Tuesday 3 January 2012

PROSES PEMULIHAN (HEALING CRISIS)

Selamat Tahun Baru 2012....

Semasa saya bercuti di Kg., saya telah mendapati ada kawan-kawan saya yang telah memakan suplemen Shaklee berhenti mengambil supplemen kerana mengalami proses pemulihan yang teruk.

Seperti contoh, selepas mengambil set Mencantikkan kulit, kawan saya mendapati lebih banyak jerawat keluar selepas 3 minggu pengambilan supplemen.
Apa yang berlaku disini adalah 'Healing Crisis' atau Proses Pemulihan.


Apakah itu Proses Pemulihan?

Proses pemulihan adalah satu kaedah natural untuk pembersihan tubuh badan.
Apabila kita mengambil supplemen (khasnya dari sumber semulajadi), badan mula untuk membersihkan dirinya daripada bahan-bahan toksik yang telah membina dari masa ke masa. Ini mungkin asing kepada badan seperti bahan pencemar atau bahan buangan metabolik yang telah terkumpul dalam badan kita.

Semua penyembuhan bermula dari dalam badan sehinggalah ianya dikeluarkan dari badan. Selalunya bermula dari kepala ke bawah, dari organ-organ yang lebih penting kepada organ-organ kurang penting dan mengikut tertib kronologi terbalik sebagaimana gejala-gejala mula muncul.


Sebagai contoh, sekiranya kulit kita tersumbat dengan bahan-bahan asing yang tidak diperlukan dalam badan, selepas pengambilan vitamin (selalunya vitamin antioksidan seperti C dan E), proses pemulihan akan berlaku dimana tubuh badan akan cuba untuk mengeluarkan bendasing tersebut. Cara pengeluaran adalah bergantung kepada tubuh badan masing-masing.


Seperti apa yang saya lalui, selepas beberapa minggu mengambil supplemen, termasuklah vitamin E, kulit muka saya menjadi sangat gatal.  Ini berlaku selama 2 hari. Kulit (khasnya kulit yang keras) pada tapak kaki saya juga mengelupas. Namum saya terus mengambil supplemen kerana saya tahu ini hanyalah proses pemulihan untuk tubuh badan menjadi sihat.




SATU PRINSIP PROSES PEMULIHAN ADALAH:
 
 

SATU CARA MENGATASI  KRISIS PENYEMBUHAN ADALAH DENGAN MELALUINYA.
Semasa krisis penyembuhan, mungkin akan kelihatan seolah-olah keadaan bertambah buruk. Ini adalah benar dan mengikut konsep dimana badan membersihkan dirinya dari toksin agar penyakit itu boleh secara beransur-ansur sembuh.
 

Pemulihan krisis juga akan menyebabkan gejala daripada penyakit-penyakit lama seolah-olah kembali ke tahap yang tertentu.

Oleh sebab ini, saya sarankan pada mereka yang belum pernah memakan vitamin, bersabar dengan proses pemulihan ini. Sekiranya proses penyembuhan terlalu kuat, boleh kurangkan dosage supplemen atau ambil selang sehari. Namun ini tidak akan memberhentikan proses penyembuhan. Apabila kita mengambil vitamin semula, ianya akan berlaku lagi sehinggalah tubuh badan dibersihkan. Adalah lebih baik untuk meneruskan pemakan supplemen agar proses pemulihan akan berlalu dengan cepat. Pastikan mengambil banyak air untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan.


Beberapa contoh proses pemulihan adalah kawan-kawan yang mengambil vitamin pertama kalinya termasuklah Sakit  kepala, Rasa mengantuk, Demam, sakit2 badan dan lain2 lagi...


Sekian semoga entry ini dapat menerangkan kenapa berlakunya proses penyembuhan ini...
Salam sayang dari Healthy by Nature..
 

No comments:

Post a Comment