Thursday 31 January 2013

DAUN KUCAI: PETUA MENINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK???

Hi  kawan-kawan... Beberapa hari lepas saya terbaca satu petua meningkatkan selera makan anak. Petua ni dikongsikan oleh seorang ibu Comel di group kegemaran saya MT..... Ni perkonsian ibu comel.....

Sblm ni kan ank sy (2yr 4mths) mmg tersangatlah susah utk di bagi makan. sy kena paksa dia mkn specially nasi. Biasa mkn sesuap dua tu nasi trs dia x mau mkn. Klu sy pksa jg, dia akn kasi kluar balik. Bukan muntah tp ludah keluar. Ank sy makin hari makin kurus ni. Balik2 buang angin sbb perut kosong. Bygkan la berat dia cuma 9kg sj.
 
So satu mlm sy search google "petua anak tiada selera makan" n mmg mlm tu sy kira mlm rahmat utk sy la. Sy jmpa beberapa blog yg kongsi petua sama. X puas ati dgn blog, sy check wikipedia sbb sy mst mau tau apa fungsi tu brg kan. Bnda yg sy mksdkan tu actually sejenis sayuran jg. Daun kucai. Biasa kita campur d char kuey tiaw.
 
Caranya mcm ni:

- Ambil segenggam daun kucai dan cuci hingga bersih.
- Patah2kan smpi panjang agak2 jari kita
- Rendam d air suam2, separuh baldi yg kecil jak.
- Bila ank mandi ptg, lbh kurg senja2 la gitu mcm jam 6-7pm gitu kan, lps sabun n mandi bersih, mandikan ank dengan air yg drendam dgn daun kucai td.
- Tuangkan sehingga 3-4 sedok air bersama-sama daun tersebut.
- Urut-urutkan dada n blkg dada ank.
- Bersihkan la daun2 d bdn ank.
- Tidak perlu lg dibilas dengan air biasa.

Menurut blog tu, buat smpi 3x n slps tu selera ank makin btambah.
 
Sy sdh cuba, 3x  mmg nmpk btul la. Td ptg pun sy bg mkn ank sy, mmg sgt bnyk la dia mkn. Td tghari pun bnyk dia mkn. X smpi 2jam sy bg dia mkn fries pun d mkn smua. Lps tu mkn eskrim lg. Lps mkn eskrim, minta susu lg. 

Oh ya sblm sy lupa, msa sy cek wiki tu, dia ada bgtau yg daun kucai yg mgandungi vitamin2 yg sgt tgi n bfungsi utk menambah selera mkn. Jd mgkali btul la tu. Jd klu ada moms yg ada mslh mcm sy, cuba sj la petua ni. Mna tau bkesan btul2 kan. Kmu bole jg tu search info d google k utk kepastian. 


Sharing adalah dari seorang mum dari Sabah ya.. (Mom kalau ko terbaca ni: "Thank you Pren"

 Diharap para pembaca faham apa yang ditulis. Bahasa Sabah tu... Boleh ba kan???? Kalau tak paham, tanya je kat bahagian komen tu ya....

Apa itu kucai??? Ini rupanya:


 Penerangan Tentang Kucai dalam Wiki:

 Kucai adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas, ia sesuai untuk dijadi hiasan di tepi pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

Itulah petuanya.... Bolehlah cuba kalau nak ya...

Kami di Shaklee pula ada produk yang amat popular dalam meningkatkan selera makan anak..Dalam blog saya ni pun saya dah share dah... Produk ni adalah MEALSHAKES.. Ia bukanlah produk daun kucai ya, ia sejenis multivitaim yang juga kaya dengan fiber, kalsium dan protin... Ni rupanya:




 Produk ini boleh diberikan pada anak 1 tahun keatas, pada sukatan pemberian yang bersesuaian ya...
Nak tahu apa kaitan multivitamin dalam meningkatkan selera makan.....  KLIK DISINI JE





Sekian sahaja untuk hari ni.. Semoga diberkati selalu dan Salam Mesra.....

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


Wednesday 30 January 2013

KATAKAN 'YES!!!' PADA PENYUSUAN SUSUIBU

Jika anda kini mengandung atau tengah cuba-cuba mengandung, cuba luangkan sedikit masa untuk berfikir dan mengetahui jika anda ingin menyusukan anak anda bila lahir nanti... Keputusan ini amat penting kerana ia mungkin akan menjadi faktor terbesar yang akan mendorong anda untuk menjayakan penyusuan susu ibu anda nanti....



KENAPA NAK KATA "YES!!!" ?

Susu ibu adalah makanan yang sempurna bagi  baby anda. Ia membekalkan tenaga dan nutrien dalam kadar yang tepat untuk bayi yang sedang membesar. Jika baby anda menerima susu ibu yang mencukupi, baby tidak memerlukan makanan tambahan (ataupun air) sehingga berumur 6 bulan, apabila baby sudah bersedia mengambil makanan pejal. Namun adalah baik jika dapat teruskan pemberian susu ibu sehingga baby berumur 2 tahun. Susu ibu adalah makanan asas yang terbaik untuk bayi anda.

Antara Kebaikan Penyusuan Ibu

Untuk Baby
  • Susu ibu membekalkan bayi dengan tenaga, lemak, karbohidrat, protein, vitamin & mineral yang diperlukan sehingga dia diberikan makanan pejal.

  • Kolostrum, susu kekuningan yang dihasilkan pada permulaan penyusuan, adalah kaya dengan antibodi yang boleh melindungi bayi anda daripada dijangkiti penyakit.

  • Susu ibu juga mengandungi sel limfosit dan makrofaj yang mencegah pertumbuhan bakteria, serta bifidus untuk mengekalkan persekitaran sihat dalam usus bayi.

  • Asid lemak dalam susu ibu adalah penting untuk pertumbuhan mental dan sistem saraf bayi.
Untuk Ibu
  • Anda boleh menggunakan sebanyak 500 kalori dalam sehari. Ini membantu anda mengurangkan berat badan berlebihan selepas bersalin.

  • Penyusuan ibu juga dapat membantu mengecutkan rahim anda supaya kembali pada saiz yang biasa.
Untuk anda dan bayi anda
  • Penyusuan membolehkan bayi anda merasakan keselesaan tubuh badan anda. Bagi anda, ini adalah masa yang tepat untuk menikmati kemesraan antara anda dengan bayi anda. Semasa menyusukan baby, usaplah baby dan bercakap kepadanya dengan nada yang perlahan dan lembut. Ini akan merupakan pengalaman yang istimewa yang boleh menjalinkan hubungan antara ibu dan bayi selamanya.

Jadi???   Katalah "YES!!!!"

Tahniah jika telah memutuskan untuk menyusukan bayi anda. Sekarang adalah masanya untuk anda mengetahui tentang penyusuan susu ibu dan membuat perancangan yang diperlukan.

Amat penting untuk mengetahui kesemua perkara mengenai penyusuan susu ibu ni. Mula-mula sekali baca ni.....

Jelaskan fikiran anda
Penyusuan susu ibu lebih kepada psikologi berbanding fizikal. Ini adalah beberapa tip persediaan yang dapat membantu anda:
  • Mengambil satu sikap yang positif serta yakin bahawa anda boleh dan akan berjaya.

  • Rancang tempoh anda akan menyusukan bayi anda. sebulan, 6 bulan atau 2 tahun???

  • Berbincang dengan suami anda dan jika boleh, cuba hadiri ceramah antenatal di mana cara penyusuan susu ibu akan diterangkan. Kalau boleh pergi dengan suami, lagi best..
  • Pastikan anda dikelilingi dengan orang yang menyokong anda. Jangan berasa tawar hati dengan komen-komen yang negatif dari individu yang mungkin salah faham atau mempunyai tanggapan yang tidak benar mengenai penyusuan susu ibu.
Membuat perancangan
Maklumkan suami atau ahli keluarga mengenai keputusan anda untuk menyusukan bayi anda:
  • Pastikan mereka diberitahu supaya tidak memberikan air atau susu formula kepada bayi anda melainkan terdapat keperluan dari segi perubatan.

  • Bayi anda tidak diberikan puting kosong kerana mungkin baby akan keliru dan tidak mahu menyusu ibu lagi.
Pastikan anda memaklumkan petugas kesihatan anda supaya:
  • Mereka tahu bahawa anda akan menyusukan bayi anda secepat mungkin setelah melahirkan bayi anda.

  • Pihak hospital menempatkan bayi anda bersama anda untuk memudahkan anda menyusukan bayi ketika bayi lapar.
Untuk maklumat lanjut
  • Berbincang dengan doktor anda mengenai penyusuan susu ibu.

  • Berbual dengan ibu-ibu yang telah berjaya menyusukan anak-anak mereka.

  • Berbincang dengan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu atau pakar penyusuan.

  • Baca mengenai penyusuan susu ibu. 

Semoga anda terus katakan YES!!! YES!!! YES!!!!...
Jika anda mencari supplement utnuk menyokong sepanjang perjalanan penyusuan anda, boleh pilih Supplement Shaklee, Selamat untuk baby dan ibu.....




Jangan malu  Contact saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Monday 28 January 2013

SAKIT LUTUT BERKURANG: TESTIMONI AHLI SUKAN

Hello... Malam tadi dapat berita yang sangat-sangat mengembirakan.. Akhirnya terbukti Joint Health Tablet (JHT) tu membantu sangat-sangat.... 

JHT tu kan mula dijual di Malaysia pada bulan Jun 2012... Saya memang terus perkenalkan JHT pada seorang olahragawati ni.. 

Meh saya intro ahli sukan ni.. Umur beliau lewat 40an - awal 50an... Tapi fit bukan main gila.. Beliau ni wakil negara (bahagian kementerian kesihatan), bahagian Veteran lah... Memang 100m Beliau dah pecah rekod lah...

Tahun lepas saya telah perkenalkan JHT pada Beliau. Bila saya tanya pasal keadaan lututnya, jawapnya, 

"Bukan saya saja yang sakit lutut ni, semua kawan-kawan saya yang bersukan pun sama. Sudah banyak jenis ubat sakit lutut kami cuba, tiada perubahan pun. Harga memang cecah ratus"....
Saya tanya lagi, ye ke?? mungkin tiada Glucosomine...
Beliau kata, smuanya ada...
Bila saya promo JHT, Beliau kata tunggulah sampai habis supplemen yang ada ni....

Lepas produk tu habis, Beliau belilah JHT.. 
Pada bulan pertama, katanya, sakit tu memang berkurang tapi bulan ni tiada pertandingan sukan. Jadi training pun releks je.. Tunggulah bila saya hard training nanti.
Lepas sebotol habis, Beliau beli lagi 1 botol.. Tapi kali ni Beliau kurangkan dosage ke 1 bj sehari saja...

Malam tadi Beliau bagitahu ni....






Beliau sms saya pula camni:

Saya pun Hairan.. 2 hari lepas memang rasa sakit sikit tapi tidak macam dulu.. Kalau dulu, jika hard training waktu pagi, petang tu mesti sakit. Naik turun tangga mesti terkempang-kempang. Kemarin tidak macam tu. turun naik tangga masih ok.. Tapi saya mo lihat hingga keesokan hari pula.. Hari ni ok saja....

Punyalah senang hati saya bila baca kata-kata Beliau... Yang bestnya olahragawan tu.. bangga saya sikit...

Ok2, apa2 pun saya bersyukur semuanya kehendak Tuhan dan Shaklee yang patut dipuji...

Apa ada dalam JHT ni???? Meh I share sikit..



JHT dirumus khas secara saintifik dan terbukti secara klinikal dapat membantu dalam:
- menggalakkan mobiliti
- Meningkatkan fleksibiliti
- Menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang

Ingridient Utama adalah:

1) Ekstrak Boswellia - menyokong kesihatan fungsi sendi dengan mengurangkan chemical yang menyerang cartilage, yang memyebabkan ketidakselesaan sendi

2) Ekstrak Jagung membekalkan Glucosomine, sejenis amino yang membantu pembentukan cartilage dan cecair pada sendi. 

3) Vitamin C - membantu dalam sintesis pembentukan kolagen

4) Zink, Kuprum dan Mangganes - Mineral yang diperlukan untuk pembinaan tisu penghubung

 
Untuk bulan Januari 2013 ni, Kami ada Promosi hebat ya... So, Grab it now, tinggal 3 hr saja lagi...

 
  Nak cuba?? Contact saya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease



Friday 25 January 2013

SAKIT BELAKANG MASA MENGANDUNG

Sebelum saya berkawin dulu, saya telah menyertai gym.. tujuannya agar saya jadi fit dan nak buang lemak badan he he he.. Di gym tersebut, saya telah berkenalan dengan seorang trainer, saya selalu minta tips darinya.. Tapi satu tips yang amat berharga, katanya, "Selain dari mendapat body cantik, anda perlu kuatkan otot dan tulang belakang anda. Lepas kawin mesti nak mengandung, masa mengandung pun kalau boleh buat senaman"

Memang betul katanya itu, semasa kita mengandung badan mengalami banyak perubahan. Ramai yang mengadu sakit belakang atau pinggang....

Sebenarnya sakit pinggang atau belakang  semasa hamil ni berlaku kerana beberapa sebab
  • Perubahan postur badan
  • Perubahan pada taburan berat badan
  • Perubahan hormon yang menyebabkan tisu penyambung meregang
  • Keletihan otot-otot.
Selain dari diatas, pernah saya baca artikel menerangkan kekurangan kalsium mungkin menjadi sebab kenapa sakit belakang atau krem pada kaki (tidak kira mengandung atau tidak). Seorang ibu mengandung perlu mendapatkan kalsium sebanyak 1000mg. Ia bertujuan untuk menganti kalsium yang diserap dari tulang dan gigi siibu untuk pembinaan tulang bayi dalam kandungan.

Menurut majalah positive Parenting, postur semasa berdiri, duduk dan tidur penting untuk menggurangkan sakit belakang ini. Dibawa ini adalah gambar menunjukkan cara postur yang betul dan salah ya...






  Selain dari itu, Senaman juga membantu!
  • Bersenamlah selama sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dan badan anda akan sihat serta bertenaga. Dapatkan nasihat doktor sebelum bermula.

  • Berenang pada kelajuan yang sesuai dengan anda.

  • Berjalan atau berbasikal pada kelajuan yang sesuai dengan keselesaan anda. Pastikan anda dapat bernafas dan bercakap dengan selesa.

  • Lakukanlah senaman ringan seperti senaman regangan otot untuk membina keanjalan otot.

  • Lakukan senaman untuk membina kekuatan dan tona otot. Senaman seperti kegel, body weight amat digalakkan.. Apa2 pun pastikan tidak terlalu berat ya..

 Berbalik pada kekurangan kalsium tadi, untuk memenuhi keperluan 1000mg kalsium, perlulah memakan makanan yang mengandungi kalsium.. seperti contoh:

3-4 sajian sehari

  • susu (1 sajian = 1 cawan)
  • telur (1 sajian = 1 telur besar)
  • yogurt (1 sajian = 1cawan)
  • pasteurized cheese (1 serving = lebih kurang 1.5 ounces)
  • tofu (1 sajian = ½ cawan)
  • kacang putih (1 sajian = lbh krg ½ cup)
  • almond (1 sajian = lbh krg ⅓ cup)
  • salmon (1 sajian = lbh krg 3 ounces)
  • cabbage (1 sajian = lbh krg 1 cup)
Namun sekiranya anda memilih supplement untuk memenuhi keperluan ini, boleh beri pertimbangan pada supplement Shaklee: OSTEMATRIX dan ESP...


   **selitkan testimoni sikit ya.... Klik untuk besarkan imej


Sebiji Ostematrix membekalkan 250mg kalsium.
Sesudu ESP membekalkan 167mg kalsium.

Dua makanan tambahan ni mempunyai banyak manfaat, bukan sekadar membekalkan kalsium ya.. Jika anda ingin mengetahui lebih detail PM me.....

Salam Mesra ya....


Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com


**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Thursday 24 January 2013

IMPIAN KU YANG UNIK

He he he.. Jika anda buka entry ni pasti sebab tertanya-tanya pasal tajuk diatas kan.... selalunya tulis pasal info kesihatan.. hari ni pelik pula....

Pernah sekali seorang lelaki cakap pada saya, kamu ni 'dreamer' lah... Memang pun saya ni suka bermimpi, inginkan ini itu. Namun terdapat dua impian yang tidak mungkin saya dapat capai (sebab alasan dah jadi housewife) sehinggalah saya berbisnes Shaklee.. Dua ni adalah :-

Saya ingin kelihan muda, bukan sahaja dari segi kulit tapi keseluruhannya...
dan sudah tentu nak income 5 angka sebulan....



HAhahaha... Cerita mahu nampak muda ni bermula apabila saya mengenali seseorang ni, iaitu ibu pada suami saya.. he he he... Beliau sangat awet muda.. Ramai yang berkata beliau nampak macam 30an, sedangkan beliau dah berumur 50an... Hebatkan....

Saya bukanlah jeles tapi saya ingin jadi macam dia... Sebab risau juga satu hari nanti bila saya dan suami saya dah berumur, saya nampak lebih tua dari suami.. Dah lah dari dulu, orang selalu cakap saya nampak lebih tua dari umur saya...

Apa yang saya boleh buatkan.. mana boleh pusing jam jadi muda je... apa lagi bila dah berhenti kerja, muka makin tak terjaga, muka saya jenis kering nampak penat sahaja... Saya cuba guna skin care tapi takde lah nampak berkesan sangat..

Jadi satu cara saja yang boleh saya buat, makan supplement... he he he Apa yang saya pahami, supplement membantu dan boleh bertindak sebagai anti penuaan... Vitamin seperti A, C dan E, kolagen, protin adalah yang terbaik untuk kecantikan kulit... Bukan ini sahaja, ia juga membantu meningkatkan tahap kesihatan.. Wow... hebatkan....

Sebab inilah saya berkecimpung dalam dunia Shaklee ini... menjadi pengamal tegar Shaklee, simply kerana saya nampak hasilnya pada diri saya sendiri....  Muka makin berseri, pigmen jadi cerah sikit tapi masih adalah, garis halus di kulit berkurang, tahap kesihatan meningkat, hidup lebih ceria dan paling penting ada income setiap bulan...
Berdouble-double prosperitynya ...

Income setiap bulan??? Yes!!! Betul saya tak tipu... Ramai yang buat bisnes Shaklee ni dah cecah income 5 angka sebulan..Tapi nak sampai ke tahap 5 angka tu bukan semudah, bukan sekadar bermimpi.. Usaha memanglah tangga kejayaan... Kena terus dan terus mencuba tanpa putus asa... Mungkin saya terpaksa korbankan kelesaan hidup seperti terpaksa bangun awal pagi setiap hari untuk buat blog, tapi ia berbaloi sangat....

Jika anda mempunyai impian macam saya, cuba bisnes ni sambil2 makan vitamin untuk kesihatan anda... Mudah saja, Shaklee ni dah terkenal dengan keberkesanannya, maka senang nak promote...




Ini sahaja untuk hari ni, Salam Mesra dan senyum selalu... dan thank u sebab sudi membaca entry ni he he...
 
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com


**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 






Tuesday 22 January 2013

MENYUSUKAN BAYI DENGAN SELAMAT

Hello,  Isu baby tercekik semasa menyusu mungkin isu lama tapi saya masih ingin kongsikan cara-cara dan tips2 menyusukan baby dengan selamat. Ini terutamanya bila menyusukan baby secara berbaring... Sememangnya car ni memang paling selesa dan senang, khasnya pada waktu malam, namun pastikan semuanya selamat ya.. Mari teruskan membaca.. Info sangat berguna ya moms...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menyusukan Bayi dengan Selamat
Ibu bapa, terutamanya ibu-ibu, harus sedar akan aspek keselamatan dan langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu diamalkan ketika menyusu.
Oleh Dr Gan Yoke Cheng, Pakar Pediatrik dan Penasihat Penyusuan

Penyusuan susu ibu adalah salah satu pengalaman yang penuh dengan kasih sayang dan mengeratkan keintiman di antara anda dengan bayi. Anda juga disyorkan untuk menyusu bayi anda secara eksklusif bagi 6 bulan pertama hidupnya dan seterusnya, jika boleh. Selain itu, posisi dan aspek keselamatan semasa penyusuan adalah penting. Terutamanya, setelah berlaku beberapa kes kematian bayi semasa penyusuan.

Kes 1

Bayi berusia dua bulan tercekik mati semasa menyusu susu ibu. Bayi tersebut mengalami pneumonia pengaspiratan yang menyebabkan peparunya dipenuhi dengan cecair. Akibatnya, bayi mengalami kesukaran untuk memuntahkan susu yang berlebihan kerana dia berbaring di atas katil ibu bapanya dengan mukanya menghadap ke atas.
*New Straits Times, 11hb Jun, 2007.

Kes 2

Seorang bayi berusia sebulan telah ditemui mati selepas ibunya tertidur sambil menyusukannya di rumah. Ibu tersebut bangun pada waktu pagi dan mendapati anaknya telah mati dengan mulut berbuih.
*New Straits Times, 31hb Mac, 2012.




Posisi berbaring adalah sangat baik untuk ibu-ibu yang menjalani pembedahan Caesarean atau jika bahagian bawah mereka berasa sakit selepas kelahiran. Permintaan untuk penyusuan juga menjadi lebih mudah kerana ibu dapat berehat atau tidur ketika menyusu. Walaupun tidur bersama dan menyusu dengan berbaring mungkin menyebabkan bayi anda tercekik atau sesak nafas; jika ia dilakukan dengan betul, masalah seperti kes-kes di atas tidak akan berlaku.


Berikut adalah beberapa langkah yang boleh membantu anda untuk menyusu bayi anda dengan berbaring.

  • Untuk keselesaan. Pastikan anda menumpukan berat badan anda pada bantal supaya tidak menyebabkan ketegangan pada bahagian pinggul dan tulang belakang bawah anda.

  • Letakkan bayi anda pada sebelah yang menghadap anda dengan puting anda selaras dengan hidungnya. Jika anda menyusu dari payudara kanan, anda harus berbaring di sebelah kanan anda.

  • Dengan menggunakan tangan anda yang bebas, gerakkan payudara anda ke dalam mulut bayi anda. Apabila bayi anda telah mula menghisap, anda boleh menolak bahu bayi anda menghala ke arah anda.

  • Elakkan dari melentur leher bayi anda terlalu jauh ke belakang kerana ini akan menyukarkannya untuk menelan.

  • Anda boleh sama ada meletakkan lengan di bawah kepala bayi anda atau meletakkan kepala bayi anda pada katil dengan tangan anda bebas. Pilih mana-mana posisi yang lebih selesa untuk anda.

  • Sentiasa pastikan bayi anda bebas untuk gerakkan kepalanya supaya dia dapat bebaskan diri jika dia mengalami kesukaran untuk bernafas atas apa-apa sebab.

  • Apabila bayi anda telah habis menghisap payudara pertama golekkan diri anda dan bayi anda ke sisi yang satu lagi atau hanya bersandar supaya bayi anda boleh melekap payudara yang satu lagi sambil dalam posisi penyusuan yang sama.

  • Sendawakan bayi anda selepas menyusu. Untuk melakukan ini, biarkan bayi anda duduk atau pegang bayi pada bahu anda dan menggosok atau menepuk belakang bayi anda dengan perlahan. Bukan semua bayi akan sendawa; jadi jika anda tidak mendengar bunyi 'buurp!', jangan risau.

Nota: Sesetengah ibu mungkin berasa lebih mudah bagi bayi melekap dahulu dan kemudian berbaring dengan perlahan-lahan.

Tip-tip penting

  • Sentiasa pastikan bayi tidur berbaring untuk mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mendadak.
  • Jangan sekali-kali tidur dengan bayi anda di atas sofa atau di ruang yang sempit.
  • Pastikan papan kepala dan kaki katil tidak mempunyai lubang atau potongan yang boleh memerangkap kepala bayi anda.
  • Pastikan tilam adalah padan dengan bingkai katil supaya bayi anda tidak terperangkap.
  • Kurangkan peralatan di tempat tidur dan elakkan bantal dan selimut yang besar dan gebu.
  • Pastikan kepala bayi anda tidak ditutupi oleh mana-mana peralatan tempat tidur.
  • Adik-beradik yang lebih tua tidak harus berkongsi katil dengan ibu yang menyusu dan bayi kerana ia merbahaya bagi bayi anda.
  • Bayi harus diletakkan di sebelah ibu, dan bukannya di antara ibu dan ayah.
  • Jika anda mempunyai rambut yang panjang, pastikan ia diikat semasa anda tidur untuk mengelakkan sebarang kejadian tercekik yang tidak sengaja.

Ia adalah sangat penting anda TIDAK mengambil sebarang ubat, alkohol, atau bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan anda pening-pening atau kurang responsif kepada bayi anda (seperti ubat batuk waktu malam atau alat bantu tidur). Jika anda perlukan bahan-bahan ini, pastikan ada orang lain yang boleh menjaga bayi anda.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya ambil kesempatan untuk mempromosi Set Penyusuan Shaklee.. biarpun untuk meningkatkan nutirisi susuibu atau anda mempunyai masalah kurang susu..

 Apa Fungsi Vitamin bagi Ibu Menyusu?

Vitamin hanya membantu ibu kekal sihat, bertenaga, aktif, mood yang sihat, bebas dari sebarang tekanan. Vitamin ini secara langsung memperkayakan nutrisi yang terdapat dalam susuibu. Bila ibu sihat dan bebas dari tekanan maka secara langsung membantu menjayakan penyusuan.


KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI SET BREASTFEEDING YANG SESUAI UNTUK ANDA..




Salam Mesra dan senyum selalu...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com


**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Friday 18 January 2013

ESP SHAKLEE - Keunikannya tertulis pada namanya sendiri

Hmmmm... ESP SHAKLEE;   Energizing Soy Protein... Apa yang unik sangat?? setakat susu soya??




Iya, apa uniknya ESP Shaklee hingga ramai yang mencari-cari.. Bila promosi bulanan adalah ESP, semua orang terkejar nak order sampai habis stok seluruh Malaysia...

Bagi saya apa yang uniknya ESP Shaklee tertulis pada namanya sendiri...

Energizing....
ESP Shaklee merupakan antara minuman kesihatan yang mempunyai keupayaan dalam membantu kita rasa bertenaga selama berjam-jam. Ini telah dikaji dan ia dikaitkan dengan tindak balas glycemik ESP itu sendiri.

Indeks Glisemik ditentukan berdasarkan impak terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi. Indeks Glisemik yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem tubuh badan.

Terdapat beberapa jenis makanan dimana lepas kita makan, kita rasa letih dan mengantuk. Ini adalah kerana pemecahan karbohidrat dan pembebasan gula pada badan berlaku dengan cepat. Tetapi ESP tidak begitu. Ia tergolong dalam Indeks Glisemik yang rendah. Ini bermaksud pemecahan karbohidrat berlaku dengan perlahan dan paras gula dalam badan tidak mendadak. Ia dilepaskan secara perlahan menjadikan kita rasa bertenaga pada jangka masa yang lebih lama.

Soy...
Kacang soya itu sendirinya sangat unik. Ia sering dikatakan berbeza daripada makanan tumbuhan lain. Ini adalah kerana kandungan proteinnya yang berkualiti tinggi, kaya dengan serat dan isoflavon.
Isoflavon adalah kompaun sebatian tumbuh-tumbuhan yang hadir dengan banyaknya pada kacang soya.

Menurut pembacaan dari beberapa artikel, Isoflavon dihasilkan oleh soya untuk menangani kesan-kesan serangga, penyakit dan untuk mengharungi cuaca kemarau.
Dari segi kesihatan tubuh badan pula, isoflovan dikatakan membantu dalam banyak perkara termasuklah:

perlindungan dari kanser, menangani ketidakselesaan menopos, menurunkan kolesterol, mencantikkan kulit dan banyak lagi.
 

Protein....
Kacang soya telah dianggap oleh banyak agensi sebagai sumber protin lengkap. Protin yang lengkap bermaksud ia mengandungi sejumlah besar semua asid amino penting yang mesti dibekalkan pada tubuh manusia kerana tubuh badan tidak berupaya untuk mensintesis atau menghasilkan asid ini. Kacang soya mengandungi 9 jenis asid amino. Sebab inilah, kacang soya adalah sumber protein yang baik berbanding dengan sumber lain.

Oleh kerana ini, produk protein soya menjadi pengganti terbaik bagi mereka yang kurang atau tidak makan daging dari produk haiwan. Ia juga rendah dalam lemak terutamanya lemak tepu, rendah glisemik, membuatkan rasa kenyang...... pasti membantu dalam penjagaan berat badan...


SHAKLEE...
Sebab paling penting kenapa ESP Shaklee ni unik adalah jenama SHAKLEE... Shaklee memegang konsep 'produk semulajadi (natural)'. Ini bermaksud produk shaklee dihasilkan dengan pemprosesan yang seminima. Ini membolehkan kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang hampir sama dengan keadaan alam semulajadi sebelum ianya diproses.

Atas konsep inilah kacang soya produk shaklee tidak menggunakan GMO (satu proses mengubah ginetik tumbuhan) dalam proses penanaman. Kacang soya diproses dengan air, bukannya alkhohol kerana ini akan memusnahkan nutrien soya. Ia juga diproses pada suhu dan tekanan yang sesuai ( bukan tinggi ya) agar semua nutrien terpelihara.. - Sebab inilah saya sering nasihatkan agar jangan campur ESP dengan air panas -


Memandangkan segala sesuatu dalam tubuh badan kita memerlukan protin, baik organ2, hormon, darah, pembinaan otot, pembentukan sel, penghasilan susu ibu dlll, maka keunikan ESP menjadikan ia pilihan ramai... Sebab keunikannya lah yang membolehkan ESP senang dihadam dan disalurkan kepada semua bahagian tubuh badan termasuklah kulit kita. Tidak hairanlah kenapa banyak kesan positif yang dirasaii oleh pengamal ESP Shaklee, ini termasuklah lebih bertenaga, berat badan terkawal, kulit makin cantik, kesan parut makin kurang, susuibu cepat terhasil, dan banyak lagi..


Mari rasaii keunikan ESP Shaklee ni, contact saya ya....

Salam Mesra dan senyum selalu...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com


**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 




Thursday 17 January 2013

CHEWABLE VITA-C PLUS... untuk seisi keluarga

Peminat Shaklee pasti tahu tentang ketiadaan stok Vitamin C 500mg... Stok kini dijangka akan tiba pada bulan April.. Namun jangan susah.. ada penggantinya.. Beberapa hari lagi stok Chewable Vitamin C 100mg dari Shaklee akan tiba... Ini pun Vitamin C juga tapi kandungan vitamin C pada setiap biji adalah 100mg. Meh saya jelaskan sikit pasal Vitamin C ni...

Tubuh badan kita memang berupaya untuk membuat banyak perkara, tetapi salah satu yang tidak dapat dibuat adalah membina mahupun menyimpan vitamin C dalam badan.Oleh sebab itu kita sering disarankan untuk makan banyak buah-buahan untuk mendapat keperluan vitamin C ini.. Tapi adakalanya ada antara kita yang sukar untuk makan banyak buah.. apalagi budak-budak.... Lagipula ada buah-buahan yang kita makan, telah lama disimpan dan mungkin kandungan vitamin C nya telah berkurangan atau musnah apabila terdedah kepada kepanasan...

Jadi, saya mengambil cara mudah... iaitu memakan supplemen vitamin C setiap hari....



Chewable Vita-C Plus 100 mg

Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi.

Chewable Vita-C Plus membekalkan 100mg vitamin C yang ditambah dengan rose hips dan bioflavonoids complex. Rose hips dan bioflavonoids ni membantu meningkatkan lagi fungsi vitamin c apabila masuk kedalam tubuh badan kita.


Ia mempunyai rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren. Ia sangat ideal untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.

Dengan mengunyah Vita-C PLus, air liur akan membantu dalam pemecahan vitamin C, membuatkannya sedia untuk diserap apabila ia disalur ke usus kecil kita. Dan sudah pasti, pengambilan beberakali sehari akan membantu memastikan penyerapan lebih efektif berbanding jika kita makan beberapa biji sekali gus.. Ingat Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui air kencing....


Produk ini juga tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. Membuatkannya sentiasa selamat dimakan ya....

Jadi peminat Vitamin C Shaklee, jangan risau dengan ketiadaan Sustained release vitamin c 500mg... Chewable Vitamin C plus ni sama saja kandungan vitamin C tu.. Cuma sustanained release vitamin C 500mg tu ada keupayaan untuk melepaskan 100mg pada setiap jam, sehingga 5 jam....
Jadi kita cuma perlu tahu cara makan chewable vitamin c ni saja ya....


Inginkan sebotol Vita - C plus? Contact saya ya.....


Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com


**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 






Wednesday 16 January 2013

BAGAIMANA NAK SELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA KESEORANGAN

Seorang kawan telah mengalami serangan sakit jantung semasa beliau memandu.. Jika keadaan sebegini berlaku pada kita, apa yang harus kita buat? Jangan pandang remeh pada entry ini, teruskan membaca.. sekadar untuk menambah info.. Manalah tahu satu hari kita atau kawan kita kena serangan jantung...

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------

BAGAIMANA NAK SELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA KESEORANGAN
 
Sumber:  I like to join daily health tips for keeping us fit & healthy




Cuba bayangkan, pada pukul 06:15 petang, anda sedang memandu, nak pulang rumah dari ofis (seorang diri je dalam kereta)..
 
... Stress betul kat ofis tadi, terdapat masalah yang sukar di selesaikan. Anda benar-benar letih, marah dan kecewa. Tiba-tiba anda mula mengalami kesakitan teruk di bahagian dada anda, dan kesakitan mula mengheret ke bahagian lengan sehingga ke dalam rahang anda. Lokasi anda hanya kira-kira lapan kilometer (8km) dari hospital yang terdekat. Malangnya anda tidak tahu jika anda sempat untuk sampai ke hospital tersebut. Anda telah dilatih dalam CPR, tetapi anda tidak diajar bagaimana untuk melakukan CPR pada diri sendiri ..!



BAGAIMANA NAK SELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA KESEORANGAN ..


Ramai orang yang keseorangan tanpa bantuan apabila mereka mengalami serangan jantung.
Apabila seseorang mengalami serangan jantung, (jantung tidak berdegup dengan normal) dan mula berasa lemah, mangsa tersebut hanya mempunyai hanya kira-kira 10 saat sebelum keadaan menjadi lebih teruk, iaitu kehilangan kesedaran atau pengsan.

Walau bagaimanapun, pada keadaan ini, mangsa boleh membantu diri sendiri dengan batuk berkali-kali dengan sangat kuat dan gigih. Cuba menarik nafas dengan sedalam-dalamnya sebelum setiap batuk. Batuk mestilah mendalam dan berpanjangan seperti apabila kita mengeluarkan kahak dari jauh dalam dada.

Setiap penarikan nafas dan batuk perlu diulangi setiap dua saat (lebih kurang) tanpa berhenti sehinggalah bantuan tiba, atau sehingga jantung dirasai berdegup dengan normal semula.
Menarik nafas dengan mendalam membolehkan oksigen disalurkan ke dalam paru-paru. Batuk pula menyebabkan tekanan memerah pada jantung dan ini membantu melancarkan peredaran darah.
Tekanan pada jantung juga membantu jantung mengembalikan rentak degupan normal. Dengan cara ini, mangsa serangan jantung boleh sampai ke hospital.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekian untuk hari ini.. Please share info ini, ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa...

 Ingin mengenali produk Shaklee? Contact saya ya, nanti saya boleh explain dengan lebih detail....


Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com


**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Tuesday 15 January 2013

DALAM 10 JAM DAPAT 54oz.....


Bila saya lihat dan baca kata-kata ibu ZB, saya sangat2 terpegun dengan kerajinan Beliau. Dalam masa berkursus pun Beliau ambil peluang untuk mengepam.. 

Dalam masa 10 jam, dapat pam 54oz.. Memang banyak...




Ibu ZB memang mengamalkan set menyusu B + ESP, tapi set ini tidak akan membanyakkan susuibu sekiranya kita tidak rajin mengosongkan payu dara. Jika pun susuibu bertambah pada masa kita mula mengamalkan set ini, lama kelamaan susuibu akan berkurang jika payu dara tidak dikosongkan.

Semuanya bergantung kepada permintaan, lebih banyak permintaan susu maka lebih banyak akan terhasil... Otak kita tidak akan tahu jika kita perlu lebih banyak susuibu, melainkan kita tunjukkan keperluan tersebut..

Namun sekiranya, ibu-ibu telah mengepam atau direct feed setiap 2 - 3 jam, dan hasilnya sangat sedikit, ibu boleh cuba set penyusuan ini. Mungkin terdapat lopong-lopong pada pemakanan harian dan set supplement ini mungkin dapat membantu...


Untuk mengenali set-set penyusuan dari produk Shaklee, Klik links dibawah ini...
http://health-wellness-nature.blogspot.com/2012/06/set-penyusuan-mana-satu-sesuai-dengan.html

Dan jika berminat, contact saya ya.....

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com


**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Monday 14 January 2013

7 TANDA-TANDA AMARAN KANSER / CANCER / BARAH

Hari ni share sedikit info pasal simptom cancer / kanser / barah. 
Pada peringkat awal, kanser mungkin tidak mempunyai gejala, tetapi tumor malignan akan berkembang sehingga cukup besar untuk dikesan.

Apabila ketumbuhan terus berkembang, ia boleh menekan pada saraf dan menghasilkan kesakitan, menembusi saluran darah dan menyebabkan pendarahan, atau mengganggu fungsi organ atau sistem badan.
Pada masa inilah simptom-simptom akan dirasaii.. Ada yang tak rasa apa2 pun, sekali check dah stage barah keempat.. Beberapa kawan telah ceritakan pengalaman mereka..


1) Mula-mula rasa gatal kat kawasan dada tapi bila digaru tidak hilang.. seolah-olah gatal tu dari dalam tubuh badan
2) Mula-mula rasa gas keluar je melalui mulut, macam gastrik... Jumpa beberapa doktor semua cakap gastrik. Perkara berterusan sehingga 2 tahun sehinggalah pada suatu hari, buang air berdarah... 
3) Terdapat masalah haid. Teralu banyak haid keluar rasa macam nak pitam. Check ini, check itu, last-last doktor suruh operate. Masa operation tulah baru doktor nampak ada ketumbuhan.

Hmmm... Bukan lah nak menakut-nakutkan tapi adalah baik jika kita tahu akan simptom-siptom ini..


7 Tanda-tanda Amaran Kanser

Persatuan Kanser Amerika menggunakan perkataan C-A-U-T-I-O-N (AWAS) untuk membantu mengenali 7 tanda-tanda awal kanser:

 Picture credit to: PositiveMed


1) Perubahan dalam tabiat usus atau pundi kencing

2) Kudis yang tidak sembuh

3) Pendarahan atau pembuangan yang luar biasa

4) Penebalan atau ketulan dalam payudara, buah zakar, atau di tempat lain

5) Ketidakhadaman atau kesukaran menelan

6) Perubahan jelas dalam saiz, warna, bentuk, atau ketebalan ketuat, tahi lalat, atau sakit mulut

7) Batuk bengkeng atau serak

Gejala berikut juga boleh isyarat kehadiran beberapa jenis kanser:

    -sakit kepala berterusan
    -Kehilangan berat badan atau kehilangan selera makan yang tidak dapat diterangkan
    -Sakit kronik di tulang atau mana-mana kawasan lain badan
    -Keletihan yang berterusan, loya, atau muntah-muntah
    -Berterusan gred rendah demam, sama ada berterusan atau sekejap-sekejap
    -jangkitan berulangan

Sekiranya simptom2 diatas dirasaii, cepatlah berjumpa doktor. Tidak semestinya kanser adalah penyebabnya tetapi langkah berjaga dari awal adalah lebih baik. 

Jika anda berminat untuk mengetahui Nutrien-nutrien yang dapat membantu mengurangkan risiko Kanser, sila klik links ni ya...



Mau cuba produk Shaklee? Contact saya ya, nanti saya boleh explain dengan lebih detail....


Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com


**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Thursday 10 January 2013

SUPPLEMENT KANAK2 BERSEKOLAH

Beberapa hari ni saya duduk berjam - jam di pra-sekolah anak saya yang first time bersekolah. Disinilah saya sempat berbual-bual dengan ibu-ibu seperjuangan mengeluh anak mereka jatuh sakit sejak bermula sekolah. Sebab inilah saya ingin memperkenalkan supplement yang sesuai untuk anak-anak bersekolah ni. Bukan setakat untuk kesihatan mereka ya, tapi juga untuk membantu mereka bertenaga.. maklumlah ada anak-anak lepas sekolah pagi, ada kelas petang atau tusyen, dan malam pula kena buat homework...

 Gambar sekadar hiasan


Apa yang sesuai untuk anak-anak bersekolah adalah seperti berikut:

1) Mealshakes
Sejenis multivitamin untuk membantu membekalkan keperluan vitamin dan mineral harian. Ia juga kaya dengan kalsium dan protin. Ia membantu meningkatkan tahap kesihatan dan sangat senang diberi kepada kanak-kanak terutamanya yang tidak suka telan pil.Jika anak agak memilih makanan, tidak mahu makan sayur dan buah, maka mealshake merupakan pilihan yang baik.





2) OmegaGuard.
Sejenis makanan tambahan dari sumber minyak ikan. Minyak ikan telah menjadi makanan tambahan yang popular sejak dulu lagi. Kandungan DHA pada minyak ikan telah terkenal dapat membantu perkembangan otak kanak-kanak. Selain dari ini, ia juga dipercayai dapat meningkatkan sistem ketahanan tubuh badan.





3) ESP - Energizing Soy Protein
ESP adalah soya protin yang mampu membantu memberi tenaga. ESP membekalkan protin yang diperlukan oleh tubuh badan dalam pembaikpulih dan pembinaan sel baru. Segala tumbuseran dan perkembangan anak memerlukan protin dan ESP melengkapkan keperluan ini.





4) Performance Drink (PD)
PD adalah umpama glukos. Ia mengandungi formula original Shaklee bernama opticarb yang membantu keseimbangan bendalir dan gula dalam darah. Ini membantu tubuh badan cergas dan bertenaga. Perisa oren PD sedap diminum, dan bestnya boleh campur saja dalam air mahupun jus.. PD juga sesuai untuk semua golongan umur dan sangat-sangat membantu semasa kita bersenam, travelling, cuaca panas, semasa ceret beret dan jika kita ni jenis kurang minum air.



Mau cuba produk ni untuk kanak-kanak? Contact saya ya, nanti saya boleh explain aturan cara makan k;

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com


**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 



Monday 7 January 2013

Penyusuan Susu Bagi Ibu Yang Bekerja



Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.

Masa untuk mula memerah susu ibu

Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.
Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan
  • Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
  • Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.
  • Gambar 1:Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payu dara.
  • Gambar 2: Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.

Pusing dan perah dari semua arah.
Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.
Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara.


Menyimpan susu yang telah diperah.
  • Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
  • Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
  • Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26°C selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
  • Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.
Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda.
  • Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
  • Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
  • Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
  • Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
  • Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
  • Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.
Mengajar bayi minum susu yang telah diperah.
  • Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.
  • Gunakan jadual berikut sebagai panduan:


Masa Menyusu
Hari 1 - 3
Hari 4 - 6
Hari 7 - 9
Hari 10 - 13
Minum Pagi 7.30-9.00 pg Susu yang diperah Susu yang diperah Susu yang diperah Susu yang diperah
Minum Pagi 10.00-11.30 pg Susu ibu Susu yang diperah Susu yang diperah Susu yang diperah
Makan Tengahari 12.00 - 1.30 tgh Susu ibu Susu ibu Susu yang diperah Susu yang diperah
Minum Petang 2.00 - 4.00 ptg Susu ibu Susu ibu Susu ibu Susu yang diperah

Source : Malaysian Breastfeeding Advisory Association
 

Hari 1-3 :Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 4-6 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.

Hari 7-9 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 10-13 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.

MEDIA BERKAITAN




Sumber Artikel:  http://www.myhealth.gov.my
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak mengenali Shaklee dan produk? Contact saya di;

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com


**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.