Tubuh kita memerlukan beberapa vitamin dan mineral untuk mengekalkan sistem saraf kita. Sistem saraflah yang bertanggungjawap kepada terjadinya sakit kepala atau migrain. Menurut pembacaan saya Riboflavin dan B-6, beserta dengan vitamin D and magnesium, menurut kajian dapat menggurangkan kekerapan berlakunya migrain.
Jika anda mengalami masalah migrain sila dapatkan vitamin atau multivitamin yang mengandungi nutrien berikut:-
Riboflavin
Riboflavin atau vitamin B-2 adalah salah satu vitamin daripada lapan vitamin B-complex. Menurut kajian, riboflavin dapat membantu menukarkan makanan kepada tenaga dan ianya juga membantu mengekalkan kesihatan sistem saraf. Dengan pengambilan 400 milligrams setiap hari, Riboflavin dapat mengurangkan kekerapan dan jangkamasa migrain sebanyak 1.5 pengurangan. Namun, kajian masih lagi dibuat mengenai bagaimana Riboflavin membantu menghilangkan migrain.
Vitamin B-6
Tubuh badan memerlukan vitamin B-6 or pyridoxine untuk membentuk neurotransmitters serotonin and norepinephrine. Ia juga memelihara kesihatan 'myelin sheath' iaitu satu lapisan yang melindungi sistem saraf kita. Mereka yang selalu mengalami Migraine selalunya mempunyai neurotransmitters pada level yang rendah. Kekurangan ini dapat dibaiki dengan pengambilan tambahan B-6. Kerosakan pada 'myelin sheath' and sarafyang disebabkan oleh kekurangan B-6 deficiency boleh menyebabkan sakit kepala. Oleh sebab itu mengambil supplement B-6 dapat membantu mengurangkan sakit kepala.
Vitamin D
Menurut the American Headache Society, lebih kurang 40% daripada mereka yang mengalami migraine yang teruk telah menunjukkan kekurangan vitamin D dalam tubuh badan mereka. Vitamin D merupakan satu vitamin yang dihasilkan oleh tubuh badan apabila cahay matahari menembusi kulit kita. Dalam kajian mereka, didapati pengambilan supplemen vitamin D telah menunjukkan respon yang positif. Supplemen ini juga tidak menyebabkan kesan-kesan negatif. Vitamin ini tidaklah efektif sangat dalam menggurangkan kesakitan migrain tetapi ianya serba sedikit dapat membantu.
Magnesium
Magnesium, adalah sejenis mineral yang mempunyai pelbagai fungsi dalam tubuh badan kita. Ini termasuklah membantu dalam proses impuls saraf. Pengidap migrain secara tipikal mempunyai level magnesium pada sel yang rendah berbanding dengan mereka yang tidak mengalami masalah migrain. Oleh yang demikian, dengan meningkatkan pengambilan magnesium dapat menggurangkan migrain. Pengambilan Magnesium sebanyak 600 milligrams sehari dapat membantu.
Nur Adha Mansor: kak nadia..utk soalan (3) tu ye, memang betul...sbb adha memang ada migrain sebelum ni dan biasanya amik poston je br ok..panadol pun xjalan dah...Alhamdulillah...lepa
No comments:
Post a Comment