Monday 5 March 2012

GAGAL DALAM BREASTFEEDING..... Ahhhhhh KESALNYA....

Hi Dear Prens.... Mari kita ketahui beberapa sebab kegagalan dalam menjayakan Penyusuan anak.. Semua ni saya sharekan sebab ini berlaku pada saya sendiri bila melahirkan anak pertama saya. Janganlah terjadi pada anda ok...

1) Tiada ilmu berkenaan breastfeeding

Semasa saya mengandung anak pertama saya, saya sangat rajin membaca berkenaan dengan kandungan, kelahiran anak, cara-cara menjaga anak dan macam-macam lagi. Saya memang betul-betul bersedia dalam segala hal kecuali berkenaan dengan breastfeeding. Saya tidak membaca sebarang infomasi pun tentang BF ni. Saya ingat breastfeeding ni senang je.. Ingat sumbat je nipple kat baby, susu keluar... Ketiadaan ilmulah sebab utama kenapa saya gagal... Banyak andaian yang saya buat adalah salah...

2) Beranak di Klinik yang tidak menggalakkan breastfeeding

Saya telah melahirkan anak saya di Klinik swasta yang mana mereka akan menjaga anak sementara saya duduk di wad/bilik. Memandangkan saya tidak tahu apa-apa pasal breastfeeding, saya tidak kesah anak saya diberi susu formula. Sehinggalah Doktor datang melihat keadaan saya dikeesokan hari. Beliau menyaran agar saya breastfeed kerana kepala baby saya sangatlah panjang (macam kon) disebabkan kelahiran menggunakan vakum.. barulah saya mula breastfeed. Pada feeding pertama, baby ok sebab tak lapar pun.. Feeding kedua, baby saya mula menanggis kerana tiada susu.. Saya panik terus panggil nurse. Nurse terus membawa anak saya ke nursery, dan dibagi susukan formula.... Feeding yang seterusnya nurse bagi formula sahaja. Pada pendapat saya, jika klinik tersebut mersa dengan penyusuan, sudah tentu nurse akan menggalakan untuk menyusukan anak tapi ini tidak. Tidak ada pun nurse yang datang untuk mengajar bagaimana nak menyusukan baby... Tapi saya tak salahkan mereka, sebab saya yang tak tahu satu benda pun.....

3) Mula mengepam tanpa directfeed

Saya pun mula mengepam EBM kerana nurse asyik memberi formula pada anak saya, apalagi bila anak saya ada jaundis dan sentiasa berada dibawah mesin sinar biru. Saya ingat ini lah jalan penyelesaian tapi tanpa disedari inilah yang menyebabkan EBM saya berkurang selepas baby saya berumur 1 bulan. Pump tidak effektif umpama hisapan bayi. Apalagi jika menggunakan pam manual.. (Tapi Exclusively pumping mum ada juga yang berjaya sampai 2 tahun ok)

4) Tidak bergaul dengan orang-orang yang mempunyai ilmu atau pengalaman dengan breastfeeding

Apabila saya pulang dari klinik, saya teruskan sesi-sesi pengepaman saya. Saya membuat andaian bahawa mengepam lebih baik kerana kita tahu berapa banyak baby minum. Kalau breastfeed mungkin baby tidak menyusu dengan secukupnya. Betapa bodohnya saya masa tu kan, membuat andaian buta. Ibu mertua saya pun setuju kerana Beliau pun tidak mempunyai pengalaman. Ibu-ibu yang lain datang melawat pun tidak menegur saya. Memanglah saya mempunyai kawan di ofis yang pernah menyusukan anak tapi pada masa pantang tu tidaklah terfikir untuk bertanya pasal ni pulak....

Keadaan ini telah berlarutan sehinggalah EBM saya berkurang. Maka terpaksalah top up formula. Apabila saya kembali bekerja, barulah saya mendapat informasi dari kawan-kawan berkenaan penyusuan. Saya mula mengepam dengan serius tapi hasil perahan terlalu sedikit. Sebelum ni pam tidak menentu, tidak ikut masa dan kalau bukan dirumah sendiri, segan nak mengepam... Biar sedikit hasil perahan, saya beri juga pada baby saya.. Saya juga directfeed pada waktu malam.

Masalah pula timbul... Baby saya suka menyusu dan minum EMB. Bila diberi formula dia tak nak. Menangis kuat sangat. Sehingga saya tension sangat.. Ibu mertua pula pesan agar memberi stok EBM setiap hari.. Macam mana nak bagi, stok pun tiada... Jadi saya mengambil keputusan untuk berhenti menyusu dan mengepam. Pada masa itu baby hanya 2 bulan lebih....

Begitulah betapa bodohnya saya pada masa tu.... Punca utama kegagalan adalah tidak mempunyai pengetahuan pasal penyusuan.. Menyesal sangat-sangat bila difikirkan semula.... Jadi bagi ibu-ibu yang mengandung kali pertamanya, pastikan anda membaca dan mendapatkan banyak info pasal penyusuan sekiranya ingin menyusukan anak...Janganlah jadi macam saya he he he... Semoga ini sedikit sebanyak beri manfaat pada ibu semua... Selamat berjaya k...

Nak lebih info atau nak beli produk Shaklee, hubungi saya:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
atau Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL 
Salam Sayang dari Heathy by NAture...

2 comments: