Pemilihan pam amatlah penting khasnya untuk bagi EP mum dan ibu yang berkerja. Bagi EP mum, pamlah yang memastikan susuibu dapat dihasilkan apabila bayi berjauhan dengan ibu. Pemilihan yang salah mungkin akan menyumbang kepada kegagalan dalam penyusuan.
Dalam pemilihan pam terdapat bebrapa perkara yang perlu dititik beratkan. Antaranya adalah:-
KEBERKESANAN PAM
Kitaran pam lebih rendah dari 25 kitaran seminit mempunyai kurang keberkesanan. Apabila kitaran pam rendah, masa mengepam adalah ajak panjang. Ini boleh menyebabkan puting dan payudara sakit kerana disedut dan ditarik pada jangkamasa yang panjang.
Kekuatan sedutan dan vakum pam juga memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanannya. Purata kekuatan sedutan pam pada masa kini adalah 0 mm Hg - 25 mm Hg. Sedutan melebihi 25 mm Hg boleh menyebabkan payu dara sakit.
KETAHANAN PAM
Bukan semua pam diciptakan untuk tujuan yang sama. Ketahanan motor pam direka bentuk bergantung kepada kekerapan mengepam, samaada harian atau sekali-sekala. Ada motor pam yang kecil, ini mungkin sesuai untuk pengepaman sekali-sekala. Disebabkan oleh perbezaan dalam ketahanan, kekerapan anda mengepam adalah satu unsur penting dalam memilih pam anda.
Jika anda menggunakan sebuah pam lebih kerap daripada apa yang dicadangkan, motor pam mungkin akan cepat haus dan ini memendekkan hayat pam.
Jika anda menggunakan sebuah pam lebih kerap daripada apa yang dicadangkan, motor pam mungkin akan cepat haus dan ini memendekkan hayat pam.
JENIS PENGEPAMAN
Terdapat tiga jenis corak pengepaman iaitu single, double alternating and double simultaneous. (tunggal, berganda ulang-alik dan berganda serentak).
Single pump membenarkan anda mengepam satu payudaya pada satu masa. Ini sebenarnya sesuai untuk pengepaman sekali-sekala. Pengepaman sekali-sekala ini bermakna mengepam sekali dalam sehari sahaja.
Jenis ini biasanya ada sesuai untuk suri rumah tangga atau seorang ibu yang kerja sambilan. Atau ibu yang bekerja setengah hari sahaja.
Double alternating Pump pula meyedut kedua-dua payudaya tetapi secara ulang-alik. Pam akan menghasilan sedutan pada satu payu dara sahaja pada satu masa dan sedutan berganti-ganti dengan payudara kiri dan kanan. Pam ini menawarkan lebih rangsangan berbanding single pump, tetapi tidak efektif berbanding double simultaneous pump (pam berganda dan serentak)

Simultaneous Pump (Pam berganda dan serentak)
Pam ini mampu menghasilkan sedutan pada kedua-dua payu dara pada masa yang sama. ia juga mampu mengurangkan masa pengepaman sebanyak separuh. Menurut kajian juga, mengepam secara serentak akan meningkatkan penghasilan susuibu. Ini adalah kerana pengosongan payudara secara serentak dapat meningkatkan hormon penyusuan iaitu prolaktin.
KESELESAAN
Breast shield atau corong yang merangkup payudara mempunyai pengaruh terhadap berapa selesanya sebuah pam untuk digunakan. Ada sesetengah pam yang datang dengan satu saiz corong untuk muat semua size payu dara. Ini boleh menjadi tidak selesa untuk ibu-ibu dengan buah dada dan/atau puting yang lebih besar dan mungkin juga boleh menghalang pengeluaran susu.
Manual atau Elektrik?
Ramai ibu-ibu akan membeli pam manual dahulu kerana mereka tidak pasti sampai bila mereka akan menyusukan anak. Keberkesanan pam manual bergantung kepada kekerapan pengepaman menggunakan tangan. Ada kala kita cepat letih maka kekerapan boleh berkurang. Pam manual sebenarnya lebih sesuai bagi ibu-ibu yang jarang pam. Ia juga sesuai apabila kita keluar berjalan-jalan dan perlu pam pada masa tersebut. Pam manual senang dibawa kemana-mana kerana ianya ringan.
Memang secara logiknya pam elektrik lebih berkesan kerana ia konsisten dan cepat. Namun ada juga ibu-ibu yang berpendapat pam manual belih baik dari elektrik.
Bagi saya, saya mula mengepam apabila anak saya 1 tahun. Memang sukar nak mula mengepam pada masa ini. Pada mulanya saya menggunakan pam manual tapi saya rasakan saya mengambil masa yang terlalu lama untuk pam, walaupun saya berpuas hati dengan kekuatan sedutan.. Tapi tangan pun lenguh juga..
Kemudian, saya beli pam elektrik Simultaneous Pump (Pam berganda dan serentak). Memang cepat susu dikeluarkan.. Cuma apabila sampai satu tahap bila susu tinggal sikit, pam ni tidak boleh menyedut lagi.. maka saya akan guna pam manual atau kaedah mamet (pam pakai tangan) untuk mengeluarkan semua susuibu yang tertinggal...
Ini lah beberapa tips untuk pemilihan breastpump ni.. Memang ada lagi isu lain seperti bunyi motor, senang nak cuci atau tak, ringan atau berat.. tapi faktor diatas adalah yang utama...
Jika anda ingin melengkapkan penyusuan selama 2 tahun, maka buatlah pelaburan yang bijak... Namun semuanya bergantung pada budget juga kan....
No comments:
Post a Comment