Monday, 22 September 2014

3 GIGI SUSU TANGGAL BERTURUT-TURUT

gigi susu tanggal berturut




Minggu lepas, gigi susu anak saya; gigi kacip kedua bahagian bawah telah tanggal. 
2 hari selepas tu satu lagi gigi kacip kedua tertanggal. 
Dan 4 hari lepas tu, gigi tengah bahagian atas pula tanggal.
Dan kini gigi tengah atas yang satu lagi dah bergoyang.
3 gigi tanggal dengan berturut-turut. 
Ini buat saya risau sedikit, namun, lepas bertanya pendapat ibu-ibu lain dan pembacaan barulah saya paham keadaan sebenarnya.




Kebiasaannya, apabila kanak-kanak berusia 6 tahun, gigi kacip pertama bahagian bawah akan mula bergoyang.  Ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi.
Kenapa gigi kacip bawah yang mula bergoyang? Sebab selalunya gigi ini merupakan gigi yang first2 sekali keluar masa baby.
Memang agak normal jika gigi susu mula bergoyang biar apada usia lebih awal dari 7 tahun.
Dan agak normal juga, jika gigi susu tak tak tanggal sehingga anak berusia 7 - 8 tahun. Namun, adalah baik untuk buat pemeriksaan doktor gigi jika kelewatan ini berlaku.


Bilakah gigi susu perlu dicabut oleh doktor gigi?

Photo credit to: www.identalhub.com

1. Bila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu ( gigi bawah) atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu ( gigi atas) dan gigi susu belum tanggal lagi.

2. Bila gigi susu telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah di rawat beberapa kali oleh doktor gigi.

3. Bila gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya

4. Bila dah tiba masanya utk gigi itu tanggal tetapi tak tanggal-tanggal.Kerana biasanya bila gigi tu dah goyang sangat tetapi gigi kekal tak kelihatan bermakna gigi kekal ada di bawah gigi susu.

5. Jika takut utk cabut sendiri

Kesimpulannya, adalah normal apa yang anak saya lalui ini.
Satu petua yang saya dapat, apabila anak berumur 2 atau 3 tahun, ibu bapa boleh membawa anak untuk mendapat pemeriksaan gigi. Ini akan membuatkan anak kita tidak takut untuk buat pemeriksaan gigi apabila anak kita membesar mahupun telah dewasa.

Setakat ini saya blogging saya hari ni.
Jika anda ingin sebarang info dalam produk kesihatan Shaklee, sila:

 Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus…
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com

* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


No comments:

Post a Comment