Friday, 27 April 2012

TESTIMONI SIMPLE-SIMPLE JA DI HARI SABTU

Memandangkan hari ni hari Sabtu, saya buat entry simple sahaja ye...
2 Testimoni.. satu pasal meal shake dan satu pasal skin care....
Baca la ye...


Apa kebaikan meal shake.....


Supplement Untuk Kulit....


Dari segi dalaman, pengambilan vitamin yang membantu dalam mendapatkan kulit yang cantik ialah :

Vitamin B complex : ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.

Vitamin C : ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

Vitamin E terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.

Protien sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.

Air; sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.

Setakat ini sahaja untuk hari ini ok..... Jangan lupa lagi 3 HARI OFFER MEAL SHAKE.....

Nak cuba vitamin Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 26 April 2012

BETUL KE KALAU PAM SHAJA, SUSUIBU CEPAT KERING? TIPS DARI SEORANG EP MUM YANG BERJAYA....



Percayakah anda jika saya katakan stok ini adalah dari seorang EP mum? EP mum adalah ibu yang hanya mengepam dan menyusukan anak secara terus atau direct feed.
Saya bukanlah nak menggalakkan ibi-ibu diluar sana untuk mengepam sahaja sebab pam semata-mata tidak dapat menandingi hisapan baby.
Setiap ibu, kalau boleh, pasti nak bagi directfeeding kan, tapi disebabkan masalah-masalah tertentu mungkin ada yang terpaksa memilih menjadi EP mum..
Apabila melihat hasil stok ini, tidak mustahil untuk menjayakan penyusuan sebagai EP mum. Namun ternyata terdapat banyak cabarannya.

Rata-ratanya ramai EP mum dan beberapa ibu yang kurang susuibunya, berhenti sekarat jalan sahaja. Ramai yang mengatakan susu cepat kering. Adakah penyataan ini benar? 'Ibu yang menyusukan anaknya dengan cara mengepam sahaja susu akan cepat kering'? 


Saya mempunyai 2 kenalan yang merupakan EP mum (melalui internet).. Sorang Shima, gambar diatas tu die punya la... dan sorang lagi Nadia, yang telah melengkapkan 2 tahun penyusuan sebagai EP mum.

Apabila saya merujuk kepada Nadia berkenaan hal ni, ini kata beliau:-

Apabila dihalusi dan mencari punca mengapa ramai ep mom yang berhenti di sekerat jalan, ini antara sebab2 yang diperolehi :-

a) Kata2 'Negatif' dari orang terdekat (suami, ahli keluarga dan sahabat2), bahawa seorang ep mom tidak akan berjaya seperti ibu yang menyusukan anak secara df (diect feeding)...
b) Tiada satu group khusus yang menyokong ep mom2 ini sebagai galakan utk memotivsikan diri mereka
c) Kekurangan ilmu ttg cara2 maintain milk supply...
d) Sgt2 bimbang susu yang di hasilkan tidak mencukupi...

Ini memang benar, kerana di Malaysia belum ada lagi satu kumpulan khas untuk EP mum yang membantu mendorong dan memberi tunjuk ajar kepada EP mum di luar sana.
Oleh sebab ini, ramai yang tidak terdedah kepada ilmu dan pengetahuan berkenaan EP mum ini.. akhirnya si EP mum akan GIVE UP... sayangkan...

Untuk soalan adakah susuibu seorang EP mum akan cepat kering..... Selepas melihat kepada 2 kawan saya ni, jawapan saya kini telah bertukar kepada TIDAK....
Memang saya pernah berfikir mustahil untuk melengkapkan 2 tahun, tapi itu pemikiran dulu... Apa yang penting adalah untuk menimba ilmu bagaimana nak menjayakan EP mum ini dan mengetahui apakah cara-cara yang perlu dibuat apabila susuibu nampak macam nak kering.

Untuk meneruskan perjalanan sebagai EP mum, satu konsep perlu diingat; ia tetap bergantung kepada kekerapan pengosongan payudara yang seringkali di tekankan tidak kira kepada Direct Feed atau pam...
Cuba dapatkan pam yang mampu meniru seakan-akan hisapan bayi. (Memang tidak akan ada pam yang setanding dengan direct feed). Mungkin perlu budget yang lebih tinggi tapi bak kata, kalau nak melabur, laburlah dengan bijak. Kalau dah memang tidak cukup budget, mungkin second hand pun boleh. Saya sendiri pun beli second hand.

Pastu, kosongkan payudara secara berjadual...ini akan memberi signal HORMON FEEDBACK INHIBITOR pada otak agar terus menghasilkan susu pd tahap maksimum. Hormon inilah yang berfungsi secara khusus dan tetap dalam menghantar signal ke memory glands utk tindak balas penghasilan susu...Dan hormon ini sgt efisien dlm tugasnya ini sehingga ia tidak dpt membezakan sbb2 ibu yg tidak mengepam pada waktunya kerana kerja yg banyak, malas atau nak rest dsbnya...yang di ketahuinya, jika aktiviti pengosongan payudara bekurangan, maka susu akan mula berkurangan utk di hasilkan...

Sedikit tips dr EP mum tadi;
Jika kalian tidak dapat elakkan utk terskip jadual pam kalian pastikan :-


1) Zon positif atau zon selesa di cari - cara paling mudah, ummi akan taburkan bedak debu yang sering di pakai oleh anak ummi (bau yg sgt sinonim dgn baby ummi) kerana ianya sgt2 cepat menurunkan stress ummi...-jika anak tidak bersama..

2) Berwudhuk (period pun also can) sbb bila berwudhuk kita akan berada pada zon sgt2 selesa (biasanya utk menghadap ilahi utk solat dan sbgnya)...
[**Bagi non Muslim- cuba cari cara untuk dapatkan zon selesa anda, mungkin boleh berdoa ikut agama masing-masing, atau ada yang suka meditasi.. ikut cara masing-masing]

3) Tarik nafas dan hembus perlahan2 supaya kita lbh relaks.

4) Bila benar2 bersedia, mulakan power pumping sebagai gantian sessi yang kita tertinggal tadi...


Bagi ummi, power pumping adalah antara ubat paling mujarab utk meningkatkan semula penghasilan susu...(selain df)...tiada kejayaan yg mudah di capai tetapi percayalah ada seribu jalan keluar utk menggapai kejayaaan dan pokok utamanya kemahuan dan keazaman...
"TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN JUGA MAMPU MENGGONCANG DUNIA dannn DI SEBALIK SESEBUAH KEJAYAAN, DI BELAKANGNYA ADALAH SEORANG WANITA..."


Itulah antara yang dapat dikongsikan pada hari ini. Semoga dapat memberi menafaat kepada semua ibu-ibu....

Happy Brestfeeding moms....
Entry ini credit to: Nadiah (Exclusively pumping mum@blogspot)

Nak cuba vitamin Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Boleh diminum oleh ibu-ibu mengandung dan menyusu

Wednesday, 25 April 2012

ANAK KU SELSEMA LAGI!!!

Sekarang ni kita ramai sangat orang yang sakit selsema, demam dan batuk.. terutamanya kanak-kanak... Kalau saya baca status kawan-kawan di Facebook, banyaknya yang kata anak sakit atau sakit lagi... Jadi hari ni saya nak tulis sikit pasal selsema pada kanak-kanak...

Adalah normal jika kanak-kanak diserang selsema 6-9 kali dalam setahun kerana imun sistem mereka belum lagi dibina sepenuhnya untuk menentang virus atau bakteria selsema.

APA ITU SELSEMA

Selsema terjadi apabila virus atau bakteria penyebab selsema masuk kedalam tubuh badan melalui pernafasan dan kemudiannya akan berkembang dalam sistem pernafasan kita. Kesan dari ini adalah demam, sakit badan, hidung tersumbat, sakit tekak dan batuk.

APA YANG PERLU DIKETAHUI

Menurut pakar kanak-kanak yang selalu saya jumpa apabila anak-anak saya sakit, selsema yang disebabkan oleh virus tidak boleh diubati dengan antibiotik. Hanya dengan antibodi badan sahaja dan dengan memberi ubat demam, batuk dan selsema anak akan sembuh..
Bagi selsema yang disebabkan oleh bakteria pula, kita boleh memakan antibiotik untuk sembuh. Saya sendiri tidak tahu bagaimana nak membezakan ini tetapi menurut pembacaan saya, kalau nanah pada kahak, atau kelihatan ada nanah pada hidung atau tonsil, ianya disebabkan oleh bakteria. Anda mesti sering diberitahu oleh doktor, kalau demam lebih dari 3 hari datang semula untuk pemeriksaan. Ini adalah kerana demam berpanjangan mungkin disebabkan oleh bakteria dan doktor akan mengambil sampel darah untuk memastikan hal ini.

Satu pengalaman dengan anak saya; anak saya telah diserang selsema dan batuk tapi tidak demam. Selepas beberapa hari barulah demam naik. Doktor memeriksa telinganya, dan didapati ianya merah. Kata doktor ini disebabkan oleh bakteria dan bukan virus.

APA YANG BOLEH DIBUAT

Memang banyak petua untuk meredakan selsema dan batuk ni.. Disini saya tulis petua moden ja sebab kalau petua traditional banyak sangat dan ada yang belum sempat buat...

Mengeluarkan mukus dan Melegakan pernafasan dengan menggunakan air garam dan syringe mentol (bulp syringe)

Langkah 1

Letakkan tuala di bawah bahu bayi anda untu meningkatkan kepalanya agar mukus keluar melalui hidung dan bukan ke masuk saluran hidung.

Langkah 2
  
Sediakan air garam  dengan menggabungkan sudu teh 1/4. garam dengan air suam 1/2 cawan. Isikan 'bulp syringe' dengan air garam dengan menekan mentol pada hujung syringe.(Bulp syringe adalah penitis yang mempunyai penyedut seperti mentol dihujungnya)

Langkah 3

Titiskan 2 hingga 3 titis air garam ke dalam setiap lubang hidung dan biarkan titisan dalam hidung selama 30 hingga 60 saat. Terbalikkan bayi pada perutnya untuk membantu mukus keluar melalui hidung. Boleh guna tisu atau kain untuk mengelap mukus yang keluar.

Langkah 4

Picit mentol sryinge untuk mengeluarkan air atau udara, masukkan 1/4 - 1/2 inci bujung tube syringe ke dalam hidung bayi. Lepaskan mentol yang sedang dipicit tadi untuk menyedut mukus dari salur hidung bayi.

Langkah 5

Bersihkan sryinge dengan kain dan picit untuk mengeluarkan kandungannya. Ulangi proses penyedutan pada lubang hidung sebelah pula.

Langkah 6
  
Lap kawasan luar lubang hidung dan gulung tisu di bahagian dalam lubang hidung untuk menarik keluar mana-mana mukus yang masih tertinggal. Pastikan syringe dibersihkan dan dicuci dengan air panas selepas penggunaan.


Selain dari itu, Stim dari air panas boleh melegakan mukus untuk melegakan pernafasan. Kalau dirumah anda ada shower air panas, boleh buka air sehingga stim keluar dan bawa anak masuk kedalam bilik mandi.. Macam SPA...  Ada juga yang mencadangkan untuk meletak kristal bermenthol untuk membantu memecahkan kahak. Namun minta kebenaran dari doktor sekiranya ia sesuai untuk umur anak anda.

Bagi saya, saya juga cuba tingkatkan imun sistem anak-anak saya dengan pengambilan supplemen. Kerana apabila imun sistem tinggi, lebih senang tubuh badan melawan virus atau bakteria. Ini supplemen yang sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar.. Yang bestnya, Omegaguard dan Meal Shake boleh di beri kepada bayi 1 tahun keatas. Manakala Chewable vitamin C untuk kanak-kanak 4 tahun keatas.


 
Nak cuba vitamin Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...




Tuesday, 24 April 2012

KESAN STRESS KEPADA NUTRISI DAN PENGHASILAN SUSUIBU



Menghasilkan susuibu tidaklah semudah yang disangka. Banyak faktor-faktor yang boleh mempenggaruhi kuantiti mahupun kualiti susuibu. Salah satu daripadanya adalah STRESS. Stress mempenggaruhi kemampuan tubuh badan untuk menghasilkan susuibu pada tahap yang berbeza.



Stress 'mencuri' nutrisi badan

Penghasilan susuibu sebenarnya bermula pada akhir masa mengandung dan sejurus lepas beranak. Ia sebenarnya adalah satu keadaan yang sangat menekan tubuh badan kita. Pada masa inilah tubuh badan terpaksa bertindak untuk bertukar arah dari membekalkan keperluan anak dalam kandungan kepada penghasilan susuibu.

Siibu perlulah memastikan pengambilan nutrisi (seperti mana sepanjang masa mengandung), air dan kalori yang cukup untuk memastikan kesihatan dan penghasilan susuibunya. Namun,  kebanyakkan ibu-ibu akan merasa takut, excited dan mungkin ada yang rasa stress lebih-lebih lagi bila dah masuk pantang.Penambahan tanggungjawap dalam menjaga anak, menguruskan rumah tangga dll mungkin menjadi sebab kita berasa stress.

Kesan yang paling serious apabila dalam keadaan stress ialah stress akan 'mencuri' nutrisi dan air daripada tubuh badan kita, yang mana nutrisi dan air ini sepatutnya digunakan untuk menghasilkan susuibu.

Apabila pemakanan kita tidak cukup, ditambah pula dengan stress, maka tubuh badan tidak dapat menghasilkan susuibu seperti mana yang dikehendaki. Kepekatan susuibu juga berkurang kerana beberapa nutrisi yang tidak lengkap.

Kesan stress kepada nutrisi dalam badan

Vitamin yang larut dalam air seperti vitamin c disalur kepada bayi melalui susuibu. Vitamin c adalah vitamin yang Fragile dan ini bermakna vitamin ini mudah rosak. Dengan keadaan stress sahaja ia boleh dimusnahkan. Ini akan menyebabkan sibu akan mempunyai kekurangan vitamin c dan mungkin akan menyebabkan kurangnya susuibu terhasil.

Vitamin b (niacin dan riboflavin) adalah vitamin yang penting untuk sistem saraf. Stress merupakan tindakbalas yang berkait dengan sistem saraf, dan ia juga memusnahkan vitmin b kerana vitamin b juga mudah rosak. Apabila terdapat kekurangan vitamin b, kandungannya dalam susuibu pun berkurang dan mungkin tidak cukup untuk menyokong perkembangan sistem saraf baby.

Memandangkan otak dan sistem saraf baby yang baru lahir belum berkembang sepenuhnya, maka vitamin b-complex sangat-sangat penting untuk memastikan perkembangan fungsi otak. Ia merupakan satu ingridient yang 'mesti' dalam susuibu.

Vitamin larut lemak (vitamin A, D, E)

Vitamin A adalah vitamin yang diperlukan untuk kesihatan mata/penglihatan, sel pembiakan dan menyokong pembinaan sistem imun.
Vitamin D adalah vitamin yang membantu penyerapan kalsium dalam tubuh badan untuk tujuan pembentukan dan kekuatan tulang.
Vitamin E adalah antioksidan yang membantu badan menghapuskan radikal bebas yang merbahaya hasil dari proses penghasilan tenaga.

Stress boleh menyebabkan badan penat dan memerlukan lebih banyak Vitamin A untuk mengekalkan penglihatan. Ini menjelaskan mengapa ia menjadi lebih sukar untuk melihat dengan jelas apabila badan adalah penat. Tanpa Vitamin A yang hadir di dalam susu ibu, bayi tidak akan menghasilkan sel-sel optik yang cukup untuk melengkapkan saraf optik dan reseptor penglihatan dalam mata. Bayi tidak dilahirkan dengan sel-sel yang lengkap sebab itulah bayi tidak dapat melihat dengan betul apabila dilahirkan.

Vitamin D juga salah satu nutrisi yang penting apabila dalam keadaan stress. Vitamin D perlu diproses oleh hati dan buah pinggang sebelum ianya boleh disalur ke sistem penghadaman untuk menerima kalsium. Memang kita boleh perolehi vitamin D dari cahaya matahari sahaja, namun bagi bayi yang berada di tempat sejuk/kurang cahaya matahari, bayi memerlukan penyaluran vitamin D dari ibu. Kepentingan Vitamin D untuk tumbuseran bayi adalah untuk menggabungkan tengkorak lembut dan untuk menguatkan tulang panjang yang sangat mudah lentur ketika bayi dilahir.

Vitamin E - Bayi sangat-sangat memerlukan vitamin E sebab pada usia serendah ini, penghasilan tenaga adalah sangat tinggi. Susu ibu hanya akan mempunyai jumlah Vitamin E yang cukup sekiranya ibu dalam keadaan tanpa stress. Stress menyusutkan tahap vitamin E kerana tubuh badan terpaksa menggunakan vitamin E  untuk menghapuskan radikal bebas yang dihasilkan oleh lonjakan adrenalin yang disebabkan oleh stress.

Karbohidrat (laktosa) 

40% daripada kalori susu ibu datang karbohidrat (laktosa). Badan bayi menggunakan karbohidrat bukan sekadar untuk menghasilkan tenaga.

Laktosa juga berfungsi membunuh bakteria tidak sihat di dalam perut bayi untuk penghadaman vitamin larut lemak dan mineral seperti fosforus, magnesium dan kalsium. Ini seterusnya membolehkan tumbuseran yang lebih sihat.

Dibawah tekanan stress, tubuh ibu akan membakar karbohidrat yang mana sepatutnya digunakan untuk membentuk laktosa.

Kepentingan cecair/air tambahan

Adrenalin yang dihasilkan semasa keadaan stress akan mengaktifkan semua sistem badan siibu untuk bertindak dalam keadaan cepat. Ini akan membakar semua nutrien dan menghalang proses yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan ibu. Pada keadaan begini amat penting untuk minum banyak cecair/air untuk mencegah demam.

Ibu juga memerlukan cecair tambahan untuk membuat kasein dan protein dalam susu ibu. Dengan 64 auns tambahan cecair setiap hari, ibu boleh menghasilkan jumlah kasein yang mencukupi.

Stress akan menyebabkan cecair atau air tambahan diproses melalui buah pinggang, ini meningkatkan kehilangan nutrien daripada tubuh. Dan sudah tentu menggurangkan penghasilan kasein dan seterusnya susuibu pun berkurang.

Oleh kerana sebab-sebab ini, Ibu yang menyusukan anak, perlulah mencari satu cara semulajadi untuk mengurangkan tekanan. Tekanan akan merosakkan semua nutrisi utama di dalam susu ibu dan akhirnya menyebabkan pengeluaran susu terhenti.

Jika nak baca apakah vitamin yang sesuai untuk anda yang sering stress... KLIK DISINI
 
Nak cuba vitamin Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

SET PENYUSUAN SET B.... CUKUP KE?

Saya sering mengatakan bahawa Set B adalah sesuai untuk ibu-ibu yang tiada masalah dalam penyusuan mereka.. Ini memang benar sebab ada yang mengamalkan set B hanya dapat menstabilkan supply  4 oz setiap sesi perahan. Dibandingkan sebelum mengambil set B, hasil perahannya tidak tetap.. Dipagi hari boleh dapat 4 oz. Diwaktu petang hasil perahan menurun kepada 2 oz.

Namun ada juga ibu-ibu yang bertuah kerana dengan mengambil set B sahaja supply mereka memang bertambah banyak. Seperti contoh, pengalaman seorang ibu juga seorang kawan Facebook saya.

Beberapa minggu yang lepas, kawan saya ni telah membeli Set B dari saya, sekadar nak mencuba katanya. Baby beliau berumur 2 bulan. Beliau hanya mampu directfeed baby kerana supplynya cukup-cukup sahaja.
Selepas seminggu memakan set B, ini sms darinya:-

Banyak juga supply, Sekarang ni saya pum 2 kali sehari ja. Sebab selalu directfeed sahaja.. Tapi kalau malam basah habis tilam sebab banyak supply...


Apa sebenarnya SET B ini?

Set B adalah kumpulan beberapa supplemen yang terdiri daripada:-

Vitalea Iron Formula: Multivitamin yang membekalkan nutrisi dan mineral harian yang diperlukan oleh tubuh badan..

Vitamin B complex: Membantu dalam penghasilan tenaga dalam tubuh badan. Juga sebagai anti-stress... Ingat 2 unsur ni sangat penting dalam penghasilan susuibu..

Vitamin C: Membantu miningkatkan imun sistem ibu dan anak yang menyusu. Menurut pembacaan, apabila kita sakit, ia mungkin akan menggangu proses penghasilan susuibu.

Alfalfa: Booster untuk meningkatkan susuibu...

Bagi saya Set B sahaja tidak cukup kerana saya ni kurang minum susu. Kalau minum cuma satu gelas sehari. Nak capai 1000mg kalsium sehari dengan pemakanan saya sahaja memang tidak cukup. Memang boleh rasa perbezaan apabila saya menambah ostematrix dan Energizing Soy Protein. Sebab itu saya amalkan set 3M sehingga sekarang...


Namun  diingatkan juga penghasilan susuibu akan terganggu sekiranya 2 perkara  ini tidak dititik beratkan:-

1. Bayi disusukan sekerap mungkin atau sesi perahan yang sentiasa konsisten....jangan TIDAK PAM hanya kerana payudara tidak bengkak. Pastikan pam sehingga payudara kosong, juga untuk mengelakkan BENGKAK SUSU atau clog duct.

2. Minum 3 L sehari. Cuba sediakan indicator. Saya sendiri mengamalkan pengambilan air 3L sehari yang disukat melalui botol.

Ini contoh stok seorang ibu yang mengambil Set B sahaja


Nak cuba vitamin Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...





Thursday, 19 April 2012

KEBAIKAN ESP (SOYA)... BETULKAH TAMBAH ESP SUSUIBU LEBIH MERIAH?

Bertemu lagi kita di entry ESP ni... apabila orang baru bertanya tentang produk, kebanyakkannya mesti nak tau lebih pasal ESP..
Ramai yang dah dengar atau baca tentang apa ESP ni boleh buat.. Sebenarnya ESP ni hanyalah produk soya.. Ye, soya bean atau susu kacang yang biasa dijual tu...
Cuma bezanya Produk Shaklee ni special sikit... Sebelum bincang pasal ni, mari kita tengok apa kebaikkan soya ni... Ini saya petik dari http://www.sajionline.com.my/index.php/info-makanan/715-perihal-kacang-soya.html

 KEBAIKAN SOYA:

1. Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan murah daripada daging, susu dan telur.

2. Mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100 gm kacang soya, merupakan dua  kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan tiga kali lebih daripada telur.

3. Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus.

4. Kaya dengan vitamin A, B, C, D serta lacithin.

5. Ia boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

6. Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.

7. Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.

8. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.




Sebenarnya Shaklee merupakan syarikat yang pertama memperkenalkan Protein segera ini. Dr. Shaklee (pengasas Shaklee) mencipta ESP ini dengan satu rumusan pengasingan protein soya yang pertama pada tahun 1961..  Kenapa ESP ni special?





- Ia adalah dari soya asli. Bukan GMO. GMO ni adalah genetically modified organism atau Organisma ubahsuaian genetik. Ini bermaksud ESP ni adalah dari soya yang tidak dicampur dengan gen-gen lain.

- Cara pemprosesan soya adalah dengan menggunakan air bukan alkohol. Ini memastikan keseluruhan khasiat soya tersebut terjaga.

BETUL KE KALAU AMBIK SET PENYUSUAN TAMBAH ESP LEBIH UMPPPP?

Jawapan saya.. betul.. Janji ikut syarat mengepam dan minum air seperti yang sarankan. Ini adalah antara pengalaman ibu-ibu yang telah mengamalkannya

  • Susuibu akan lebih cepat dihasilkan.
  • Payudara cepat berat jika anak lambat disusukan ataupun sesi perahan tertunda.
  • Payudara mudah tegang dan tidak kendur/lembik
  • Perkembangan pembesaran anak yang berumur 1-6 bulan dimana si ibu mengambil ESP dan set B sebagai makanan tambahan akan melihat perkembangan anaknya yang cepat dan sihat.
Bagaimana cara bancuhan yang betul untuk ESP?

Bancuhkan 1 sudu besar ESP bersama air suam2 kuku seperti milo, susu atau oren.... Jangan bancuh dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protien mudah musnah pada suhu yang tinggi.

Minumlah ESP 1 -3 kali sehari : antara dua waktu makan utama.
Sebagai contoh waktu selepas sarapan dan makan tengahari. Jika kita sarapan jam 8 pagi, amiklah ESP pada jam 10 pagi supaya perut kita tak lapar sementara nak menunggu masa makan tengahari jam 1pm.

P/S ESP bukan hanya untuk ibu menyusu k.. Sesiapa sahaja pun boleh....

Nak cuba vitamin Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...




Wednesday, 18 April 2012

STRESS, LETIH = SUSUIBU MERUNDUM???

Disepanjang perjalanan penyusuan kita, sudah pasti banyak cabarannya. Salah satu cabaran adalah susuibu berkurang sebab kita letih atau stress. Melalui pengalaman saya, beberapa ibu yang saya kenal dan pembacaan laman-laman penyusuan, didapati apabila level stress kita tinggi, penghasilan susuibu adalah rendah. Tubuh badan kita sebenarnya bekerja 2 kali ganda dari biasa apabila menghasilkan susuibu. Apabila ditambah dengan dengan stress/tekanan... ini sudah tentu akan menyebabkan tubuh badan lambat untuk memproses menghasilkan susu.



Ada juga ibu-ibu yang bertanya apakah supplement yang sesuai bagi mereka yang menyusu/mengepam tetapi sering letih sebab terpaksa bekerja dan mengurus rumahtangga. Bagi situasi seperti ini, saya akan syorkan Eu Four Pack... 


Apa ada dalam Eu four Pack ini?


1) Vita-lea (Multivitamin) - Tubuh badan menggunakan banyak nutrisi untuk penghasilan susuibu dan untuk menangani tekanan dan keletihan. Pengambilan multivitamin akan mengisi semula nutrien anda yang telah digunakan. Ini membolehkan segala proses dalam tubuh badan kita berjalan lancar. Jika kita tidak mengisi semula nutrien yang hilang, lama-kelamaan tubuh badan akan menjadi sakit-sakit, cepat letih, cepat jatuh sakit dan lain-lain masalah lagi. Salah satu zat yang mustahak untuk tubuh badan adalah zat besi. Zat besi bertanggung jawap dalam penghasilan sel darah merah. Kekurangan zat besi mungkin akan menyebabkan ibu-ibu mengalami masalah mudah pitam atau pening apabila mengepam mahupun menyusukan anak. 

2) Vitamin B complex - Vitamin b complex adalah gabungan semua vitamin b yang diperlukan setiap hari oleh ibu dan anak untuk menyokong kesihatan sistem saraf dan metabolisme badan. Fungsi utama vitamin ini adalah membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein untuk ditukar kepada tenaga. Satu lagi fungsinya adalah sebagai anti-stress. Apabila kita berada dalam keadaan stress, vitamin b complex adalah nutrisi yang digunakan oleh tubuh badan untuk menangani kerosakan yang disebabkan oleh stress tersebut. Apabila stress, lebih banyak vitamin ini diperlukan dalam badan untuk menghasilkan tenaga. Vitamin ini juga mudah rosak, dengan asap rokok pun vitamin ini boleh rosak. Ada juga kajian mengatakan pengambilan pil perancang pun boleh memusnahkan vitamin b complex. Sebab itulah pengambilan vitamin b complex secara konsisten adalah dicadangkan.

3) Vitamin C - Vitamin C memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu, maka ini menjadikan ia penting untuk pembangunan bayi menyusu. Ianya juga sangat penting dalam pertumbuhan tulang, gigi dan kolagen (protein yang terdapat dalam saluran darah), tendon dan ligamen. Ia juga membantu meningkatkan keupayaan sistem imun untuk melawan penyakit. Sebagai vitamin yang larut dalam air, sudah tentu ianya disalurkan kepada baby menyusu. Dengan pengambilan vitamin c, sistem imun ibu dan baby boleh ditingkatkan. Apa kaitannya dengan membantu penghasilan susuibu? Apabila ibu sakit, penghasilan susuibu boleh terganggu.. Jadi kita kuatkan imun sistem kita agar kita lebih kuat menentang serangan virus dan bakteria.


4) Ostematrix (gabungan Kalsium, Magnesium, Vit D dll) - Ini adalah produk unik dari Shaklee.. Gabungan Ostematrix ni merupakan supplemen yang lengkap untuk pembentukan tulang. Kalsium merupakan satu entiti yang penting dalam susuibu. Selain pembentukan tulang, ia jugas penting untuk pembinaan sel darah, saraf, tulang dan gigi. Dari segi penghasilan susuibu pula, kajian telah menunjukkan Magnesium adalah satu mineral yang boleh meningkatkan tenaga agar ibu tidak cepat letih. Ada yang mengatakan biar malam kurang tidur, namun masih segar bila bangun di pagi hari.

Itulah antara fungsi-fungsi setiap vitamin dalam Eu Four Pack ini. Disini saya sharekan satu testimoni yang saya petik dari blog anakkuwiraku berkenaan Set ini....
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Minggu lepas saya terima panggilan dari seorang ibu...dari suara beliau memang saya dapati beliau memang keletihan. Ibu ini menelefon saya untuk mengetahui set mana yang sesuai dengan keadaannya...setelah melihat situasi beliau, saya sarankan mengambil Eu Four Pack.

Kenapa Eu Four Pack?

Dalam kes ini, ibu ini mengepam dengan konsisten tetapi mungkin kerana terlalu keletihan pulang dari kerja membuatkan badan semakin lemah dan penghasilan susu juga terganggu. Maka saya sarankan pengambilan eu four pack sahaja.



Apa kata beliau selepas 5 hari?

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Namun saya ingin sarankan disini bahawa pengambilan vitamin sahaja tidak memadai untuk mendapat hasil susuibu yang banyak. Amalan yang perlu dititikberatkan ialah

1. Ibu perlu kerap menyusukan bayi atau mengepam secara konsisten tidak lebih dari 3 jam untuk setiap sesi.

2. Ibu perlu minum air sekurang-kurangnya 3 Liter sehari dan jangan sesekali skip meal.


Untuk sebarang pembelian set penyusuan, saya bekalkan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk anda k...

Nak cuba vitamin Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, 17 April 2012

MENCARI VITAMIN UNTUK ANAK 1 TAHUN KEATAS? MEAL SHAKE BANYAK KEBAIKANNYA...

Kalau anda seorang friends saya dalam Fbook, mesti anda akan nampak Iklan Meal Shake saya kan.. Tiap-tiap hari ada je iklan Meal Shake... He he he... Mengapa saya Iklan banyak-banyak? Yalah la tu, memang sebab saya nak jual.. Bulan April kan Offer untuk Meal Shake... He he..

Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa anda perlu beri Meal Shake pada anak anda... Bagi saya, sebab paling utama adalah kerana kandungan Vitamin dan Mineralnya.  Anak saya kuat memilih makan.... sayur semua dia tak nak.. Buah pun hanya buah tembikai sahaja... Jadi Meal Shake antara sumber utama untuk memenuhi keperluan vitamin dan mineral...

Vitamin dan mineral ni sangat penting untuk perkembangan anak.. Semalam saya ada baca myMetro berkenaan nutrisi dan perkembangan otak kanak-kanak..Ini saya petik info yang sangat baik bagi kita semua....
---------------------------------------------------------------------------------------------------
PERKEMBANGAN kanak-kanak berbeza mengikut tahap kecerdasan mereka. Ada kanak-kanak pada usia setahun sudah boleh bercakap dan berjalan malah ada juga belum menunjukkan sebarang petanda.
Ramai pakar kanak-kanak berpendapat kecergasan kanak-kanak bergantung kepada perkembangan otak mereka.
Dalam erti kata lain, perkembangan otak pula bergantung kepada zat makanan yang diambil oleh ibu mengandung serta dalam tempoh tumbesaran mereka.

Kanak-kanak yang kekurangan zat makanan dalam tempoh tumbesaran akan menunjukkan kadar atau tahap pembelajaran yang lebih lambat, lambat bertutur serta lemah perkembangan motor. Justeru, ibu bapa harus memastikan anak mereka dibekalkan dengan zat makanan penting agar perkembangan otak anak mereka berada dalam keadaan yang aktif.

Berikut adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk perkembangan otak:
- Zat besi
- Zink
- Asid folik
- DHA

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nah, itu hanya nutrisi yang penting untuk perkembangan otak.. Meal Shake ni ada lebih dari itu..... Lihat gambar ni... Vitamin A-Z, semua vitamin dan mineral yang diperlukan untuk pembesaran ada terkandung dalam Meal Shake....(DHA tiadak ada k.. Kena makan Omegaguard)




Itulah kebaikan utama Meal Shake ni... Sebab-sebab lain yang menjadikannya popular adalah:-

  • Ia kaya dengan Kalsium, Protein dan Fiber
  • Ia dalam bentuk serbuk - campur dengan minuman kegemaran anda sahaja (janganlah campur teh, kopi atau minuman bergas je) 
  • Banyak testimoni dari ibu yang mendapati selera makan anak mereka meningkat selepas memakan Meal Shake
  • Ada juga testimoni eczema dan asma anak menjadi kurang
  • Kesihatan anak bertambah baik
  • Senang nak bagi minum kat anak berusia 1 tahun - campur dalam susunya je
  • Senang nak bancuh - tak payah air panas mendidih (Guna shaker lagi senang)
  • Boleh menjadi snek sihat bagi orang dewasa
  • Boleh jadikan pengganti makan utama bagi mereka yang ingin mengawal berat badan
  • Rasa Vanila yang lazat - namun ada yang berpendapat kalau campur dengan air sahaja anak mereka tak nak minum.... Bergantung pada taste anaklah kan...
  • Produk ini berasaskan sumber semula jadi... selamat untuk anda dan anak....
Kalau anda masih mencari vitamin yang sesuai untuk anak anda.. Cuba MEAL SHAKE... Bulan April ni ada offer tau... Jimat sikit...

Nak cuba vitamin Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Boleh diminum oleh ibu-ibu mengandung dan menyusu

Monday, 16 April 2012

TESTIMONI EVERGREEN : I CAN HEAR - MENDENGAR BUNYI INDAH, SUARA MENAWAN

Hi.. hari ni saya teruskan testimoni evergreen.. Ingin saya nyatakan semula, testimoni ini adalah testimoni lama... Rasanya ia dari Majalah Shaklee tahun80an... Hari tajuk testimoni adalah:

I CAN HEAR
MENDENGAR BUNYI INDAH, SUARA MENAWAN

Laili hilang keupayaan untuk mendengar dengan jelas akibat jangkitan telinga yang dihadapi ketika berusia 11 tahun. Apabila berumur 35 tahun, beliau terpaksa menggunakan alat pendengaran untuk memudahkannya mendengar. Tetapi sembilan tahun kemudian, beliau tidak mampu mendengar lagi! Seorang doktor di Hospital Besar Terengganu mencadangkan Laili menjalani pembedahan yang menelan belanja RM 100,00.00 untuk membolehkannya mendengar semula. Walaubagaimanapun, pembedahan tersebut tidak menjanjikan beliau dapat mendengar semula.

Kisah Laili diceritakan oleh Roslailawati

Laili dan suaminya, Sulaiman merasa kecewa dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan wang yang begitu banyak untuk membiayai pembedahan tersebut. Mereka memutuskan untuk mendapat pendapat kedua dan pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan bantuan saya. Kami menghantar alat pendengarannya untuk pemeriksaan kerana memikirkan ia rosak. Sekali lagi kami kecewa apabila dimaklumkan bahawa beliau perlu berjumpa pakar kerana kesukaran untuknya mendengar bukan disebabkan oleh alat pendengaran yang tidak berfungsi.

Ketika mengunjungi pejabat cawangan Kuala Lumpur di Wangsa Maju, kami bertemu pengedar Shaklee dan berkongsi kecewaan kami tentang masalah pendengaran Laili serta masalah-masalah kesihatan yang lain. Mereka telah mengesyorkan Program kesejahteraan keluarga dan kami tidak teragak-agak menerima nasihat mereka walaupun Laili menggunakan jenama produk pemakanan tambahan lain. Untuk tiga hari berikutnya, saya membantu mendispensarikan Vita-lea, Vita-C,  B-complex dan Instant Protein, Calcium Magnesium, Zinc, Beta Carotene dan Vita-E kepada Laili dan menyedari peningkatan dalam kesihatannya! Laili dan Sulaiman kemudian kembali ke kampung untuk menjaga empat anak mereka yang berusia antara tiga belas dan sembilan tahun.

Dalam penerbangan balik ke Kuala Terenganu, Laili tiba-tiba mengalami perasaan baru yang beliau rasa hanya satu imaginasi. Dia merasakan seperti terdengar bunyi di balai ketibaan. Dan apabila dia mendengar suara Sulaiman bercakap, dia menangis kegembiraan! Kedua-duanya tidak dapat menahan kegembiraan mereka melihat pemulihan Laili. Ahli keluarga dan saudara-mara merasa kagum dengan pemulihan yang menakjubkan. Mereka yakin produk Shaklee yang dimakan mempunyai kaitan dengan pemulihan tersebut. Mungkin ia satu kebetulan. Mungkin satu keajaiban. Tetapi yang nyata, Laili boleh mendengar semula.

Laili dan Sulaiman begitu yakin dengan kebaikan produk Shaklee sehingga mereka memutuskan untuk menjadi usahawan perniagaan Shaklee dan berkongsi pengalaman Shaklee. Semua ahli keluarga mula memesan produk Shaklee daripada LAili.

Kini, Laili seorang wanita yang berkeyakinan yang mempunyai gaya hidup sihat. Beliau tidak lagi menghadapi masalah tidur dan bimbang tentang penyakit kencing manis yang dihadapinya. Doktor mengesahkan paras kencing manis telah berkurangan. Dulu dia kemudian pucat dan kurus, tetapi kini dia kelihatan sihat bertenaga dan kuat. Anak-anaknya boleh berkomunikasi  dengan bebas kerana dulu mereka hanya memberi bahasa isyarat atau menulis mesej apabila berkomunikasi dengan Laili. Laili tidak lagi cepat marah, sering tersenyum. Disebabkan masalah pendengaranya, dulu Laili sering berkurung di dalam rumah. Kini dia  ke mana-mana sahaja dan gembira dapat menyertai dalam seminar perniagaan yang diadakan- pengalaman yang tidak mungkin dirasai sebelum ini.Peluang menemui orang Shaklee telah mengubah hidup Laili selama-lamanya....
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itulah testimoni evergreen yang saya baca hari ni... Mungkin satu kebetulan? Saya sendiri tidak dapat menjawapnya... Kenalah cuba produk Shaklee k...
Nak cuba vitamin Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, 15 April 2012

PENYUSUAN SELEPAS PEMBEDAHAN CZER

Jika anda bakal menjalani pembedahan untuk melahirkan anak, juga dipanggil cesarean atau c-section, mungkin anda akan tertanya-tanya bolehkah menyusu lepas pembedahan.. Jawapannya boleh tapi mungkin susah sedikit..

Menurut pengalaman saya, lepas pembedahan c-section, saya tidak dapat mengerakkan separuh badan seperti biasa selama beberapa jam. Tangan kiri pula ada tube untuk masukkan air dan sebab bekas pembedahan, tak boleh gerak sangat.. maka agak susah sedikit nak menyusukan anak..Saya hanya menyusukan anak sehari selepas pembedahan... Walaubagimanapun, jangan ikut saya kerana kita digalakkan untuk menyusukan anak biar pun banyak kesulitan selepas pembedahan...

Disini ada 5 perkara penting yang kita perlu tahu berkenaan penyusuan selepas pembedahan cesarean.

1. Anda boleh menyusukan baby anda sejurus selepas melahirkan anak sekiranya anda mendapat epidural (ubat bius separuh badan sahaja) semasa pembedahan. Namun anda mungkin memerlukan bantuan dari suami atau nurse untuk membantu anda agar baby dapat menyusu dengan kedudukan yang betul.

2. Ubat penahan sakit dan antibiotik mungkin akan mempenggaruhi susuibu anda, tetapi ia selamat untuk baby. Mungkin akan membuat baby mengatuk dan asyik tidur sahaja. Kebaikan ubat penahan sakit ini adalah ia akan membuat anda rasa relax dan keadaan relax membantu dalam penghasilan susuibu. Jika baby anda sering tidur, maka perlu dikejutkan apabila tiba masa menyusu.

3. Posisi menyusukan baby amat penting. Anda mungkin perlu memcuba beberapa posisi untuk mendapatkan posisi yang selesa bagi anda dan baby.(Sila baca dibahagian bawah entry ini k)

4. Apabila anda pulang rumah, dapatkan bantuan untuk membuat kerja rumah dan penjagaan baby. Ini khasnya pada 1 minggu pertama dirumah. Selepas pembedahan anda mungkin akan mempunyai masalah untuk berjalan, mengangkat baby atau mendukung anak-anak lain.

5. Jangan berhenti menyusukan anak. Pembedahan cesarean mungkin akan membuatkan anda penat tapi penyusuan harus diteruskan juga setiap 2 - 3 jam. Mungkin semasa menyusukan anak, anda sendiri akan mendapat rehat dari keletihan/stress menjaga anak.

Berikut adalah tips- tips posisi-posisi untuk menyusukan anak


Berikut adalah gambar posisi  menyusukan anak yang saya petik dari  http://tawnyrumler.hubpages.com/hub/The-Best-Breastfeeding-Positions.. Sila terus membaca k.. Dibawah ada penerangan tentang posisi yang sesuai untuk ibu yang melahirkan anak secara c-section.


Apabila anda belum boleh mengerakkan separuh badan anda (kesan dari epidural), anda mungkin perlu menyusukan baby dengan keadaan baring.. belakang anda diatas katil....
Baby boleh diletakkan berdepan dengan breast anda seperti posisi ' cradle hold' tetapi keatas sedikit untuk mengelak bekas pembedahan. Pastikan anda ditemani oleh seseorang apabila penyusukan baby kerana pada masa ini anda mungkin masih rasa pening/mabuk sedikit. Juga untuk memastikan hidung baby tidak tersumbat.

Sebaik sahaja anda boleh baring secara mengiring, cuba beralih ke sisi kiri atau kanan. Minta pertolongan dari suami atau nurse untuk meletakkan bantal ke posisi yang selesa. Tetapi ada ibu yang rasa kurang selesa menyusu secara baring ke sisi kerana luka pembedahan rasa sakit...

 
Satu lagi posisi yang mungkin selesa adalah 'football hold' (pegangan bola sepak). Ini mungkin memerlukan anda naikkan katil sedikit. Letakkan bayi di atas bantal, dengan memangku baby selari dengan kedua-dua breast, dan tangan memegang kepala baby. Gunakan tangan kiri untuk memegang payu dara belah kanan.

Mungkin pada mulanya sukar untuk mendapatkan posisi yang selesa, namun cuba eksperimen sebanyak posisi dan jangan teragak-agak untuk meminta bantuan dari nurse Apa-apa pun kedudukan, pastikan perut bayi adalah ke arah anda dan semua aerola di dalam mulut baby.. Bukan puting sahaja k....



Nak cuba set penyusuan atau set berpantang Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 12 April 2012

FAKTOR2 MEMILIH BREASTPUMP

Hi... malam tadi ada seorang ibu yang 'exclusively pumping' bertanya berkenaan produk Shaklee ni.. Dia bertanya sama ada produk ni boleh meningkatkan penghasilan susuibu untuk EP mum.. Jawapan saya adalah bagi seorang EP mum perlu kerap mengosongkan payudaya terutamanya  pada masa pantang dimana ia adalah satu proses menstabilkan supply susuibu.. Selain memakan supplement, pam juga memainkan peranan dalam menjayakan penyusuan.

Pemilihan pam amatlah penting khasnya untuk bagi EP mum dan ibu yang berkerja. Bagi EP mum, pamlah  yang memastikan susuibu dapat dihasilkan apabila bayi berjauhan dengan ibu. Pemilihan yang salah mungkin akan menyumbang kepada kegagalan dalam penyusuan.

Dalam pemilihan pam terdapat bebrapa perkara yang perlu dititik beratkan. Antaranya adalah:-

KEBERKESANAN PAM 

Bayi menyusu akanmenghisap sebanyak 45 - 55 kali hisapan pada setiap minit. Maka lebih dekat kitaran pam dengan lingkungan tersebut maka lebih efektif lah pam dalam mengosongkan payu dara.

Kitaran pam lebih rendah dari 25 kitaran seminit mempunyai kurang keberkesanan. Apabila kitaran pam rendah, masa mengepam adalah ajak panjang. Ini boleh menyebabkan puting dan payudara sakit kerana disedut dan ditarik pada jangkamasa yang panjang.

Kekuatan sedutan dan vakum pam juga memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanannya. Purata kekuatan sedutan pam pada masa kini adalah 0 mm Hg - 25 mm Hg. Sedutan melebihi 25 mm Hg boleh menyebabkan payu dara sakit.

KETAHANAN PAM
Bukan semua pam diciptakan untuk tujuan yang sama. Ketahanan motor pam direka bentuk bergantung kepada kekerapan mengepam, samaada harian atau sekali-sekala. Ada motor pam yang kecil, ini mungkin sesuai untuk pengepaman sekali-sekala. Disebabkan oleh perbezaan dalam ketahanan, kekerapan anda mengepam adalah satu unsur penting dalam memilih pam anda.

Jika anda menggunakan sebuah pam lebih kerap daripada apa yang dicadangkan, motor pam mungkin akan cepat haus dan ini memendekkan hayat pam. 

JENIS PENGEPAMAN

Terdapat tiga jenis corak pengepaman iaitu single, double alternating and double simultaneous. (tunggal, berganda ulang-alik dan berganda serentak).

Single pump membenarkan anda mengepam satu payudaya pada satu masa. Ini sebenarnya sesuai untuk pengepaman sekali-sekala. Pengepaman sekali-sekala ini bermakna mengepam sekali dalam sehari sahaja.

Jenis ini biasanya ada sesuai untuk suri rumah tangga atau seorang ibu yang kerja sambilan. Atau ibu yang bekerja setengah hari sahaja.

Double alternating Pump pula meyedut kedua-dua payudaya tetapi secara ulang-alik. Pam akan menghasilan sedutan pada satu payu dara sahaja pada satu masa dan sedutan berganti-ganti dengan payudara kiri dan kanan. Pam ini menawarkan lebih rangsangan berbanding single pump, tetapi tidak efektif berbanding double simultaneous pump (pam berganda dan serentak)


Simultaneous Pump (Pam berganda dan serentak)
Pam ini mampu menghasilkan sedutan pada kedua-dua payu dara pada masa yang sama. ia juga mampu  mengurangkan masa pengepaman sebanyak separuh.  Menurut kajian juga, mengepam secara serentak akan meningkatkan penghasilan susuibu. Ini adalah kerana pengosongan payudara secara serentak dapat meningkatkan hormon penyusuan iaitu prolaktin.

KESELESAAN
Breast shield atau corong yang merangkup payudara mempunyai pengaruh terhadap berapa selesanya sebuah pam untuk digunakan. Ada sesetengah pam yang datang dengan satu saiz corong untuk muat semua size payu dara. Ini boleh menjadi tidak selesa untuk ibu-ibu dengan buah dada dan/atau puting yang lebih besar dan mungkin juga boleh menghalang pengeluaran susu.

Manual atau Elektrik?

Ramai ibu-ibu akan membeli pam manual dahulu kerana mereka tidak pasti sampai bila mereka akan menyusukan anak. Keberkesanan pam manual bergantung kepada kekerapan pengepaman menggunakan tangan. Ada kala kita cepat letih maka kekerapan boleh berkurang. Pam manual sebenarnya lebih sesuai bagi ibu-ibu yang jarang pam. Ia juga sesuai apabila kita keluar berjalan-jalan dan perlu pam pada masa tersebut. Pam manual senang dibawa kemana-mana kerana ianya ringan.

Memang secara logiknya pam elektrik lebih berkesan kerana ia konsisten dan cepat. Namun ada juga ibu-ibu yang berpendapat pam manual belih baik dari elektrik.

Bagi saya, saya mula mengepam apabila anak saya 1 tahun. Memang sukar nak mula mengepam pada masa ini. Pada mulanya saya menggunakan pam manual tapi saya rasakan saya mengambil masa yang terlalu lama untuk pam, walaupun saya berpuas hati dengan kekuatan sedutan.. Tapi tangan pun lenguh juga..

Kemudian, saya beli pam elektrik Simultaneous Pump (Pam berganda dan serentak). Memang cepat susu dikeluarkan.. Cuma apabila sampai satu tahap bila susu tinggal sikit, pam ni tidak boleh menyedut lagi.. maka saya akan guna pam manual atau kaedah mamet (pam pakai tangan) untuk mengeluarkan semua susuibu yang tertinggal...


Ini lah beberapa tips untuk pemilihan breastpump ni.. Memang ada lagi isu lain seperti bunyi motor, senang nak cuci atau tak, ringan atau berat.. tapi faktor diatas adalah yang utama...


Jika anda ingin melengkapkan penyusuan selama 2 tahun, maka buatlah pelaburan yang bijak... Namun semuanya bergantung pada budget juga kan....



Nak cuba set penyusuan Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, 11 April 2012

TAK SAMPAI 1 BLN MAKAN SUPPLEMENT: TERPAKSA PAM LEPAS DIRECT FEED, SAKIT BELAKANG HILANG DAN ALAHAN MAKIN KURANG

Mengambil supplement sebagai pelengkap makanan harian memang banyak untungnya... Bukan setakat menambahkan susuibu tapi kesihatan juga meningkat, rasa lebih bertenaga, hilang rasa sakit2 dan macam-macam lagi... Saya sendiri telah diberkati dengan kebaikan Shaklee ini.. Kalau nak crita, panjang lebar pula jadinya... Jikalau ada yang berminat nak baca entry tu KLIK DISINI....

Seorang ibu, Sabrina juga telah experience kebaikan memakan supplement Shaklee ini. Sabrina adalah seorang ibu kepada baby 4 bulan, bekerja dari rumah....Tidak sampai sebulan makan supplement, beliau berpuas hati keatas 3 perkara yang dirasaii:-

- Sabrina tidak mempunyai masalah supply susuibu. Tetapi selepas memakan Eu Four Pack dan ESP, susu cepat penuh dan terasa berat. Sehingga perlu pam... Sebelum ni beliau hanya directfeed sahaja.

- Sakit pinggang tidak ada lagi. Sabrina pernah jatuh tangga satu ketika dahulu. Sejak dari insiden itu beliau selalu sakit belakang pinggang bila bangun dari duduk, kena slow-slow berdiri dan terbongkok-bongkok.. Lepas makan supplement ni, tiada lagi.. Cuma sikit2 sahaja terasa selepas buat kerja rumah...

- Sabrina mempunyai alahan pada beberapa jenis makanan. Didapati baby Sabrina juga ada sedikit masalah ini kerana kulit baby jadi kering dan berkuping sedikit. Sekarang Sabrina dah boleh makan (sikit-sikit) makanan yang memberi alahan ini. Kulit baby pula beransur baik tanpa penggunaan krim pelembab...

Ini testimoni Sabrina sendiri di laman Facebook....
 


Kalau nak tulis testimoni kebaikan memakan supplemement ni, memang banyak.... Namun ini beberapa yang saya dapat tunjukkan dengan bukti... Namun pemilihan supplement yang baik perlu dititik beratkan.. Biar selamat sekarang dan dikemudian hari.... Memang banyak pilihan supplement diluar sana tapi bagi saya, Shaklee jadi pilihan.....

Nak cuba berShaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 9 April 2012

MENGANDUNG DAN PEMAKANAN HARIAN

HAII.. Entry hari ni saya petik dari buku/majalah HealthToday: newparents special edition... Saya suka baca majalah HealthToday ni sebab banyak info pasal kesihatan... Saya ingin share sikit2 kat sini... Tajuk:

Mengandung dan Nutrisi

Apabila anda mengamalkan pemakanan yang sihat semasa mengandung, ini akan mengurangkan kemungkinan melahirkan bayi terlalu awal atau terlalu kecil. Anda juga mungkin dapat mengurangkan masalah-masalah semasa mengandung.

Target Peningkatan Berat Badan Yang sihat

Peningkatan berat badan yang terbaik semasa mengandung adalah secara perlahan tetapi stabil. Jika anda berumur dalam lingkungan 20an, cadangan pemakanan nutrisi harian (RNI) adalah 2,000 kcal. Manakala bagi yang berumur 30-50 adalah 2,180 kcal. Kementerian Kesihatan mencadangkan tambahan kalori sepanjang masa mengandung adalah seperti dibawah:-

Trimester pertama: + 0 kcal
Trimester kedua: +360 kcal
Trimester ketiga: +470kcal

Tambahkan Protin

Anda patut mengambil lebih banyak makanan yang kaya dengan protin (RNI: +7.5g/sehari). Protin diperlukan untuk membina sel-sel baru untuk bayi yang sihat. Tambahkan protin kepada pemakanan biasa (sebelum mengandung) dengan memakan sekeping cheese, segelas susu atau sepotong daging sebesar kotak mancis.

Air

Minum sekurang-kurangnya 8 - 10 gelas air setiap hari kerana bayi dalam kandungan memerlukannya. Air juga membantu dalam masalah sembelit, mengeluarkan toksik dan bahan buangan, dan dapat membantu menghindarkan jangkitan pada pundi kencing. Air merupakan minuman yang terbaik tetapi pilihan lain adalah:
Air dengan hirisan lemon atau limau (dapat membantu dengan masalah ketidakselesaan perut)
'Clear Soup' dengan sedikit garam sahaja

Makanan yang perlu di hadkan
  • Caffein
  • Pemanis tiruan
  • Garam
  • Makanan tinggi lemak

Makanan yang perlu dielak

  • Alkohol
  • makanan tenusu dan jus yang tidak di 'pasteur'
  • Daging, ikan, telur, daging dari hasil ternakan yang tidak dimasak penuh
  • Makanan yang diawet
  • Pewarna tiruan

Ubat dan Supplemen

Sentiasa bertanya pada Doktor sebelum mengambil ubat. Ini termasuklah vitamin untuk mengandung.
Kebaikan supplemen:-

Zat besi - membantu dalam penghasilan darah yang diperlukan oleh tubuh badan
Asid Folik- menghindarkan spina bifida (kecacatan kelahiran pada saraf tunjang atau penutupnya)
Kalsium- membantu membina dan mengekalkan tulang yang kuat
Zinc- menghindarkan kelahiran pra-matang dan 'pre-eclampsia'
Vitamin C- menyokong perkembangan bayi sihat, terutamanya pada trimester ketiga

Inilah beberapa kepentingan memakan secara sihat sepanjang masa kita mengandung... Ditambah pula kepentingan pengambilan supplemen... Jika anda mencari supplemen semasa mengandung (kalau tak nak makan ubat dari hospital k).. Boleh cuba Set mengandung supplement Shaklee....
Di bawa ini testimoni dari seorang kawan yang tak serasi dengan supplemen dari Klinik Swata di Thailand...

 Sekian untuk hari ini...



Nak beli produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 




Thursday, 5 April 2012

CERITA N. DAN OMEGAGUARD: MEMBAKAR LEMAK SECARA SIHAT DALAM 2 BULAN SAHAJA

Kalau anda pengikut blog saya, sudah pasti anda dah berkali-kali membaca tentang kebaikan lecithin sebagai pembakar lemak semulajadi. Namun terdapat satu entry berkenaan omega yang juga mempunyai keupayaan untuk membakar lemak tetapi saya tidak promosikan dengan meluas kerana harga omega lebih mahal dari lecithin. Pada bulan Februari, kawan saya Norita telah mencuba pengambilan Omega untuk tujuan nak turunkan berat badan.. Dan hasilnya, sila baca dibawa ok:-

--------------------------------------------- 

Credit to : Norita (anakkuwiraku.com)


FAKTA OMEGA:


OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis Asid Lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA. EPA menyihatkan jantung & sendi, manakala DHA penting bagi perkembangan & fungsi otak.*

OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan Asid Lemak Omega-3 yang bermanfaat & semulajadi, di samping menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum & merkuri yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*


Cerita saya lagi.....

Masa saya belum kawin berat saya cuma 46kg sahaja. Semasa mengandung berat naik 20 kg, dua2 pregnancy berat saya naik 20kg. Semasa menyusu, berat saya max pun 48kg tak pernah lebih. Tapi lepas berhenti, berat naik mendadak....56kg. Ramai yang tegur termasuk mak mertua dan mak sendiri bila perubahan badan saya nampak sangat ketara. Aduhai, sape tak susah hati kan?

Selepas tu saya nekad nak kurus. Saya makan Lecithin pagi, petang dan malam selama seminggu dengan banyak....saya makan banyak buah. Alhamdulillah nampak sedikit perubahan. Turun 3kg permulaan. Namun saya teruskan juga cuma memang kena makan on time. Kalau lambat aje terus lapar macam nak pengsan.

Saya masih amalkan Lecithin dengan berat terkini 51kg. Tapi saya nak cuba dapatkan berat asal iaitu 46kg. Kini saya fokus on Omega pula selepas teruja dengan hasil customer saya. Kenapa sebelum ni saya fokus ngan Lecithin? Sebab kos Omega sedikit mahal berbanding Lecithin. Tapi bak kata customer saya, mahalnya tak la semahal treatment dengan pusat2 kecantikan kurus seperti LWM....balik-balik fikir, betul juga. Duit boleh usaha, so tak salah mencuba.

Apa yang saya amalkan selain makan Omega? Saya pastikan makan buah 2-3 potong sehari. Rumah dekat dengan kedai buah.Kami beli dalam 10 potong untuk satu family 2-3 jenis buah. Senang.

Kalau anda tak boleh makan buah, minum jus buah 2-3 cawan sehari sebab nak serat dalam air tu. Pastikan air jus tu kurang ais sebab ais boleh buat perut kita buncit.

Pagi amalkan minum ESP, Meal shake dan Performance drink. Tapi bagi ibu menyusu, kena breakfast ya, sebab ibu menyusu perlu lebih kalori.

Sedikit senaman ringan sangat perlu, terutama menggerakan tangan, berlari anak dan sedikit sit up.

Pengambilan juga perlukan alfalfa atau buah 2-3 potong sehari. Alfalfa hanya 1-2 biji sahaja. Banyak alfalfa akan perlu banyak air atau kita akan sembelit.

Herb Lax amik hujung minggu sahaja, iaitu sabtu malam ahad. Amik 4-5 biji. Kalau badan besar 5 bj. Bagus amik sebelum tidur sebab Herb Lax bertindak selama 6 jam dan kalau kurang air, perut memulas mcm nak terbalik. Saya pernah makan jam 9mlm, jam 3 pagi saya bangun ke toilet. So kalau nak makan waktu siang, pastikan 6 jam selepas itu kita di rumah.Apa yang boleh saya kongsikan bila saya mula fokus dengan Omega....

Hari pertama saya amik 3 biji omega selepas lunch....sepanjang petang sehingga malam saya merasa sangat dahaga, hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya tak de rasa lapar tetapi saya rasa sangat dahaga. Air botol 1.5Liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmm memang pelik. Hari pertama lupa makan buah....so tak best ke toilet.

Hari kedua, saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengari saya cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, Meal Shake dan PD supaya saya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab dah kenyang dengan air.

Hari ketiga, makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ini. So saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang.
Alhamdulillah telah hampir sebulan makan Omega sebagai pembakar lemak, ia memang memberi kesan yang sangat hebat pada selera makan saya. Alhamdulillah saya dapat rasakan perbezaannya. Memang setelah amalkan makan omega, kita banyak rasa dahaga dari lapar. Dapat rasa berbanding makan Lecithin. Memang ada yang amalkan Lecithin sahaja sudah dapat merasa bentuk badan yang lebih slim dan cantik terutama bagi ibu menyusu kerana penyusuan itu sendiri membantu si ibu membakar banyak kalori.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang (April 2012) Norita memang sudah jadi kurus... Terkejut saya apabila melihat gambarnya, dalam 2 bulan tu memang banyak beza... Sori, kawan saya ni tak suka pamerkan gambar dia di blog orang k.... Gambar ni je lah yang dia bagi....





OK, setakat disini saja untuk hari ini k. Kalau nak baca pasal omegaguard dengan lebih lanjut, sila KLIK DISINI

Jika anda ingin mencuba Omegaguard, Her lax dan Alfalfa, boleh hubungi saya dengan berbagai cara..

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, 3 April 2012

2 BULAN DAH NAIK KERJA.. MASIH DAPAT 24OZ... HEBAT!!!!!

Ingat tak testimoni dari Ibu Shima Kemat yang telah mengumpul banyak stok masa pantang?
kalau nak recap KLIK DISINI


Sekarang Shima dah masuk kerja semula... dah 2 bulan dah.. bagaimana supply EBM Shima sekarang? Saya pun susah nak percaya... Lihat gambar ni...




Ini adalah selepas pam 10minit sahaja....
Pam hanya 2 kali kat ofis.. Paling sikit bawa balik rumah 24oz...
Memang menakjubkan....

Sebenarnya Shima telah mengamalkan pengambilan supplement Shaklee sejak mengandung lagi hingga sekarang... Banyak yang vitamin yang diambil.. Namun set 3M adalah set yang wajib...

Apakah 3M ini? Terdiri daripada Vitalea, Vitamin B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan Energizing Soy Protein. Set ini telah membantu ramai ibu termasuk saya sendiri dalam meningkatkan penghasilan susuibu. Namun ada tips2 yang perlu di ikut k...
Nak tau set penyusuan yang sesuai untuk anda KLIK DISINI




Sekian untuk hari ini...


Nak beli 3M?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
 
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.