Monday 18 June 2012

TOLONG: BABY TAK NAK MENYUSU SECARA DIRECT (SECARA LANSUNG)

Hi.. Ini lagi satu masalah yang ramai ibu alami. Baby tidak mahu menyusu secara direct, atau kata lain, tak nak menyusu badan. Contoh situasi baby tidak mahu menyusu badan adalah:-



- Bayi baru lahir; masih belajar bagaimana nak menyusu
- Bayi yang sebelum ini telah cerai susu tapi siibu ingin breastfeed lagi
- Bayi yang memang tidak mahu menyusui badan walaupun telah dipegang pada posisi menyusu
- Bayi yang mempunyai masalah 'nipple confusion' (keliru dengan puting botol dan puting payu dara)
- Bayi 'fussy nurser'(bayi yang cerewet dalam menyusu)
- Bayi sedang 'nursing strike' (tiba-tiba tidak mahu menyusu)

Jangan risau ya ibu-ibu, jika anda mengalami masalah ini, perkara ini boleh diselesaikan cuma memerlukan masa dan kesabaran.


Sebelum saya mula dengan tips-tips ini, terdapat 2 perkara yang sangat penting yang perlu dipatuhi iaitu:-

1) Sekiranya baby tidak mahu menyusu secara direct, pastikan baby diberi minum susu dengan cara lain. Jangan biarkan baby kelaparan kerana ini membawa kepada kemudaratan. Sebaik-baiknya berilah susuibu, dan kalau boleh guna sudu atau srynge.

2) Pastikan anda terus mengepam untuk memastikan penghasilan susuibu tidak berkurang. Boleh guna SET 3M dalam membantu melancarkan penghasilan susuibu.


TIPS-TIPS MEMUJUK BABY UNTUK MENYUSU SECARA DIRECT (SECARA LANSUNG)

Matlamat anda adalah untuk memujuk bayi ke payudara. Jangan cuba untuk memaksa bayi anda untuk menyusu lansung dari payudara kerana ini tidak berfungsi, membuat bayi stress, dan boleh meyebabkan kebencian kepada payudara.

1) Pakai baju yang mudah akses pada payudara. Bayi mungkin akan menjadi tidak sabar biar pun beberapa minit sahaja siibu menyelak baju dan membuka klip bra menyusu. Jika boleh luangkan masa di tempat dimana ibu dan bayi tidak memakai baju dari pinggang keatas. Pastikan suhu bilik adalah sesuai ya.



2) Banyakkan sentuhan kulit ke kulit kerana ini boleh membantu dalam penyusuan bayi dengan lebih baik. Pastikan bayi dekat dengan anda, seberapa banyak yang boleh. Ini akan memberinya banyak peluang untuk menyusu (walaupun anda tidak berjaya). Ini sesuai dibuat apabila bayi menyusu dengan cara disuap atau botol, dan hendak tidur. Biarkan bayi terus tidur dalam sentuhan kulit ke kulit pada dada ibu. Ini membuatkan bayi tidur dan bangun dengan gembira. 


Cuba tangkap isyarat kelaparan yang terawal. Jika bayi bergerak ke arah payudara dan kemudian tertidur sebelum menghisap puting, atau selepas menghisap dua kali, maka ini adalah langkah-langkah bayi yang positif.


3)  Cuba berikan/tawarkan payudara sekerap mungkin. Juga cuba menyusukan bayi di tempat kegemarannya, dalam kedudukan kegemaran bayi, ketika sedang mandi, ketika berjalan di sekeliling, sambil berbaring, dengan kedudukan bayi tegak, bayi baring rata di belakangnya, semasa bayi tidur, atau pada masa bayi nak bangun dari tidur, pada bayi masa kelihatan seolah-olah dia mungkin berminat atau apa-apa cara lain yang boleh anda fikirkan; pada bila-bila masa, di mana jua.


4)  Elakkan memberi tekanan pada bayi untuk braestfeed. Tawarlah dengan cara yang sangat kasual dan berpura-pura anda tidak keberatan jika dia enggan (lebih mudah berkata daripada dilakukan, tetapi cuba jangan tuunjukkan sebarang kekecewaan). 
Jangan pegang belakang kepala bayi atau menolak atau tahan bayi ke payudara.
Jika bayi menarik diri dari payudara, jangan cuba untuk membuat bayi kembali ke payudara pada masa itu - cuba lagi kemudian.  
Jika bayi seolah-olah kecewa dengan payudara anda, jangan beri tekanan padanya. Banyakkan sentuhan kulit-kulit khasnya dikawasan payu dara. (Tanpa tawaran untuk menyusu ok). Biar bayi merasai pelukan pada kawasan payudara tanpa bayi perlu menyusu. 



5)  Boleh cuba menggunakan baby sling untuk membuat bayi sentiasa dekat pada anda biar apa anda buat.

6) Tidur berhampiran dengan bayi anda. Kalau boleh tidur sekatil. Jika baby tidur di katil sendiri, letakkan katil disebelah anda. Ini boleh membuatkan anda mengesan isyarat kelaparan dengan cepat.


7) Gunakan sistem ganjaran awal. Cuba urut atau pam payudara agar anda capai 'reflux let down' dimana susu keluar dengan banyak dan laju, dan barulah beri pada bayi untuk menyusu. Ini adalah kerana ada bayi tidak sabar menghisap payudara sehingga ibu mencapai 'reflux let down'. 
Jika bayi berjaya menyusu dengan cara ini tetapi berhenti apabila susuibu keluar dengan perlahan, cuba lajukan penggeluaran susuibu dengan mengurut payu dara semasa bayi menyusu.

8) Pastikan bahawa masalah fizikal tidak penyebab bayi untuk menentang breastfeed secara direct. Cuba periksa beberapa perkara seperti berikut:-
Adakah kecederaan kelahiran atau keadaan lain yang menjadikan kedudukan untuk menyusu menyakitkan. Adakah bayi yang mempunyai masalah dengan pernafasan semasa menyusu atau semasa menyelaras menghisap dan menelan?
Adakah bayi mempunyai refluks teruk yang membuat makanan menyakitkan?  
Adakah bayi mempunyai sakit tekak semasa menyedut?
Dan lain-lain lagi

Inilah antara cara-cara memujuk bayi untuk kembali menyusu secara direct. Memang bukan senang dan memerlukan banyak kesabaran. Ini jugalah antara sebab kenapa ramai ibu mengambil keputusan untuk menjadi exclusively pumping mum.. Memang ramai yang telah berjaya, bahkan ada yang hingga mencapai 2 tahun.. Cuba untuk berjaya sebagai EP mum ini, usaha berlipat-lipat ganda perlu di terapkan. 

Bagi ibu-ibu diluar sana yang masih ingin baby menyusu secara direct, bolehlah cuba tips-tips ini ya.. Tapi jangan lupa


Jangan paksa baby tapi pujuk bayi untuk menyusu...


Happy breastfeeding semua....

Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-



EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.






No comments:

Post a Comment