Sunday, 31 March 2013

KUATKAN MEMORI DAN KUASA OTAK ANDA (PART 2)


Saya teruskan entry saya dalam kesihatan otak..... PART 1 boleh baca kat sini ya... http://health-wellness-nature.blogspot.com/2013/03/kuatkan-memori-dan-kuasa-otak-anda.html



BAGAIMANA OTAK BERFUNGSI

Otak kita terdiri daripada beberapa bahagian dan setiap bahagian otak mempunyai fungsi yang berbeza.

Otak sebenarnya terdiri daripada satu trilion sel-sel (atau neuron). Memori sesuatu acara akan disimpan dalam pattern elektrik didalam nueron. Lebih kuat memori, lebih banyak neutron yang digunakan dan lebih banyak gabungan nuetron yang diwujudkan. Bergantung pada seseorang, otak memerlukan beberapa jam atau hari untuk menyimpan ingatan baru.(Macam komputer ja kan???)

Terdapat pelbagai jenis ingatan. Yang pertama, ingatan jangka pendek. Sebagai contoh, anda harus ingat bahagian pertama ayat agar anda dapat memahami maksudnya apabila anda sampai ke akhir ayat. Ingatan jangka pendek seolah-olah ingatan yang memegang 'ingatan dalam sesi memproses'. Berapa lama anda boleh tahan ingatan jangka pendek? Tidak lama. Ingatan jangka pendek akan hilang dengan pantas dan mempunyai kapasiti yang kecil.

Terdapat juga satu jenis ingatan yang dikenali sebagai 'memori bekerja', memori ini diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu tugas. Sebagai contoh, apabila kita sedang dalam perjalanan, kita akan ingat laluan perjalanan seolah-olah menggunakan kad panggilan tetapi kebanyakan kita tidak ingat arahan ini untuk tempoh yang lama.

Ingatan jangka panjang pula adalah bertujuan untuk menyimpan ingatan untuk jangka masa yang panjang. Maklumat daripada memori jangka pendek dan ingatan kerja (yang diterangkan diatas) akan dipindahkan ke ingatan jangka panjang. Terdapat dua jenis ingatan jangka panjang, episod memori dan ingatan semantik.

Episod memori mewakili ingatan dalam bentuk bersiri.  Ingatan semantik pula mewakili rekod fakta-fakta, konsep dan kemahiran yang kita telah diperolehi. Ingatan semantik dan episod la yang membolehkan kita belajar sesuatu yang baru daripada pengalaman yang kita alami setiap hari.

Apabila seseorang cuba mengingati sesuatu, ia seolah-olah menarik ingatan dari laluan neural. Otaklah yang betanggungjawap dalam mengaktifkan laluan samaada dengan cepat atau lambat. Ia bergantung bagaimana 'familiar'nya anda dengan maklumat tersebut dan bagaimana anda pada mulanya alami pengalaman tersebut.


KENAPA SERING LUPA?


Daya ingatan berkurang secara natural — Maklumat kita yang tidak gunakan atau tidak dikukuhkan mungkin akan hilang secara perlahan. Otak kita akan mendaftarkan ingatan atau memori tetapi hanya akan menyimpan ingatan yang mempunyai makna. Jika kita hanya dengar, lihat atau alami sesuatu, ingatan pada perkara tersebut akan terus hilang, kecuali jika terdapat pengulangan atau pengukuhan lain.

Gangguan — Maklumat baru boleh menggantikan maklumat lama

Tidak lagi boleh diakses — apa yang dipanggil 'fenomena hujung lidah'. Ini adalah keadaan dimana anda ingat maklumat tetapi tidak boleh menamakannya. Tidak dapat dijelaskan kenapa ini berlaku, namun selalunya memori akan tiba-tiba muncul apabila kita tidak cuba mengingatinya.

Overload — Otak buat sementara terbeban dan terganggu. Ini adalah perkara biasa dalam kehidupan yang sibuk



Walaupun kehilangan ingatan tidak dapat dielakkan, kesihatan fizikal yang baik boleh membantu anda mengekalkan keupayaan kognitif anda dan melambatkan penurunan kemerosotan ingatan. Pemakanan yang betul, bersenam, mental yang aktif dan memastikan anda mendapat komponen pemakanan yang betul bukan sahaja meningkatkan fungsi memori tetapi anda boleh menyokong kesihatan otak yang optimum.


FAKTOR - FAKTOR  MEMPENGARUHI KEUPAYAAN OTAK


Pemakanan yang kurang baik — Otak perlukan protin berkualiti tinggi, asid lemak yang sihat dan mikronutrien. Ini amat penting dan kekurangannya boleh memberi kesan serius dalam pembelajaran dan ingatan. Ini adalah masalah yang khusus untuk kanak-kanak dan orang yang lebih tua. Pemakanan yang tidak lengkap atau tidak sihat boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi boleh membawa kepada stroke yang boleh mengancam fungsi otak.

Alkohol - Alkohol mengganggu ingatan jangka pendek, menghadkan keupayaan untuk menyimpan maklumat baru. Memang kita sudah sedia maklum alkohol boleh merosakkan ingatan secara serius.

Tidur yang tidak mencukupi — Kekurangan tidur boleh menyebabkan keletihan kronik yang mampu merosakkan  penyatuan maklumat dan pengingatan.

Rokok - Rokok akan menghadkan jumlah oksigen sampai pada otak. Ini boleh menyebabkan kesihatan otak terganggu

Kafein — Sementara kafein dalam kopi dan teh boleh mempunyai kesan positif keatas kecergasan, namun rangsangan yang disebabkan oleh minuman ini boleh mengganggu fungsi ingatan yang normal. Kafein juga boleh mengganggu tidur yang diperlukan untuk mengukuhkan ingatan.

Dehidrasi — Kekurangan air mempunyai kesan serta-merta pada ingatan. Ia juga boleh menghasilkan kekeliruan dan kesukaran pemikiran. Terlalu sedikit air membawa pada keletihan dan mengurangkan kecergasan.

Ubat-ubatan - Ubat-ubatan tertentu seperti 'muscle relaxer', ubat tidur dan ubat anti-kerisauan dan lain-lain lagi boleh menyebabkan kehilangan ingatan. Pada sesetengah orang, ubat-ubatan untuk tekanan darah tinggi juga boleh mempunyai kesan ke atas memori dan dalam beberapa kes boleh menyebabkan kemurungan.

Penyakit-Penyakit tertentu dan kecederaan otak boleh menyebabkan kehilangan memori yang serius. Ini adalah agak berbeza dari yang biasa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Perkara sebegini memerlukan penilaian Doktor.

Tekanan Kebimbangan dan stres mengganggu tumpuan. Gaya hidup didunia serba morden menyebabkan kehidupan bertambah stress, terganggu dan terbeban. Daya ingatan boleh menderita dalam keadaan yang berterusan sebegini.


MAKANAN UNTUK OTAK
Protein lengkap, buah-buahan segar dan sayur-sayuran, bijirin dan lemak yang sihat adalah penting untuk otak bagi mana-mana organ lain dalam badan. Walau bagaimanapun, sel-sel otak boleh menjadi lebih memerlukan pemakanan berbanding sel-sel lain. Sel-sel otak memerlukan banyak tenaga untuk berfungsi secara optimum. Otak dan sel saraf berhak mendapat sokongan pemakanan khas.

  • Protein dan asid lemak sihat diperlukan untuk membuat sambungan baru.
  • Asid lemak sihat membantu dalam pelepasan neurotransmitter dan adalah sangat penting bagi fungsi-fungsi otak yang lain.
  • Vitamin adalah amat penting untuk daya ingatan. Ini termasuk thiamin, asid folik dan vitamin B12.
  • Lecithin membekalkan kolina. Ini merupakan entiti yang penting dalam penghantaran mesej didalam otak dan sistem saraf.
  • Vitamin antioksidan seperti Vitamin E juga penting untuk menuetralkan toksik dalam badan, melindungi / mencegah kerosakan sel dan membantu sel menyerap oksigen.

Selain dari pemakanan sudah tentu perkara seperti berikut dapat membantu meningkatkan daya ingatan...

- Aktif dari segi fizikal
- Cukup rehat dan relax
- Sentiasa belajar sesuatu yang baru
- Senaman otak : ini adalah seperti bermain puzzle, bermain chess, membaca dan banyak lagi
- Fokus - contohnya kita fokus kepada secawan kopi.. fokus pada warna cawan, apa kandungannya,  aroma, suhu kopi dan lain-lain lagi. Ini akan membantu meningkatkan kepekaan otak 
- Sentiasa berinteraksi : Bukan sahaja dengan orang yang positif tapi juga dengan keadaan sekeliling, perkara yang diminati, events dan lain-lain lagi

Ok sekian sahaja untuk hari ni.. Satu entry yang pasti membuatkan otak anda berfikir mahupun bersenam he he he....

Jika anda ingin mendapatkan info berkenaan makanan tambahan bagi otak yang cerdas, baik bagi anak ataupun dewasa, contact saya melalui:


Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 


SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN


**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

No comments:

Post a Comment