Friday 20 September 2013

TESTIMONI MENINGKATKAN KESIHATAN BABY 1 TAHUN

Hello.. Hari ni saya ingin share cerita seorang kawan dan anaknya yang selalu sakit. Hingga kena admit berkali-kali. Ni sharingnya....



sharing: unt ibu2 yang ada anak kecil.
gambar di bawah adalah anak saya. afini husna....
Ramai yg kata skrg Afini berisi sihat... Alhamdulillah. makan apa??? Org tanya.
Hari ni nk bgtau apa yg saya bg mkn dan amal unt Afini husna..bg die sihat. Namun semua nya kerja Allah s.w.t.
 

Sejak dr 4 bln sehingga masuk setahun Afini kuar masuk wad..bronkitis. pantang ade cuti die bawa ibu tidur wad.... Sampai tahap telinga pun beberapa kali berlubang gegendangnya.
Akhirnya bile setahun lbh umur nya...ibu bercadang nk bg gak Nutriferon unt Afini. ..sbb dh xlrt asyik bg antibiotics je..bkn 3-5 hr tp sambg sampai seminggu. .
 

Ikhtiar cara lain..bg shaklee. .
 saya yakin Nutriferon bantu unt upkan sistem imun die lwn penyakit. .
 Omega bg hlg kahak..dan selesema cpt baik.. 
meal shake sbgi vit tambahan sbg pelengkap nutrisi.. sbb die kurg mkn.
 

Di samping itu. .atas nasihat kak Norita..saya amalkan .sedekah. asal nmpk je tabung derma akan Sedekah dgn niat Afini sembuh. .doa mmg xputus. Setiap vit die kalu smpt bc alfatihah kalo x selawat je.
Semenjak dr itu. ..Afini xyah p kuantan lg. ..dan semua tu amal hingga skrg. Nutriferon hanya bg jika die x sht sahaja....sekarang. Afini ssh unt dijangkiti selsema. . Kalo terkena dlm 3 hr dah baik. X sempat kene batuk....
Semoga jd panduan unt ibu yg mengalami masalah yg sama. .. abaikan harganya.
Anak lg berharga...
semoga segala usaha kita mendapat keberkatan dr Nya. amin


Itulah yang disharekan.. Supplement shaklee merupakan makanan tambahan yang membantu meningkatkan kesihatan seseorang. Supplement yang sesuai untuk kanak-kanak adalah seperti berikut...



 Adik Afini ambik Meal Shakes, Vitamin C, Nutriferon dan Omega....



Sekian saja untuk hari ni ya.. Jika anda dah lama runsing pasal keadaan anak2 anda, mari cuba ikthiar ni pula.. Nak info PM saya ya....
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 


* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Monday 9 September 2013

TIPS PEMAKANAN SIHAT SEMASA MENGANDUNG

Sumber makanan bayi yang membesar dalam kandungan hanyalah dari siibu. Semua nutrisi yang diperlukan akan diserap dari pemaknan siibu atau dari nutrisi simpanan siibu. Namun janganlah ingat anda perlu makan untuk 'dua orang'. Utamakan pemakanan yang seimbang dan bernutrisi agar kedua-dua anda dan bayi sentiasa sihat sepanjang kehamilan. (Saya petik ni dari positive parenting)

Tabiat #1: Amalkan pemakanan seimbang.
Seperti yang ditunjukkan pada Piramid Panduan Pemakanan, diet anda harus terdiri daripada makanan yang mengandungi karbohidrat, lebih buah-buahan dan sayur-sayuran, jumlah protein, susu dan produk tenusu yang sederhana, dan akhir sekali, lemak, minyak, gula dan garam yang minimum.

Tabiat #2: Pelbagaikan makanan anda.
Makanan yang berbeza memberikan gabungan nutrien yang berlainan (tenaga, karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan komponen makanan yang menyihatkan) dalam jumlah yang berbeza-beza. Makan makanan yang pelbagai bagi mendapatkan kebaikan daripada makanan yang berbeza.

Tabiat #3: Makan mengikut keperluan anda.
Perkembangan bayi dan juga perubahan pada tubuh menyebabkan penambahan keperluan tenaga harian anda. Jadi, adalah biasa sekiranya selera makan anda bertambah sedikit. Walaupun begitu, tubuh anda lebih cekap menggunakan apa yang telah dimakan dan ini menyebabkan ramai wanita mengalami peningkatan berat badan yang normal semasa hamil, tanpa perlu makan dengan banyak daripada biasa.

Tabiat #4: Makan dengan teratur.
Amalkan makan tiga sajian utama (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam) tiap-tiap hari. Sekiranya sajian utama anda kecil atau anda terasa lapar antara waktu makan, jangan raguragu untuk makan snek seperti susu atau dadih, biskut atau roti, mi atau buah-buahan di waktu pagi atau tengahari.

Tabiat #5: Pilih makanan yang kaya dengan vitamin & mineral.
Semasa hamil, anda memerlukan hampir kesemua vitamin dan mineral dengan jumlah yang lebih banyak. Kebanyakan peningkatan keperluan ini dapat dipenuhi dengan merancang dan mengamalkan diet yang berkhasiat. Anda seharusnya memilih makanan yang kaya dengan kalsium, zat besi, vitamin C, vitamin A, vitamin B12, dan folat (asid folik). Mikronutrien tersebut boleh didapati dalam makanan yang tersenarai dalam jadual di bawah dan juga makanan yang telah diproses, sekiranya tercatat pada label zat pemakanannya.

Tabiat #6: Jangan makan terlalu banyak atau terlalu sedikit.

Makan dengan terlalu banyak semasa hamil menyebabkan peningkatan berat badan yang keterlaluan. Anda juga tidak harus mengamalkan diet pengurangan berat badan kerana kedua-dua situasi ini boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan anda.

Tabiat #7: Imbangkan pengambilan tenaga dengan aktiviti fizikal.

Kehamilan merupakan peluang yang baik untuk anda mengamalkan kehidupan yang aktif. Sama ada berjalan, berenang, meregang badan ringan atau pun sebarang aktiviti fizikal ringan yang anda gemari, lakukannya untuk sekurang-kurang 30 minit sehari (dalam satu sesi atau 10 minit untuk setiap 3 sesi). Aktiviti ini membantu menggunakan tenaga daripada makanan dan memperbaiki penghadaman. Di samping itu, ia turut menyediakan tubuh anda untuk kelahiran dan kehamilan seterusnya.


Satu yang amat penting semasa mengandung adalah Vitamin. Selalunya doktor akan memberikan pil Asid Folic atau Obimin semasa mengandung.  Vitamin ini amat penting dan perlu diamalkan setiap hari. Namun, ada diantara ibu-ibu mengandung tidak serasi dengan pil yang diberikan. Sebab itu mereka beralih ke vitamin Shaklee. Dalam kes ini, saya sarankan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya..


SET KEHAMILAN PRODUK SHAKLEE ADALAH:-


set preggy shaklee


Vitalea Iron Formula - Multivitamin yang berasaskan Zat besi Vitamin dan mineral membantu memenuhi setor-setor nutrisi badan supaya anda dapat zat yang  mencukupi untuk anda dan bayi. Menyokong pelbagai fungsi dan proses untuk membolehkan bayi berkembang. Zat besi menyokong penambahan kandungan darah pada ibu dan bayi.

B Complex - Membekalkan asid folic kerana kekurangan asid folic boleh menyebabkan kecacatan bayi.

Vitamin C - Membantumembina placenta yang kuat, membantu penyerapan zat besi, membantu tubuh melawan jangkitan, menggalakkan pembentukan gusi, tulang, ligament dan gigi bayi.

Ostematrix - Membekalkan kalsium dan semua vitamin dan mineral yang diperlukan untuk membentukan tulang dan gigi. Dengan pengambilan supplement, ia membantu mencegah bayi dari 'mencuri' (demeneralisasi) kalsium ibu untuk memenuhi keperluan pembesarannya. Ini mengurangkan risiko siibu mempunyai tulang rapuh dikemudian hari. Juga membantu dalam masalah sembelit.

OmegaGuard - Minyak ikan yang mengandungi DHA membantu perkembangan otak dan mata bayi.

Sekiranya anda ingin meneruskan vitamin dari doktor, anda boleh teruskan pengambilan Ostematrix dan OmegaGuard sahaja. OmegaGuard hanya diambil pada trimester ke 2 dan 3.

Sekian saja untuk hari ni ya.. Nak info PM saya ya....

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 


* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 


Tuesday 3 September 2013

TAMBAH BERAT BADAN DALAM 10 HARI

Jika anda ingin meningkatkan berat badan anda, diingatkan ia adalah sama seperti mereka yang ingin menurunkan berat badan mereka; Perlu ada disiplin dan beberapa pengorbanan perlu dilakukan. Apatah lagi jika anda setkan nak tambah berat badan hanya dalam 10 sehari.
Bagi saya perkara ini agak mustahil... Namun setelah membaca artikel "How to gain weight in 10 days" dari livestrong.com, mungkin ia tidak mustahil...



STEP 1
Makan makanan yang padat dengan nutrien dan yang berkualiti tinggi.
Sangat-sangat disarankan memakan makanan yang rendah lemak tetapi tinggi dalam nutrien dan kalori, seperti kekacang, bijian, mentega kacang, buah-buahan kering, sayur-sayuran berkanji, telur, produk tenusu rendah lemak, bijirin dan sayuran kacang.
Makanan yang tinggi kalori, seperti burger, kentang goreng, kek keju, gula-gula, cincin bawang dan ais krim mungkin menarik perhatian anda, tetapi makanan ini tinggi dalam lemak dan gula mudah tepu, yang tidak baik untuk kesihatan anda.

STEP 2
Tingkatkan kalori harian anda. Kira berapa keperluan kalori harian anda dan tambahkan sebanyak 500 kalori lagi.

STEP 3
Tambahkan size hidangan makan dan makanlah beberapa kali dalam sehari. Makan setiap 2-3 jam agar kalori harian yang diperlukan dapat dipenuhi.Tambahkan portion makanan 2 kali ganda atau tambah sesuatu seperti buah-buahan atau 1 sudu peanut butter.
Satu contoh hidangan adalah: Brown Rice, satu mangkuk kecil sayur kacang, daging ayam bahagian dada yang dibakar dan sebiji apple. Hidangan makan perlu ada protin dan karbohidrat komplex.

STEP 4
Minum minuman yang mengandungi kalori yang sihat. Ambil jus semula jadi buah-buahan, susu, minuman bersukan dan nectars. Minum minuman ni dengan makanan dan diantara sarapan-makan tengahari dan pada masa minum petang. Ini untuk meningkatkan lagi kalori anda. Jauhkan diri dari soda, teh gula-manis dan minuman kopi berperisa, yang menyediakan banyak kalori tetapi nutrisi yang sedikit.

STEP 5
Bancuh minuman smoothies jika anda tidak mempunyai masa untuk makan. Smoothies adalah minuman yang dicampurkan dengan pelbagai jenis bahan. Dalam nak meningkatkan berat badan tambahkan bahan seperti yogurt, susu soya, almond butter, kekacang, serbuk protin, buah-buahan dan jus buah-buahan.
Satu contoh smoothie : 16oz susu soya berperisa coklat + serbuk protin + 1 scoop yogurt vanilla + 1 sudu almond butter + pisang + 3 ketul ais = memberikan smoothie dengan 750 kalori.

STEP 6
Makan sebelum tidur tapi pastikan ia adalah makanan yang sesuai ya. Contohnya: sanwic ayam + cheese atau campuran minuman protin powder + 1 sudu peanut butter.

STEP 7
Buat senaman yang mebina otot. Ini akan membantu anda menambah berat badan dari otot yang dibina. Bersenam juga boleh membantu meningkatkan selera makan seseorang.

Itulah beberapa perkara yang boleh membantu anda meningkatkan berat badan dengan cepat.
Jika anda tertanya-tanya apa itu serbuk protein, macam mana nak dapatkannya? Kami di Shaklee ada produk sebegini.. Seperti ESP - serbuk protin dari soya.... Meal Shakes - minuman yang kaya dengan vitamin dan mineral..

Seorang kawan saya telah menambahkan minuman Meal Shakes dalam menu harian beliau. Ini semua gara-gara nak habiskan Meal Shakes kerana Meal Shakes tu sebenarnya untuk meningkatkan kesihatan anaknya tetapi hanya perlu bagi sedikit sahaja setiap hari.. Jadi kawan saya tu pun tumpang minum sekali..

Tidak disangka kawan saya mendapat kesan yang sangat2 baik. Berat badan beliau meningkat 4kg dalam seminggu sahaja.

Ni perbualan kami...






 Tiga produk Shaklee yang sesuai dalam menambah berat badan...
Meal Shakes - minuman berkhasiat
ESP - Serbuk Protin
Performanc Drink - Minuman sukan

tambah berat badan


Sekian saja untuk hari ni ya.. Nak info PM saya ya....
 
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 


* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


Monday 2 September 2013

CoQ10: ENZIM UNTUK KESIHATAN JANTUNG

Apa yang menyebabkan jantung anda terus berdegup?

Didalam sel tubuh badan kita, terdapat satu enzim yang dipanggil "Coenzyme Q10" (CoQ10). Tubuh badan memerlukan enzim ini untuk membebaskan tenaga didalam sel agar sel boleh terus hidup. Tanpa CoQ10, sel akan mati.. kita akan...???

CoQ10 ini boleh diumpamakan seperti 'Spark plug" pada kereta. Spark plug bertindak untuk menukarkan petrol (yang baru naik 20sen hari ni), kepada tenaga agar kereta boleh bergerak.
Biar pun tank petrol kereta penuh, jika terdapat kerosakan pada spug plug, maka kereta tidak mampu bergerak.

Samalah dengan tubuh badan, jika kita kekurangan CoQ10 maka tubuh badan akan kekurangan tenaga untuk berjalan dengan lancar.


CoQ10 banyak memberi manfaat kepada kesihatan Jantung....

CoQ10 dan masalah jantung

Terdapat study yang menunjukkan  CoQ10 ni amat membantu pada beberapa masalah perihal kesihatan jantung terutamanya dalam kegagalan fungsi jantung (heart failure).
Dalam jantung terdapat banyak sel pembebas tenaga sebab itu CoQ10 banyak terdapat pada jantung. Seringkali mereka yang mempunyai masalah kegagalan jantung mempunyai level CoQ10 yang rendah. Jika mereka mengambil CoQ10, mereka selalunya merasa lebih bertenaga kerana jantung bertindak dengan lebih baik dan pengaliran darah lebih baik.

CoQ10 juga boleh membantu dalam mengurangkan kelikatan platelet pada darah. Platelet adalah sel-sel yang halus yang boleh membentuk 'blood clots' atau pembekuan darah. Jika platelet terus terkumpul menjadi bekuan darah, ia mungkin boleh menyebabkan sekatan aliran darah pada ateri. Ini lah yang menyebabkan terjadinya serangan jantung.

Selain dari kesihatan jantung, CoQ10 juga membantu dalam masalah:-
Akan saya terangkan di entry akan datang k....

1) CoQ dan Kolestrol
2) CoQ dan Parkinson
3) CoQ dan Masalah tekanan darah


Kami d Shaklee mempunyai satu produk yang membekalkan CoQ10.. iaitu  CoQHealth™ Plus..


CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari  semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin  E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul  bioketersediaan minyak kacang soya  bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.
 
CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,
   mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.


Sekian saja untuk hari ni ya.. Nak info PM saya ya....
 
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 


* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease