Monday 20 February 2012

KISAH SAYA MELAHIRKAN ANAK PERTAMA: PILIHLAH KLINIK YANG TERBAIK UNTUK BERSALIN

Sudah lama saya ingin menulis pasal cerita saya melahirkan anak pertama saya....  Sekarang baru berpeluang, sebab dah ada blog sendiri...

Tahun 2006 merupakan tahun yang mengembirakan bagi saya, dimana saya telah mengandung buat pertama kalinya.. Pregnancy yang sangat sihat, tiada masalah, morning sickness pun hampir tidak ada... sehingga Jun 2007. Saya, pada masa itu dah masuk 36 minggu. Seperti biasa saya pergi berjumpa Doktor Klinik Bersalin. Saya memilih Klinik ni kerana dekat dengan rumah dan sangat popular sebab dah bertahun-tahun ditubuhkan. 

Doktor check saya dan katanya, lepas dua hari datang lagi untuk check. Selepas dua hari, (hari Rabu) kata doktor pula, admitkan diri pada hari sabtu petang sebab anda akan lahirkan anak pada hari Ahad. Saya pun terkejut, saya tidak merasa sebarang sakit contraction pun. Bila ditanya, Doktor jawap, takpe kita tunggu hari sabtu. 

Tibanya hari sabtu, saya meng'admit'kan diri. Saya diperiksa oleh doktor yang bukan specialist pula. Bukaan hanyalah 2cm. Saya bertanya adakah saya akan di induce? Sebab kalau boleh saya tak nak.. Jawapnya, kita tengok besok.

Besok harinya, lain pula Doktor yang datang. Saya tanya soalan yang sama. Jawap si Doktor ni pula, tak pe saya akan bagi tau Doktor specialist dan kita lihat apa dia kata. 

Pada pukul 10pagi, seorang nurse bergegas masuk bilik dan menyuruh saya pergi ke wad dengan segera kerana Doktor nak check. Pada masa tu suami saya turun ke kedai. Saya pun turut kata je... 
Doktor specialist pun memeriksa saya.. Tapi ada pula cecair yang keluar. Saya tanya apa yang sedang berlaku katanya, "Saya baru pecahkan air ketumban awak. Anda akan melahirkan anak tidak lama lagi". Saya rasa seolah-olah tertipu dengan adegan drama nurse dan Doktor ini.. Sekurang-kurangnya explain lah kat saya kan.. Tapi apa nak buat kan, janji anak i selamat.

Pada pukul 6.57 petang, anak saya selamat dilahirkan dengan kaedah vakum dan sedikit masalah sangkut pula pada bahu, tapi semuanya selamat. Setelah baby keluar dari wad, saya dibiarkan seketika. Semua nurse dan sister menyelesaikan kerja masing-masing. Selepas beberapa ketika Doktor specialist datang untuk menyelesaikan kerja menjahit. 

Pada pukul 11 mlm, nurse datang untuk round check up. Ditekan-tekan perut saya, dan keluar seketul darah yang agak besar. Apabila Doktor datang, nurse tersebut memberitahu tentang ketul darah itu. Namun Doktor tidak menganggap ia satu masalah.

Saya terpaksa duduk kat klinik selama seminggu kerana anak saya ada Jaundis. Selama itu tekanan darah saya tinggi. Tidak pernah pun seumur hidup begini.. Bila dipantau oleh Doktor, kata mereka, oh mungkin kamu excited nak balik rumah. Ok lah saya pun tidak memikir panjang...

Genap seminggu saya, pulang ke rumah.. Tidak lah saya buat kerja sangat, biasalah kan... Pagi Ahad, saya rasakan banyak darah keluar.. Bila saya ke tandas, ketulan2 darah keluar.. besar2 pula tu.. Saya sangat takut, lalu menelefon kakak saya. Kakak i pula cakap, ada orang memang macam tu tapi kalau teruk pendarahan baik pegi Klinik. Tiba-tiba saya menggigil seluruh badan. Lebih kurang 5 minit hilang. Saya bangunkan suami. Terasa pula makin banyak darah keluar, Bila ke tandas, satu ketulan darah yang sangat besar keluar, sebesar jubin lantai 5 X 5 inci.. Selepas ini, penglihatan saya menjadi kabur, saya cakap kat husband, saya akan pengsan. Bila saya sedar, saya berada di bilik saya. Husband tengah cuba kejutkan saya. 

Saya digegaskan ke klinik.. Klinik yang sama la.. Doktor muda dan cantik datang memeriksa. Doktor cuba mengeluarkan ketul2 darah dari tubuh saya, sambil-sambil bertanya apa cerita sebanar.. Tiba-tiba Doktor cantik berkata, "Kalau ni, Doktor Specialist kena tengok", pada masa sama Beliau mengeluarkan sesuatu yang agak panjang. Saya panik dan takut. 

Doktor Specialist pun datang, katanya mungkin makanan semasa pantang saya tidak sesuai sebab tulah ni semua berlaku. Saya tanya apa yang dikeluarkan dari badan saya? Saya nak tengok.. Dia kata, u tak payah la nak tengok ni semua, rehat... 

Saya di masukkan wad untuk D n C (nak cuci semua keluar). Bila sedar, sangatlah sakit. Doktor kata jahitan terputus dan terpaksa jahit semula.. Nasip baiklah diberi ubat penahan sakit.. Saya duduk 3 hari lagi kat hospital. Kena jaga baik punya.. Sampai ke tandas pun nurse pegang dan jaga kat dari luar pintu..

Sekarang semuanya ok, anak saya dah nak masuk  5 tahun. Anak kedua, saya lahirkan di Klinik Bersalin Umrah. Saya suka sangat Klinik ni tak macam yang pertama tu.. Semua doktor dan nurse pun baik.. Saya tidak menyalahkan Doktor atau klinik tersebut, namun biarlah ini menjadi renungan oleh ibu-ibu apabila nak memilih Klinik dan Doktor.... Pilihlah yang terbaik k.... 

Salam Sayang dari saya, Julie...

8 comments:

  1. apalah agaknya yg dkeluarkan tu ya?

    ReplyDelete
  2. Tak tau lah.. Tapi macam salur panjang....

    ReplyDelete
  3. julie.. biar btul.. suprise laa.. lucky nothing happen to u.. seram laaa

    ReplyDelete
  4. Betul Fidah... Memang berlaku kat aku... Nasip aku tak kong kan... Memang macam nak sue doktor tu tapi apa2 pun dia yang lahirkan anak, berjasa juga kan..

    ReplyDelete
  5. Uii seram! masa bersalin 7 bln lps, time tgh push tu, doc cakap nak pecahkan air ketuban. Masa tu nampak la cam salur panjang pastu die masukkan dalam kite punye.Then rasa panas je - air ketuban keluar..nth2 tu la salur panjang tu kot..huhu.


    http://happypillmommy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Hi.. Camna push bila air ketumban tak pecah lagi? Boleh ke... tak tahulah, eeee nasip dah ok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..xtau la.doc marah jugak masa tu.Tp masa tu da sakit sangat. Asyik nak push je..Dah pchkn air ktuban, Push2..still x delivred. Try vacum. Failed! Akhirnya cserian sudah..sbb da lemah sangat n jantung bby da lemah.

      now dah ok.. :)

      Delete
  7. Biasa lah doctor marah2 tu.. I pun kena juga... I minta c section pun doctor tak nak bg... Kesian u, dah susah nak pussh, last2 c section... Tapi apa2 pun nampak muka baby semua sakit hilang kan...:)

    ReplyDelete