Tentu ramai yang telah mengetahui tentang masalah yang telah saya alami semasa anak saya berumur 14 bulan. Saya telah mendapati tumbeseran anak saya telah jatuh ke peratus yang lebih rendah. Doktor juga agak risau, katanya, "kita pantau bulan depan. Kalau masih berlaku, perlu buat sesuatu." Pada masa itu juga, saya sering diserang demam dan batuk yang berlarutan seolah-olah tidak pandai sembuh. Saya juga mengalami sakit belakang, dan pada satu ketika saya terasa badan saya rasa lain semacam.Bila berjumpa doktor, katanya stress perlu berehat. Saya cuma diberi ubat, "muscle relaxer". Doktor tersebut pula menasihatkan saya untuk menjaga pemakanan untuk menyokong kesihatan.
Saya sangat risau berkenaan keadaan anak saya kerana ramai yang mengatakan anak saya kecil, gigi pulak lambat tumbuh. Anak saya juga asyik diserang demam dan batuk. Dalam hati saya bertanya, kenapakah anak saya sakit sedangkan dia menyusu? Bukankah orang cakap kalau anak menyusu jarang sakit? Pada masa itu pengetahuan saya berkenaan penyusuan sangatlah cetek. Yang saya tau perlu makan banyak kalori untuk menyokong penyusuan.
Pada masa inilah saya terbaca Post FB kawan saya mengenai supplemen dan penyusuan. Kawan saya menasihatkan saya untuk mencuba trialpack. Saya juga menambah ESP sebab saya memang tahu pengambilan Protin boleh membantu jika kita hendak membakar lemak.
Selepas tiga hari memakan vitamin Shaklee, susu saya terus bertambah. Kena tambah sesi pengepaman. Batuk anak saya yang telah berlarutan sembuh. Saya semakin cergas dan bertenaga. Selepas dua bulan, berat dan tinggi anak saya meningkat dengan baik. Bila jumpa doktor, katanya, ok, tak payah nak risau.
Kini anak ahli keluarga dan kawan2 mengatakan, tiba-tiba je anak kamu jadi tinggi. Gigi anak saya pun keluar tumbuh, sekali 2 biji keluar. Saya sangat gembira bila mendengar kata-kata mereka... Syukur betul saya jumpa Shaklee....
Sekiranya anda ingin mengetahui apa vitamin untuk menyokong pemakanan semasa penyusuan, sila teruskan membaca:-
Salam jukie, nak minta share...sgt memberi manfaat
ReplyDeleteHi.. Boleh...
ReplyDelete