Pages

Thursday 28 February 2013

Pilihan Susu Untuk Bayi Anda

Satu artikel yang sangat menarik perhatian saya.. Semoga memberi manfaat ya..
  

Pilihan Susu
Keputusan untuk menyusukan si manja atau menggantikan susu ibu dengan susu lain adalah sangat peribadi dan penting. Beberapa fakta berikut boleh membantu anda membuat pilihan yang betul untuk anda dan juga bayi anda.
Oleh Dr Gan Yoke Cheng, Pakar Perunding Pediatrik dan Laktasi

Penyusuan ibu adalah pengalaman yang sungguh mengagumkan bagi ibu dan juga anak. Selain itu, susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik dan utama bagi bayi kerana ia mengandungi kombinasi nutrien yang betul dan ideal, khususnya protein, lemak, vitamin, karbohidrat, kolesterol, asid dokosaheksanoik (DHA), taurina, antibodi/antimikrob, sel hidup dan sebagainya. Hasil penyelidikan membuktikan bahawa bayi yang diberi susu ibu adalah lebih sihat. Mereka kurang berkemungkinan mendapat penyakit berjangkit, seperti meningitis (jangkitan membran dalam otak), cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan dan jangkitan saluran kencing.

Sesetengah ibu memilih untuk tidak menyusukan bayi mereka atas pelbagai sebab. Ini termasuk kurang sokongan, maklumat salah, kurang pengetahuan, dan banyak sebab lain seperti kesenangan mendapatkan susu formula, botol susu dan puting getah, serta kemudahan pensterilan. Dalam keadaan seperti ini, kebanyakan ibu memilih susu formula atau susu daripada haiwan tenusu seperti lembu dan kambing. Sungguhpun susu formula atau susu tenusu mungkin bukan pilihan pemakanan yang terbaik untuk bayi, ia mengandungi beberapa nutrien dan vitamin yang diperolehi bayi daripada susu ibu.

 

Susu formula sebagai alternatif

Susu formula bayi adalah alternatif kepada susu ibu kerana ia menyerupai susu ibu dari segi kandungan nutrien. Namun, ia tidak sebaik susu ibu. Susu formula ini boleh didapati dalam bentuk susu tepung, cecair pekat atau formula sedia untuk digunakan, dan boleh dikategorikan ke dalam 2 jenis utama : formula berasaskan susu lembu dan formula berasaskan soya.

  • Formula berasaskan susu lembu pada asasnya diperbuat daripada susu lembu yang telah diubah untuk menyerupai susu ibu. Susu formula ini mengandungi imbangan nutrien yang betul dan mudah dihadam. Susu formula sesuai untuk sesetengah bayi, tetapi bayi yang alah kepada protein dalam susu lembu mungkin perlu mengambil susu formula jenis lain.
  • Formula berasaskan soya. Formula susu bayi berasaskan soya mungkin satu pilihan bagi bayi yang tidak toleran atau alah kepada formula berasaskan susu lembu atau laktosa, gula yang terdapat secara semula jadi dalam susu lembu.
Sungguhpun dari segi kandungan nutrien susu formula untuk bayi mempunyai beberapa persamaan dengan susu ibu, susu formula tidak dapat menandingi kekompleksan susu ibu. Di samping itu, ia mahal, menghasilkan lebih banyak gas dan menyebabkan bayi sembelit. Paling penting, susu formula bayi tidak mengandungi antibodi penting yang terdapat dalam susu ibu untuk menentang jangkitan dan penyakit.

Adakah susu tenusu (FRESHMILK) penuh baik untuk si manja saya?

Bayi bawah umur satu tahun tidak sepatutnya diberi susu tenusu tetapi hendaklah diberi susu ibu atau susu formula bayi. Ini adalah kerana susu lembu dan susu kambing tidak mengandungi zat besi, serta vitamin C dan E yang secukupnya. Susu lembu juga mempunyai kandungan natrium, kalium dan klorida yang tinggi berbanding susu formula bayi.

Sebaik sahaja bayi berusia 1 atau 2 tahun, susu tenusu boleh diperkenalkan untuk membekalkan kalsium, protein dan karbohidrat. Bagaimanapun, tugas menghadamkan kandungan protein dan galian yang tinggi dalam susu lembu boleh membebankan ginjal bayi yang masih belum matang, manakala kekurangan kandungan zat besi dan vitamin C boleh menyebabkan sesetengah bayi mengalami anemia yang berpunca daripada kekurangan zat besi. Susu lembu penuh boleh diberikan selepas usia bayi mencecah 1 tahun dengan syarat si manja juga diberi makanan pejal.

Susu kambing pula dikatakan mempunyai kandungan kalsium yang tinggi dan lebih mudah dihadam daripada susu lembu disebabkan kandungan proteinnya. Bagaimanapun, Akademi Pediatrik Amerika tidak menggalakkan pemberian susu tenusu jenis ini kepada bayi kerana ia boleh menyebabkan alahan dan jangkitan yang boleh mengancam nyawa. Di samping itu, susu kambing tidak mengandungi segala nutrien, khususnya vitamin B-12 dan asid folik yang diperlukan oleh bayi untuk membesar.

Susu manusia adalah khusus untuk bayi manusia, sama seperti susu spesies mamalia lain adalah khusus untuk anak masing-masing. Bagaimanapun, bagi ibu yang tidak dapat menyusukan bayi atas pelbagai sebab, susu formula bayi boleh diberikan sebagai ganti untuk bayi yang sedang membesar, manakala susu lembu tidak digalakkan untuk kanak-kanak bawah umur satu tahun.

Semua ibu perlu mendapatkan maklumat yang tepat supaya mereka boleh membuat keputusan berasaskan pengetahuan, sama ada untuk menyusukan bayi masing-masing atau memberi susu dalam botol. Bincangkan perkara ini dengan pakar pediatrik/penyusuan sebelum ketibaan si manja anda. Ingatlah, susu ibu adalah pemakanan yang paling baik untuk bayi manusia.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jadi moms semua, pilihlah yang terbaik bagi baby anda. Jika anda terpaksa memilih susu formula, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka itulah yang terbaik. 
Bagi moms yang memilih breastfeeding, tapi risau supply susuibu tak cukup etc., saya boleh share pengalaman saya disamping memberi motivasi untuk terus berjuang....
Dan jika yang cari supplement sepanjang penyusuan, pilihlah Shaklee.. Ia selamat dan berasaskan bahan semulajadi....

PM kalau berminat ya...

 
Sekian sahaja untuk hari ni.. Semoga diberkati selalu dan Salam Mesra.....

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


Wednesday 27 February 2013

Asma - Omega 3 bantu cegah

Rata-rata bila saya bertanya nasihat pada kaum ibu yang mempunyai anak mengidap asma, nasihat mereka lebih kurang sama:-




1) Jangan bagi anak sejuk. Sapu vicks pada hadapan, tepi, belakang dada.
2) Kesihatan anak perlu dijaga. Jika anak selalu selsema maka itu antara penyebab serangan asma
3) Bagi supplement seperti multivitamin, vitamin c dan minyak ikan.
4) Bagi anak belajar berenang
5) Jika anak mengguna inhaler, bagi inhaler sebelum serangan asma menjadi teruk.



Sememangnya bila dibaca, kita dapat simpulkan bahawa asma tidak ada ubatnya selain dari pencegahan. Saya ingin menarik minat anda tentang pencegahan melalui supplement minyak ikan.

Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.
Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.



Asma ni tidak berjangkit, cuma ia boleh diwarisi. Kanak-kanak lah yang mempunyai risiko tinggi.

Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia.
Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.
Didapati juga asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.

Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.
Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan masalah pernafasan.
Hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.
Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.
Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.
Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).
Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya.
Antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.

Sumber: UtusanOnline
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sememangnya sudah terkenal pada para ibu dalam memberi anak mereka supplemen minyak ikan. Bahkan kini ramai ibu mengandung dan menyusu mengamalkan supplemen minyak ikan untuk kesihatan dan perkembangan anak mahupun masih dalam kandungan lagi.

Saya kenal seorang makcik ni, anaknya hingga berusia 18 tahun mempunyai masalah asma ni. Makcik ni kata dia tak pernah memberikan inhaler pada anaknya. Beliau memberikan supplement minyak ikan pada anaknya. Selain dari itu Beliau juga sapu pada dada anaknya. Tidaklah asma tu hilang tapi sekurang-kurangnya dari tahap kronik telah berkurang serangannya.

Jika anda ingin, mencuba supplemen minyak ikan dari Shaklee ini rupanya ya...





Sekian sahaja untuk hari ni.. Semoga diberkati selalu dan Salam Mesra.....

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


Wednesday 20 February 2013

PENGAWALAN KOLESTROL

Tahap Kolestrol kini menjadi satu kerisauan khasnya pada golongon yang sudah berumur. Jika saya bercerita berkenaan kesihatan dengan beberapa kawan yang sebaya dengan saya, ramai yang takut tahap kolestrol tinggi walaupun mereka belum lagi membuat pemeriksaan kolestrol. Jika nak order makanan di restoren, mesti cakap, udang biar seorang makan satu je, kolesterol tinggilah...

Ramai yang mencari vitamin atau suplemen terlebih dahulu sebagai pencegahan.




PENGAWALAN KOLESTEROL; APA YANG BOLEH MEMBANTU???


Makanan Seimbang dan Aktiviti Fizikal

Makanan seimbang yang disertai dengan aktiviti fizikal merupakan aspek yang harus diutamakan dalam usaha menangani kebanyakan penyakit masyarakat masa kini. Mungkin kita sudah jemu mendengar cadangan ini, namun percayalah ia masih relevan dan terbukti berkesan hingga kini.

Kebanyakan daripada kawan-kawan yang beragama Islam boleh melihat perubahan yang positif selepas sebulan berpuasa. Penurunan berat badan atau perut yang lebih kempis antara kesan yang sering diperolehi. Namun, selepas berhari raya selama sebulan,  ramai juga yang akan mengeluh keadaan kembali kepada asal. Begitu juga dengan masalah kesihatan lain seperti diabetes dan kolesterol.

Makan secara berlebihan, tidak terkawal dan tidak sihat memang agak sukar untuk ditolak.  Makanan yang sedap-sedap seperti kek, pelbagai biskut, kuih-muih banyak mengandungi lemak trans akan meningkatkan pengambilan lemak yang tidak sihat. Tidak terkecuali hidangan lain seperti rendang ayam, daging, sate yang rata-ratanya mengandungi kolesterol dan lemak tepu yang sukar ditentukan kandungannya. Oleh yang demikian, hadkan pengambilannya dan makanlah secara sederhana.


Supplement Untuk Pengawalan Kolestrol


Selain pengawalan dalam pemakanan, mengambil suplemen untuk mengawal kolesterol mungkin berbaloi untuk dipertimbangkan. Antara yang telah dikaji dan disyorkan adalah Red Yeast Rice yang mengandungi sejenis statin semula jadi hasil dari penapaian beras dan yis merah. (Sumber: UtusanOnline - saya tak jual beras ni ya)

Kita dinasihatkan agar menjauhi pengambilan lemak berbahaya, sebaliknya pengambilan lemak baik seperti asid lemak omega-3 akan memberi manfaat kesihatan.

Asid lemak omega-3 tergolong dalam kumpulan asid lemak yang diperlukan tetapi tidak boleh dihasilkan tubuh. Kita perlu memperolehinya daripada makanan. Bagi masalah kolesterol, pengambilan asid lemak omega-3 seharusnya diambil sebagai suplemen harian kerana ia membantu dalam mengawal peningkatan kolesterol.

Hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan kombinasi Red yeast rice dan asid lemak omega-3 dengan dos yang sesuai boleh bantu mengawal peningkatan kolesterol setara dengan pengambilan ubat anti kolesterol.

Asid lemak omega-3 daripada ikan atau suplemen minyak ikan boleh membantu mencegah masalah jantung di kalangan individu yang sihat dan juga bermanfaat kepada mereka yang sudah ada penyakit jantung. Asid Eikosapentaenoik (EPA) dan Asid Dokosaheksaenoik (DHA) yang terkandung dalam minyak ikan dari kumpulan omega-3 dibuktikan bermanfaat kepada jantung dengan menstabilkan plak pada arteri dan tekanan darah.

Amalan pengambilan minyak ikan juga diketahui mengurangkan risiko aterosklerosis; iaitu pembekuan arteri akibat pemendapan lemak, serangan jantung dan kegagalan jantung. Sumber omega-3 yang baik termasuklah salmon, sardin, trout, herring dan beberapa lagi. Bagaimanapun, ramai yang mempertimbangkan pengambilan suplemen minyak ikan untuk memperolehi jumlah yang mencukupi untuk perlindungan jantung yang optimum.

Sumber Rujukan: UtusanOnline

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sememangnya minyak ikan sudah terkenal dalam membantu meningkatkan kesihatan semua golongan umur.. Mungkin anda tidak kenal tapi suda pasti anda pernah dengar Scott Emulsion, Cod's liver oil.. Ini semuanya supplement minyak ikan.. 
Di Shaklee pula, terdapat produk Minyak Ikan yang bernama OMEGAGUARD... Membekalkan minyak ikan yang terbaik...
 
 
 
 

Cara Penghasilan OmegaGuard:
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan...

Satu kapsul mengandungi:
Omega 3 fatty acids, EPA dan DHA 
 
Jika anda nak dapatkannya, cuba dapatkan di bulan February ni... ADA PROMOSI!!!!!!



Sekian sahaja untuk hari ni.. Semoga diberkati selalu dan Salam Mesra.....

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Tuesday 19 February 2013

SUPPLEMENT: SATU USAHA BAGI YANG INGIN HAMIL

Bukan semua kita mempunyai rezeki 'mudah untuk mengandung'. Cuba bulan ni, bulan depan dah pregnant.. Tidak semudah ini kan.... Ada yang mencuba bertahun-tahun tapi belum lagi 'positif'...

Menurut pembacaan saya, banyak artikel menerangkan pil Vitamin boleh membantu mereka yang ingin hamil. Saya sharekan satu petikan yang telah saya baca mengenai perkara ini.


Almost twice as many patients who took the tablets during fertility treatment had babies compared to those not on supplements.
It worked out at a 60% success rate, instead of 25%, said the study in the journal Reproductive Biomedicine.

In the supplements group, 60% fell pregnant, compared to 25% who only took folic acid.

Dalam artikel ini, kajian telah menunjukkan 60% wanita yang menjalani program kesuburan dan pada masa yang sama mengambil supplement telah mengandung, berbanding dengan 25% wanita yang hanya mengambil Acid Folik. (Kajian yang dibuat adalah supplement untuk mengandung, bukan jenama Shaklee ar..)

Diterangkan juga bahawa setiap wanita yang ingin hamil dicadangkan untuk mengambil micronutrient supplement termasuklah asid folicdan vitamin B12. Vitamin ini berhubungkait dengan pertumbuhan placenta dan fetus.

Vitamin dan micronutrien juga membantu dalam meningkatkan kualiti telur wanita, peredaran darah pada rahim, dan berhubungkait dengan pembentukan janin dan pertumbuhan fetus.

Kajian yang dibuat melibatkan berbagai vitamin dan mineral. Namun adalah amat penting untuk mengamalkan diet harian yang sihat dan kehidupan yang sihat, bukan semata-mata bergantung pada supplement.


Sumber artikel: http://www.mirror.co.uk/news/technology-science/
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memang ramai yang bertanya berkenaan dengan supplemen yang sesuai untuk mengandung.. Bagi yang trying to conceive tu, Saya cadangkan ini:

Set Kesuburan Wanita

B complex, Vitamin C dan Vitamin E / GLA complex

Set Kesuburan Lelaki

Zinc dan Vitamin E


** (Jika mampu, tambahkan Multivitamin)




Ini hanyalah yang minimum, banyak lagi supplement yang boleh ditambah.

Simply sharing kegembiraaan yang telah mencuba ya.....




Sekian sahaja untuk hari ni.. Semoga diberkati selalu dan Salam Mesra.....

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Monday 18 February 2013

PANDUAN MENYUSUKAN BAYI KEMBAR

Selepas mendapat tahu seorang kawan saya telah melahirkan anak kembar, saya nak sangat tulis entry pasal menyusukan anak kembar ni.. Bayangkanlah seorang baby pun adakalanya kita jadi kelam kabut, inikan pula kembar... Saya berharap petua dibawah dapat memberi manfaat pada ibu-ibu ya...



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memang dah sedia maklum, susuibu merupakan makanan terbaik bagi anak. Ia merupakan sumber nutrien terbaik disamping mengeratkan hubugan ibu-anak dengan simanja. Namun bukan semua perjalanan penyusuan akan berjalan licin. Ada yang mempunyai pengalaman yang mengecewakan dan memenatkan.


Petua berikut dapat membantu anda menyusu anak kembar anda secara selesa dan berkesan.

Susukan Serentak.
Cuba susukan baby seperti dalam ilustrasi di bawah untuk mendapatkan kedudukan yang selesa dan terbaik. Anda boleh menggunakan bantal menyusu kalau perlu. Ubah kedudukan bayi setiap kali menyusu supaya kedua-dua payudara menghasilkan kuantiti susu yang sama banyaknya. Ini juga mengurangkan kemungkinan duktus tersumbat. Anda mungkin terpaksa mengejutkan baby yang sedang tidur apabila salah seorang kembar anda telah sedia untuk menyusu.





Untuk mengelakkan baby nak menghisap pada payudara yang sama saja, tukarkan baby pada pertengahan sesi menyusu. Ini membolehkan kedua2 kembar akan menyusu kedua-dua belah payudara. Ini juga akan membantu agar saiz kedua-dua payudara seimbang.


Beli Pam Yang Baik.
Mengepam akan merangsangkan lagi pengeluaran susu. Anda boleh menyimpan lebihan susu untuk waktu penyusuan botol ketika anda tiada di sisi bayi. Gunakan pam untuk memerah susu daripada kedua-dua payudara pada masa yang sama. Sebaik-baiknya gunakan pam elektrik.

Kira Bilangan Penukaran Lampin. 
Kira berapa kali si manja anda membasahkan lampin dan perhatikan pembuangan air besarnya. Bayi seharusnya kencing sekurang-kurangnya sekali dalam 24 jam pertama selepas lahir, dua kali pada hari berikutnya, tiga kali pada hari ketiga, dan seterusnya. Selepas minggu pertama, anda seharusnya menukar lampin tujuh hingga lapan kali sehari bagi setiap bayi. Anda boleh menjangkakan si manja menyusu lapan hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Sediakan carta waktu penyusuan untuk membantu pemantauan anda.

Dapatkan Bantuan.
Minta bantuan keluarga,  kawan, mentua atau suami. Mereka boleh membantu membawa bayi kepada anda untuk menyusu, menukarkan lampin dan sendawakan bayi selepas penyusuan untuk mengeluarkan angin. Anda juga boleh mendapatkan sokongan daripada ibu bapa lain yang mempunyai anak kembar dan belajar daripada pengalaman mereka.

Bertenang..
Menyusukan bayi adalah keutamaan anda. Cari tempat yang senyap agar tidak terganggu. Renung, usap, dan dodoikan bayi kembar anda dan laluilah saat-saat bahagia ini bersama mereka. Jangan lupa untuk menjaga diri anda sendiri. Dapatkan rehat secukupnya, minum banyak air dan makan makanan yang berkhasiat. Jika anda lebih bertenaga semasa menyusu, anak anda juga merasa lebih selesa.

Pemakanan
Menyusukan baby akan membakar banyak kalori. Penting bagi seorang ibu menyusukan anak kembar makan 1,000 kalori tambahan satu hari. Ingat anda makan untuk anda dan anak kembar anda. Jika anda rasa letih atau tidak boleh menghasilkan cukup susu,  mungkin anda memerlukan lebih kalori. Kalori tambahan anda sepatutnya dari sumber makanan yang sihat seperti protein, makanan kaya dengan vitamin, buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Bila menyusukan, walau apa pun anda makan itulah menjadi makanan untuk bayi anda.

(sumber: positif parenting)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Itulah beberapa tips, harap dapat memberi info sedikit ya...
Seperti yang dinyatakan tadi, pemakanan amat penting untuk penghasilan susuibu. Bagi saya, selain kalori, nutrisi juga saya titik beratkan. Agar kesihatan saya terjaga sepanjang perjalanan menyusukan anak. Kerana apabila nutrisi tidak cukup, maka akan diserap nutrisi simpanan kita. Lama kelamaan akan berkurang dan disitulah bermulanya sakit-sakit belakang, cepat letih dan lain-lain lagi kesan kekurangan nutrisi..

Saya telah memilih untuk mengambil supplemen untuk tujuan ini... Dan sudah pastinya saya pilih yang terbaik, selamat, berkesan dan natural... PM jika berminat ya...




Sekian sahaja untuk hari ni.. Semoga diberkati selalu dan Salam Mesra.....

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease





Wednesday 6 February 2013

MINYAK IKAN DAN TEKANAN DARAH TINGGI

Sebelum saya bercerita panjang lebar pasal entry ni, saya ingin nyatakan bahawa entry ini adalah berasaskan pembacaan saya sahaja ok.. Selamat membaca ya...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda pernah membaca artikel mengenai minyak ikan, anda pasti tahu minyak ikan adalah antara supplement untuk tekanan darah tinggi. Walaupun ada artikel terkini menggatakan minyak ikan tidak memberi sebarang manfaat pada kesihatan, namun telah banyak kajian yang telah dibuat yang menunjukkan kesan penurunan tekanan darah selepas mengamalkan supplemen minyak ikan.

Apa itu Supplement Minyak Ikan?

Supplemen minyak ikan mengandungi asid lemak omega-3 yang dipanggil DHA (docosahexaenoic acid) dan EPA (eicosapentaenoic acid). Ini adalah sama dengan asid lemak pada ikan seperti trout, mackerel, sardines, and salmon.

Produk minyak ikan dari Shaklee adalah OmegaGuard..




Bagaimana ia membantu dalam tekanan darah tinggi?

Menurut pembacaan saya, bagaimana minyak ikan bertindak dalam menurunkan tekanan darah tinggi belum lagi diketahui sepenuhnya. Namun ada yang menerangkan bahawa minyak ikan membantu mencairkan darah dan melincirkan saluran darah. Oleh sebab itu, ia membantu mengekalkan tekanan darah normal dan membantu dalam masalah ketengangan dileher atau sakit kepala.
Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah didalam badan dan banyak lagi (akan saya huraikan dientry akan datang ya).


Betul tak ni???

Setakat ini saya hanya mampu tuliskan pengalaman yang di alami oleh beberapa pengguna OmegaGuard Shaklee...

Beberapa isteri telah membeli OmegaGuard ni untuk suami mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi. Seorang tu selalu sakit di belakang leher. Rata-rata corak kehidupan sisuami tidaklah berapa sihat dimana tidak membuat senaman, pemakanan yang tidak terjaga, perokok dan ada juga yang mengamalkan alkohol.
Saya telah mencadangkan OmegaGuard ni, dan selepas sebulan - dua, memang tekanan darah mereka berkurang dan sakit pada belakang leher tu pun hilang.

Keunikkan Shaklee OmegaGuard...
 

OmegaGuard dihasilkan melalui satu proses penyulingan ultratulen bergred farmaseutikal. Minyak ikan diekstrak tanpa pemusnahan nutrien disamping penyingkiran bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium dll....

Ini membuatkan OmegaGuard selamat dimakan oleh semua golongan umur, ibu mengandung mahupun menyusukan anak...


 Sekian sahaja untuk hari ni.. Semoga diberkati selalu dan Salam Mesra.....

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease