Wednesday, 2 May 2012

TIADA SUSU LEPAS BERSALIN ATAU SEKADAR TANGGAPAN KITA SAHAJA?

Seorang ibu pernah bertanya pada saya, 'Dengan memakan vitamin, susu akan terhasil dalam sehari dua selepas anak dilahirkan tak?  kerana pada masa melahirkan anak pertama, susu tidak keluar'...

Memang ramai ibu-ibu yang risau jika keadaan ini berlaku.. Susu seolah-olah tidak keluar selepas melahirkan anak. Namun saya ingin tukar soalan tadi kepada: Benarkah susu tidak keluar atau ini anggapan ibu sahaja?

Saya cerita semula pengalaman penyusuan anak keduai saya, pada umur anak saya 2 hari, saya telah mula menyusukan anak dan selama beberapa hari saya rasa seolah-olah baby tidak cukup minum susu. Baby menyusu sampai 45 minit pun baby kelihatan menyusu dengan laju seolah-olah tiada apa yang keluar. Ahli keluarga pun menegur. Nasip baik saya ada baca sikit pasal bab-bab breastfeeding ni...

Ini merupakan beberapa info yang perlu diketahui oleh ibu-ibu baru:-

1) Sebenarnya pada beberapa hari selepas melahirkan anak, susuibu an akan dihasilkan selepas menerima ransagan hisapan dari baby ataupun pam (tapi cuba elakkan penggunaan pam).Sebab itu ransangan dari hisapan perlulah dilakukan secepat mungkin, sebaik-baiknya 1 jam selepas bayi di lahirkan.

2) Perut bayi adalah sangat kecil pada masa ini. Maka susu yang diperlukan hanyalah sedikit. Mari lihat gambaran perut bayi yang saya petik dari  Allina Health System.com. Pada hari pertama perut bayi hanyalah sebesar 'almond' dan pada hari ketiga ia sebesar bola ping pong sahaja.


 Ini pula gambaran dalam ukuran oz atau ml kapasiti perut bayi yang berumur dari 1 hari ke seminggu. Saya petik ni dari Kellymom.com


Terkejut tak? Hanya sedikit sahaja susu yang diperlukan oleh baby pada setiap penyusuan. Sememangnya selaras dengan penghasilan susuibu kita yang sedikit sahaja pada masa tersebut.

3) 'Lacthing' adalah sangat penting. Pastikan bayi menghisap dengan betul dimana sebahagian besar aerola masuk didalam mulut bayi dan bukan hanya puting payu dara sahaja. Sekiranya bayi tidak 'latch' dengan betul maka hisapan menjadi kurang efektif, ini bermaksud ransangan pun berkurang menyebabkan kurangnya susuibu terhasil.

4) Kebiasaannya, pada 1-3 hari lepas melahirkan anak, susu yang terhasil hanyalah colostrum, juga dikenali sebagai 'pre-susu'. Kadar aliran colostrum sangatlah perlahan dan ini membolehkan bayi belajar koordinasi menghisap, bernafas dan menelan. Peralihan dari kolostrum kepada susuibu berbeza bagi setiap ibu. Ibu yang melahirkan anak secara Czer mungkin mendapati peralihan ini lebih lama dari 3 hari. Begitu jugalah jika anak kita pra-matang.

5) Penyusuan botol  dan puting (pecifier) boleh menyebabkan kekeliruan yang mungkin akan menyebabkan baby menolak directfeed. Jadi cuba elakan ini sekurang-kurangnya 1 bulan atau selepas penghasilan susuibu telah stabil. Pada keadaan yang tidak dapat dielakkan, dimana terpaksa bagi minum susu bukan secara directfeed, gunakan sudu.

6) Bayi yang menangis tidak semestinya nak minum susu. Mungkin nak kena peluk, sakit perut, hidung tersumbat dlll. 

So... bagi ibu-ibu muda diluar sana janganlah stress k... Paling penting cari pengetahuan pasal penyusuan agar kita bersedia secukupnya... Amalkan pemakanan yang sihat dan cukup.. Paling penting Breastfeed sekerap mungkin...

Nak cuba vitamin Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


No comments:

Post a Comment