Pages

Thursday 7 August 2014

5 MANFAAT MINYAK IKAN

Minyak ikan yang saya bincangkan ini sebenarnya minyak yang dihasilkan oleh isi ikan. Minyak ni kaya dengan asid lemak omega 3: EPA dan DHA. Biar kita dari dalam kandungan lagi, hinggalah kita tua, minyak ikan akan terus memberi manfaat yang tinggi pada kita. Antaranya adalah:



1) Mencegah Osteoarthritis
Ini adalah masalah sakit2 sendi.  Sakit sendi ini timbul apabila tulang pada sendi sering bergesel disebabkan oleh cartilage pada sendi mungkin semakin haus atau rosak. Cecair yang bertindak sebagai kusyen pun mungkin telah berkurang. Omega 3 merupakan antara yang membantu dalam memperkuatkan tulang sendi.

2) Anti Keradangan
Ini bermaksud, omega 3 ni mempunyai kandungan anti keradangan. Ia membantu dalam mengurangkan kesakitan atau bengkak.

3) Membakar Lemak
Jika anda ingin turunkan berat badan, makanlah banyak minyak ikan. Ia bukanlah minyak yang akan buat berat naik tapi membantu dalam membakar lemak dengan cepat. Minyak ikan adalah antara yang meningkatkan metabolisma tubuh badan. Ia membantu dalam penghasilan insulin dan menstabilkan sistem penghadaman. Dan bagi yang bersenam, minyak ikan meningkatkan keberkesanan pengaliran darah ke otot-otot kita.

4) Menyihatkan Jantung
Ini memang sangat popular.Oleh kerana minyak ikan membantu dalam masalah kolestrol, menstabilkan metabolisma maka ia secara tidak lansung baik untuk kesihatan jantung. Selain dari ini, minyak ikan juga membantu dalam membaiki aliran darah dan mengelak penyumbatan ateri dari plak.

5) Meningkatkan Kesihatan Otak
Inilah yang sering kita lihat di iklan-iklan susu formula baby. DHA dan EPA.. Memang menurut kajian, minyak ikan membantu dalam perkembangan otak biar pada baby dalam kandungan lagi. Bagi yang semakin tua, minyak ikan ni membantu meningkatkan keupayaan otak.


Banyak lagi manfaatnya seperti membantu dalam kesihatan kulit kering, pertumbuhan rambut, kesihatan mata, masalah asma, alergi dan sebagainya.


Berapa banyak perlu dimakan?

Bagi yang sekadar untuk mencegah penyakit jantung, sekurang-kurangnya 500mg/sehari perlu dimakan. Pada mereka yang lebih memerlukannya, lebih tinggi yang diperlukan.
Bagi anak saya yang kuat memilih makan, saya berikan 300mg/sehari.

Sumber Omega 3 ni banyak. Jika anda tidak suka ikan maka anda boleh mengambil makanan lain yang kaya dengan omega 3 seperti  minyak flaxseed, minyak kanola, kacang, ikan, walnut, telur diperkaya omega 3,...  untuk cara yang lebih mudah ambillah suplemen Omega 3 yang terdapat dalam pasaran sekarang.

Dari Shaklee, kami ada OmegaGuard.. Sumber minyak ikan yang terbaik...



Jangan segan2 pm saya  untuk pembelian produk shaklee ya...
Ps: Bulan ni ada Promo GLA COMPLEX.. PM saya k...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

No comments:

Post a Comment