Mengandung dan Nutrisi
Apabila anda mengamalkan pemakanan yang sihat semasa mengandung, ini akan mengurangkan kemungkinan melahirkan bayi terlalu awal atau terlalu kecil. Anda juga mungkin dapat mengurangkan masalah-masalah semasa mengandung.
Target Peningkatan Berat Badan Yang sihat
Peningkatan berat badan yang terbaik semasa mengandung adalah secara perlahan tetapi stabil. Jika anda berumur dalam lingkungan 20an, cadangan pemakanan nutrisi harian (RNI) adalah 2,000 kcal. Manakala bagi yang berumur 30-50 adalah 2,180 kcal. Kementerian Kesihatan mencadangkan tambahan kalori sepanjang masa mengandung adalah seperti dibawah:-
Trimester pertama: + 0 kcal
Trimester kedua: +360 kcal
Trimester ketiga: +470kcal
Tambahkan Protin
Anda patut mengambil lebih banyak makanan yang kaya dengan protin (RNI: +7.5g/sehari). Protin diperlukan untuk membina sel-sel baru untuk bayi yang sihat. Tambahkan protin kepada pemakanan biasa (sebelum mengandung) dengan memakan sekeping cheese, segelas susu atau sepotong daging sebesar kotak mancis.
Air
Air dengan hirisan lemon atau limau (dapat membantu dengan masalah ketidakselesaan perut)
'Clear Soup' dengan sedikit garam sahaja
Makanan yang perlu di hadkan
- Caffein
- Pemanis tiruan
- Garam
- Makanan tinggi lemak
Makanan yang perlu dielak
- Alkohol
- makanan tenusu dan jus yang tidak di 'pasteur'
- Daging, ikan, telur, daging dari hasil ternakan yang tidak dimasak penuh
- Makanan yang diawet
- Pewarna tiruan
Ubat dan Supplemen
Sentiasa bertanya pada Doktor sebelum mengambil ubat. Ini termasuklah vitamin untuk mengandung.
Kebaikan supplemen:-
Zat besi - membantu dalam penghasilan darah yang diperlukan oleh tubuh badan
Asid Folik- menghindarkan spina bifida (kecacatan kelahiran pada saraf tunjang atau penutupnya)
Kalsium- membantu membina dan mengekalkan tulang yang kuat
Zinc- menghindarkan kelahiran pra-matang dan 'pre-eclampsia'
Vitamin C- menyokong perkembangan bayi sihat, terutamanya pada trimester ketiga
Inilah beberapa kepentingan memakan secara sihat sepanjang masa kita mengandung... Ditambah pula kepentingan pengambilan supplemen... Jika anda mencari supplemen semasa mengandung (kalau tak nak makan ubat dari hospital k).. Boleh cuba Set mengandung supplement Shaklee....
Di bawa ini testimoni dari seorang kawan yang tak serasi dengan supplemen dari Klinik Swata di Thailand...
Sekian untuk hari ini...
No comments:
Post a Comment