Malangnya, Hampir separuh dari wanita yang mengandung mengalami masalah sembelit pada satu ketika dalam kehamilan mereka. Ada juga wanita yang mengalami masalah ini berterusan sehingga lepas bersalin. Dan ada juga hanya mengalaminya selepas bersalin sahaja.
Secara umumnya, kebimbangan, kerisauan, kurang senaman fizikal dan diet yang rendah serat boleh menyebabkan sembelit. Namun, sembelit di kalangan wanita hamil berlaku disebabkan hormon wanita berubah semasa mengandung. Hormon akan melonggarkan/me'relax'kan otot agar otot pada bahagian abdomen dapat berkembang apabila bayi membesar. Ini secara tidak lansung me'relax'kan otot pada usus juga. Ini menyebabkan makanan dan bahan buangan bergerak perlahan melalui sistem anda. Selain dari itu, uterus yang berkembang juga memberi tekanan pada usus dan ini menyebabkan usus tidak dapat bergerak seperti biasa.
Bagi yang baru melahirkan anak, sembelit berlaku mungkin kerana kesan dari kesinambungan semasa mengandung. Juga kerana secara semulajadinya, pergerakan sistem pembuangan kita menjadi perlahan semasa melahirkan anak dan ini mungkin memerlukan masa untuk pulih semula. Penggunaan beberapa jenis ubat yang boleh menyebabkan pergerakan usus menjadi perlahan juga antara sebab berlakunya sembelit.
BAGAIMANA NAK MENGELAK DAN MENGATASI MASALAH SEMBELIT
Makan makanan yang berserat tinggi: Sebaik-baiknya, makan 25 - 30 gram makanan mengandungi serat setiap hari. Ini termasuklah daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin sarapan pagi, roti gandum, prun danlain-lain lagi.
Minum banyak air/cecair: Minum banyak cecair adalah penting, terutamanya bila kita makan banyak serat. Minum 10 hingga 12 cawan air setiap hari. Dengan kombinasi pemakanan serat yang tinggi dan meminum banyak cecair adalah cara yang terbaik dalam membantu mengurangkan sembelit. Berpeluh, iklim panas / lembap, dan senaman boleh meningkatkan keperluan anda untuk cecair bertambah.
Buat senaman: Bersenam secara bersesuaian seperti berjalan, berenang dan lain-lain membantu dengan memberi ransangan pada usus anda. Ini memudahkan proses pembuangan. Cuba bersenamankan tiga kali seminggu selama 20-30 minit.
Mengambil produk yang dapat membantu: Terdapat produk yang boleh membantu melembutkan pergerakan usus anda dan mengurangkan sembelit. Namun pastikan anda dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang produk khasnya bagi yang mengandung dan menyusukan anak.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
ADA TAK PRODUK SHAKLEE YANG BOLEH MEMBANTU?.... ADA....
Saya ingin berkongsi berkenaan Ostematrix: mengandungi Kalsium, Magnesium, vitamin D dan lain-lain mineral yang diperlukan untuk kesihatan tulang dan gigi. Magnesium adalah mineral yang boleh membantu dalam menjalankan fungsi normal otot dalam tubuh badan termasuklah usus. Magnesium juga berupaya menarik air, maka penyerapan air dalam usus akan menyebabkan sisa buangan kita menjadi lembut...
Ramai ibu yang telah memakan Ostematrix dan sembelit mereka telah membantu dalam masalah sembelit. Bukan setakat ibu, suami pun boleh makan juga... Ini antaranya...
Ini ostematrix....
Sekian untuk hari ini ok...
Nak cuba produk Shaklee? Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL
Atau like kat Fan Page: HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...
**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
No comments:
Post a Comment