgt2 cepat menurunkan stress ummi...-jika anak tidak bersama..

2) Berwudhuk (period pun also can) sbb bila berwudhuk kita akan berada pada zon sgt2 selesa (biasanya utk menghadap ilahi utk solat dan sbgnya)...
[**Bagi non Muslim- cuba cari cara untuk dapatkan zon selesa anda, mungkin boleh berdoa ikut agama masing-masing, atau ada yang suka meditasi.. ikut cara masing-masing]

3) Tarik nafas dan hembus perlahan2 supaya kita lbh relaks.

4) Bila benar2 bersedia, mulakan power pumping sebagai gantian sessi yang kita tertinggal tadi...


Bagi ummi, power pumping adalah antara ubat paling mujarab utk meningkatkan semula penghasilan susu...(selain df)...tiada kejayaan yg mudah di capai tetapi percayalah ada seribu jalan keluar utk menggapai kejayaaan dan pokok utamanya kemahuan dan keazaman...
"TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN JUGA MAMPU MENGGONCANG DUNIA dannn DI SEBALIK SESEBUAH KEJAYAAN, DI BELAKANGNYA ADALAH SEORANG WANITA..."


Itulah antara yang dapat dikongsikan pada hari ini. Semoga dapat memberi menafaat kepada semua ibu-ibu....

Happy Brestfeeding moms....
Entry ini credit to: Nadiah (Exclusively pumping mum@blogspot)

Nak cuba vitamin Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Boleh diminum oleh ibu-ibu mengandung dan menyusu

No comments:

Post a Comment